Sunday 7 December 2014

PANJANG BETUL NAMA PENGANTIN PEREMPUAN NI ... MACAM MANALAH AGAKNYA PENGANTIN LELAKI SEMASA LAFAZ AKAD NIKAH NANTI????


Punyalah panjang nama tetapi binti Md Arif .... kesian juga nanti pegantin lelaki semasa lafaz akad nikah nanti ... tapi untuk jalan selamat jawab saja .. AKU TERIMA NIKAHNYA.


Lafaz nikah sangat mudah

APAKAH pernikahan seseorang sah apabila naib kadi telah tersalah sebut nama bapa bakal isteri semasa lafaz akad nikah. Kesalahannya hanya pada nama penuh bapa bakal isteri contohnya, Maria Binti Abdul Karim yang sebenar tetapi disebutkan Maria Binti Mohamad Karim dan bakal suami menjawab akad tersebut dengan nama yang betul serta saksi telah mengesahkannya. Untuk makluman ustaz, sebelum upacara pernikahan sebenar naib kadi telah melakukan akad percubaan dengan menyatakan nama bapa bakal isteri dengan betul?

Jawapan

Majlis akad nikah sebenarnya sangat mudah. Jika cukup rukun nikah, maka sahlah nikah tersebut. Antara rukun nikah ialah lafaz ijab dan lafaz qabul.

Ramai yang seolah-olah merumitkan lafaz ijab dan qabul. Antaranya pengantin lelaki mestilah menjawab terus selepas tok kadi selesai mengucapkan lafaz ijab. Jika tidak terus dijawab, sebaliknya pengantin lelaki menarik nafas sekali maka nikahnya tidak sah lagi. Ulang semula. Ada pula syarat agar pengantin lelaki menjawab dengan satu nafas sahaja. Jika terhenti kerana menarik nafas maka tidak sah. Ulang semula. Berpeluhlah pengantin lelaki.

Lafaz nikah sangat mudah. Tok kadi ucapkan maka pengantin lelaki pun boleh menjawab dengan ringkas. Boleh dijawab dengan lafaz “aku terima nikahnya".

Dalam isu soalan di atas, di mana tok kadi tersalah sebut nama bapa pengantin perempuan, ia tidaklah merosakkan lafaz ijab tersebut. Ini kerana pengantin perempuan sudah ditentukan. Oleh itu, antara syarat yang menentukan pengantin perempuan ialah nama, kata ganti nama atau kata tunjuk.

Dalam hal ini, pengantin perempuan sudah berada di situ. Ahli keluarga yang hadir pun sudah mengetahui siapakah pengantin perempuan. Maka sedikit kesilapan tidaklah membatalkan lafaz ijab dan qabul.

Maka di sini juga antara peranan saksi nikah untuk memastikan segalanya disebut dengan betul. Tujuannya agar tidak berbunyi cerita-cerita yang tidak sedap didengar selepas majlis akad nikah. Kalau saksi nikah berpendapat bahawa perlu diulang semula bagi mengelakkan tanggapan yang kurang baik, maka tidak mengapa untuk saksi nikah membetulkan tok kadi nikah.

7 comments:

  1. Iya la....
    Kan senang kalu Hanisya aje.......
    Tak payah nak panjang2..
    Kan Nisya kan???
    Tok kadi tak penin, abang pun tak penin jugak....

    ReplyDelete
  2. Mujurlah juga nama Omak kau pendek je.

    ReplyDelete
  3. Islam itu mudah tapi masalahnya ianya dah kena bajak.

    ReplyDelete
  4. Aku terimeee nikahnye hanisa bt hamid dgn mas kawinnyee.. 20hinggit tunaiiii.. Aaaa orang kt atas sah ?

    ReplyDelete
  5. Sedikit tazkirah dari ustazah... OK.... terutama yg tak pernah hadir kuliah... dan yg berat hadir kuliah.. sbb setan2 dok bergayut...

    ReplyDelete
  6. Org johor...pontian tu..kg ahmad maslan jendul kondom terlucut...huhu.

    Mmng kens l

    ReplyDelete
  7. Harap2 servisnya trhdap suami sepadan dgn nama...hehe

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...