Wednesday 10 December 2014

PENGAKUAN TERBUKA LIM KIT SIANG PETANDA PAKATAN RAKYAT BAKAL BERPECAH SEBELUM PRU 14 KATA TIMBALAN PENGERUSI PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SABAH.



PETALING JAYA : Kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang meragui pakatan akan terus bertahan sehingga ke PRU ke 14 adalah satu isyarat jelas bahawa pergolakan dalaman ketiga-tiga parti tersebut kini berada di tahap kritikal yang bakal mengundangkan kepada perpecahan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang menyifatkan demikian berkata, senario politik pakatan pembangkang kebelakangan ini jelas memperlihatkan keretakan serius dalam perpaduan dan perhubungan parti-parti terbabit.

Beliau berpendapat, perkara tersebut memang sudah dijangkakan sejak awal bahawa pakatan antara ketiga-tiga parti itu tidak akan kekal lama. Sejarah membuktikan perkara yang sama berlaku ketika PAS, PKR dan DAP membentuk Barisan Alternatif yang akhirnya berpecah.

Pada pengamatan beliau, ketiga-tiga parti itu membentuk Pakatan Rakyat semata-mata untuk satu matlamat iaitu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah dan tidak ada perkara lain yang menyatukan mereka selain matlamat itu.

“Jika dilihat dari sudut ideologi dan pegangan politik ketiga-tiga parti itu jelas sekali amat berbeza seperti langit dan bumi,” tegasnya kepada UMNO-Online semalam.

Salleh juga berpendapat, faktor ideologi politik yang amat berbeza merupakan penyebab utama kerjasama ketiga-tiga parti itu akan menghadapi masalah dan seterusnya membawa kepada perpecahan, sepertimana yang berlaku kepada Barisan Alternatif pada 1999.

Tambah beliau, harapan PR untuk menjatuhkan BN melalui PRU ke 13 terlalu tinggi namun mereka gagal dan kegagalan ini ternyata telah mengundang rasa kecewa yang amat mendalam terhadap kepimpinan pembangkang khususnya DAP.

“Kegagalan mereka untuk menumbangkan BN telah memberikan kesan yang kuat kepada pakatan itu. Ditambah pula dengan isu MB Selangor yang tercetus dari sikap Anwar dan PKR yang pandai-pandai sendiri seperti isu Langkah Kajang juga telah menyebabkan timbulnya konflik yang semakin parah antara ketiga-tiga parti tersebut khususnya antara PAS dan DAP.

Beliau percaya bahawa kemelut pemilihan MB Selangor adalah kemuncak kepada kemelut dan konflik dalaman pakatan pembangkang yang telah membuka tembelang kelemahan dan ketidakmampuan Anwar untuk mengetuai pakatan tersebut serta menyebabkan hilang kepercayaan kepimpinan DAP dan PAS terhadap Anwar.

“Pakatan pembangkang bukanlah satu pakatan yang boleh diharapkan untuk mentadbir negara dengan lebih baik daripada kerajaan yang sedia ada pada hari ini. Mereka ini berpolitik hanya untuk kepentingan peribadi dan untuk kepentingan agenda parti masing-masing, dan bukannya untuk rakyat,” tegas Salleh.

Beliau seterusnya menasihat dan mengingatkan rakyat negara ini agar berfikiran rasional dan tidak terikut-ikut sentimen dan emosi bahawa pakatan pembangkang bukanlah satu gabungan parti yang mampu memerintah atau membawa negara untuk ke tahap yang lebih baik dari apa yang ada pada hari ini.


ULASAN OMAK KAU:-

Inilah akibatnya apabila pemimpin sudah tidak mengamalkan apa yang diucapkan  ... apabila melibatkan parti sendiri bukan main lagi tegas sembang kencang minta jangan dedah atau mengehebahkan masalah dalaman parti melalui media .. jangan cuci kain kotoran dikhalayak ramai .. tetapi apabila melibatkan komponen dalam Pakatan Rakyat bukan main garang menyerang dan memburukan.

ADUN-ADUN yang langgar arahan parti semata-mata mengikut kehendak dan nafsu partinya diangkat dan dinobatkan sebagai wira rakyat .. dimana ceramah dan jamuan kutip derma bukan main lagi ghairah menghentam Presiden PAS dan mana-mana pemimpin yang sealiran dengannya.

Diburukkan lagi keadaan apabila para pendokong dan penyokong peringkat bawahan bertindak lebih sudu dari kuah ... lebih berperasaan bijak,hebat dan tahu segala-segalanya dari pemimpin sanjungan mereka.

Tidak cukup dengan itu dipamirkan sikap pendendam dan pelahap jawatan... sanggup berdolak dalik serta ubah pendirian dan prinsip semata-mata kerana sokongan politik seperti isu Kidex dan perjanjian air Selangor Putrajaya Langat II.

Ini semualah sebagai penyumbang dan penyebab perdana jika apa yang diramalkan oleh YB Lim Kit Siang ini menjadi realiti ... mau mengaku akan puncanya banyak datang dari kerenah parti sendiri jangan nak mimpi .. cara yang paling mudah ialah menunding jari kearah sekutu dan dalam masa yang masa buat bodoh mati kutu apa yang berlaku dalam kelompok sendiri.

Kena akui masing-masing ada kesilapan dan lakukan kesalahan ... perlu permasalahan ini dibincang secara tertutup bukannya dicanangkan secara kencang dimedia.

Nak dinasihatkan serta beri peringatan sudah teramat lama dalam sepak terajang politik sebelum Omak Kau lahir didunia lagi.

Kurangkan bercakap yang boleh mengeruhkan keadaan .. ambil jalan untuk penyatuan dan keutuhan... jangan bersikap ingat parti itu sudah terlalu hebat sebab dah menjadi pemerintah disuatu negeri sambil berjaya menarik majoriti sokongan bukan Melayu kepada partinya ... sokongan mana mana jua terhadap parti bukannya sokongan kekal abadi .. bila-bila masa boleh berubah sebab tiada ada sebarang aku janji antara rakyat dengan parti ... kalau sering dilihat berkecamuk dan berbalah atas isu picisan dan remeh maka sudah pasti rakyat tidak akan memberikan sokongan ... tunjukkan yang PR adalah suatu alternatif atau pilihan yang lebih baik dari BN sebab sehingga kini kena berkata benar ianya masih jauh dilihat sebegitu.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

43 comments:

  1. Aku cukup menyampah dengan group azmin keadilan raya konon ...perangai biadap perasan bagus sering mrnyalahkan orang lain samseng taik kucing tak pernah mengaku salah...perangai macam lahanat.sebiji macam macai umno.selagi azmin jadi mb aku dan kawan kawan tak hingin terlibat dalam apa juga program..kami nak ajar korang dalam pemilihan nanti atau masa PRU 14 nanti.tungguuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AKU SUKA SANGAT KALAU PR NI BERPECAH-BELAH DAN AKHIRNYA TERKUBUR. BIAR AZMIN TAK JADI MB SELANGOR LAGI. BIAR SEMUA KAWASAN UNDI PKR, PAS DAN DAP MASUK CALON LAWAN BN SORANG.

      AKU SETUJU SANGAT KALAU SELANGOR, KELANTAN DAN PULAU PINANG JATUH SEMULA PADA BN. TAK ADA APA PUN YANG BOLEH AKU HARAPKAN KAT PR. YANG AKU DAPAT IALAH BR1M YANG BN BAGI. PR BAGI AKU KENTUT AJE....

      HIDUP UMNO......HIDUP BN
      TUMBANGKAN PKR, PAS DAN DAP DALAM PRU14 NANTI
      BN MENANG, BR1M DAPAT!!
      HIDUP UMNO!
      HIDUP UMNO!
      HIDUP UMNO!
      HIDUP BN!

      Delete
    2. Betul tu... jom kita menangkan Bn..PRU14...untung2 minyak naik lagi...syukur sangat..Malaysia bakal jadi negara berpendapatan tinggi... Caya laah BN!!

      Delete
  2. Kerajaan yg ada ni wlpun byk klmhan,ketirisan,tp masih bjaya buat krja utk rkyat,kalo rkyat perbaiki diri Tuhan xkan mbiarkan pmimpin yg zalim mjadi pmrntah.

    ReplyDelete
  3. Omak kau dah berkiblat ke sempadan siapa teraju dia sokong munkin kerana ketua kiblatan nya dah tiada dia tibai semua.....itulah politik blogger....gua hanya terima party yang nak ketepikan u faham lah sendiri...........................................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiblat jokermin lagi mulia...kiblat jokermin kiblat mahadhir. ..

      Delete
    2. Bila orang bawahan aka macai2nya terlalu sebuk menghentam parti dan presiden parti lain, akibatnya tak sempat nak tengok kerosakan parti sendiri. Sebuk lama sangat jenguk apa dalam kain parti pas, dalam kain parti sendiri tak sempat nak jenguk.. sedar2 dah buruk dan busuk...

      Delete
    3. betul betul betul....

      Delete
    4. Omakkau berada di landasan yg betul. Tak kena perlu ditegur. Jgn terlalu taksub dgn satu2 pemimpin hingga kentutnya pun dikata wangi.
      Teruskan omakkau, buat yg terbaik.

      Delete
  4. Umnu lembu
    kasi lembu jadi guru
    diri sendiri akademik teruk
    mau mengajar urang jadi pandai ?

    ReplyDelete
  5. Blog omak ni penoh dengan SB dan banyak admin dalam blog ni mostly SB la xpelik pon kalau keluar statement2 mcm ni cube lepak dengan omak die mana ade masa nk buat blog tahu2 keluar statement...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya betol lah omakkau ni SB dari Bkt Aman?

      Delete
    2. Bongok rupanya org PKR ni kan..tegur parti terus di cop SB dan berkiblatkan UMNO...lebih bangsat dari macai UMNO lah...

      Delete
    3. Tengok bagaimana umno pasang bom....14:10 dan 14:12 adalah orang yang sama tetapi menjalankan peranan 2 watak berbeza bagi tujuan menghasut....

      Delete
    4. Analisa komen atas pagar:
      13:26 - macai umno buat provokasi
      14:10 - macai umno sambut
      14:12 - macai TSKI marah
      15: 11 - macai PKR seumur hidup

      Delete
    5. Sambongan analisa komen atas pagar:
      15:25- macai jubo yg mudah di liwat seumur hidup

      Delete
  6. Kalau istana segambut jadi halangan keadilan raya.maka istana itu hatus dirobohkan bersama juak juak istana....warlord tak diperlukan lagi...isu anwar.dlm.langkah kajang..nepotisme amgkat bini jadi pemimpin...isu liwat...arsenik...suntikan hiv...16 sept...pembohongan..pluralisma...adu domba dan...penipu sekadar alih masalah peribadi mrnyebabkan rakyat muak...jijik dan.mual maka keadilan raya alternative yang terbaik perlu diambil....kslau tak.bila lagi...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...robohkan rumah mak bapak ko sekali .perangai maacai azmin dah kena rasuk syaitan yang dikenali...

      Delete
    2. Saudara....
      tengok bagaimana macai umno 13:38 masukjarum untuk mengadu domba. Lihat pula kesannya kepada penyokong PKR 14:40.... Apa yang jelas 14:40 akan semakin marah kepada ahli PKR sendiri yang menyebelahi azmin. Kesannya akan memusnahkan sokongan rakyat kpd PKR dalam PRU14 nanti.

      So penyokong PKR kena belajar jadi bijak.....

      Delete
    3. Analisa komen atas pagar:
      13:38 - macai umno buat provokasi
      14:40 - macai umno sambut
      15:15 - macai PKR seumur hidup

      Delete
    4. 15:28- macai aljuburi yg suka di jubo seumur hidup

      Delete
    5. Anon 15:15, masa bila penyokong PKR tu bijak? Muslihat DAP pun tak dapat dihidu. Orang nak pijak kepala masih duk khayal lagi.

      Delete
  7. bagi nasihat x nak pakai.........dok sibuk kat kapal dan nakhoda group lain. Dari jauh lg depa dok teropong dan bersorak teriak kata nakhoda tak pandai dan kapal tu akan karam tp depa lupa yg kapal depa sendiri ada org nak bocorkan .............pandai sungguh macai ni dan nakhoda depa kendali kapal......................aku rasa sudah tiba masanya aku pas kat icon gorilla bang bang boom datang dan ucapkan kata2 mesra tahniah pada geng depa ni ............................................AMEKOOOWWWWWWWWW !

    ReplyDelete
  8. Ini semua salah anwar aljuburi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Analisa komen atas pagar:
      14:58 - macai umno buat provokasi

      Delete
    2. kau ni tak habis2 tentang anwar,agaknay mak kau dah dijuburi oleh Anwar kot.tu yang kau marah sangat,betul tak,kesian mak kau

      Delete
  9. Ini semua salah anwar aljuburi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Analisa komen atas pagar:
      14:58 - macai umno buat provokasi

      Delete
    2. Analisa komen atas awan:
      15:30- macai aljuburi yg suka di liwat suka sama suka sedang marah dn mengelebah

      Delete
  10. Ada 2 perkara kalau yang boleh menyelamat PR:

    1. DAP jangan nak menyebok urusan ugama orang lain. Tambahan isu yang dibawa oleh PAS tidak melibat negeri yang dikuasai oleh PPinang. Kalau tanak sokong apa-apa baik diam je. Jangan tengok Islam dalam kontek bagaimana umno ajar islam dalam masyarakat.

    2. Anwar kena ingat PR adalah PAKATAN bukan macam BN berdaftar dan kuat terikat dengan peraturan. Jadi jangan Anwar ingat keputusannya kena patuh boleh dan belajar menghormati keputusan orang lain. Jangan ada usaha nak beli wakil rakyat untuk dapat kuasa seperti rancangan nak tawan Sabah/Serawak.

    Memgikut trend sekarang ni.BN memang boleh tumbang pada PRU14 kerana keadaan negera semakin gawat ekonomi dan rakyat rasa cukup tertekan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aljuburi rasa cukup tertekan kerana angan2nya nak jdi pm habuk pun tarak.

      Delete
    2. Aljuburi suka 'menekan' dari belakang

      Delete
  11. Hahaha.....
    Pkr tak mungkin berpecah kecuali tak nak lagi jatuhkan umno/bn. Dap tak mungkin akan keluar party pkr kecuali tak nak berkuasa lagi di pulau pinang, tanpa undi melayu masakan dap mampu berkuasa di pp selama dua penggal! Dap tak bodoh kecuali terpaksa. Begitu juga pas apa sebab keluar party pkr kalau tiada untungnya kecuali nak terus hanya berkuasa di kelantan shj. Keadilan pula lagi tak mungkin selagi anwar dan isterinya berkuasa sebab mudah tiada pkr selamanya umno/bn akan memerintah malaysia. Maka masalah bukan party lebih pada individu dalam party yg tak berpuas hati suka petikal tak habis2. Party kena selesalkan masalah di dalam party bukan berjajar di pasar ini bukan selesai masalah tetapi cuba nak pecah belahkan dalaman ahli party tak ada untung lebih pada melemahkan keyakinan party utk menerajui sebab kebudak2 kan dalam menyelesaikan masalah party. Walaupun umno/bn bisa tumpas pd pru 14 namun masalah party pkr tak bersatu membolehkan pengundi yakin kemampuan utk menerajui negara boleh menyebabkan umno/bn terus menang berkuasa pd pru14.
    Kita kena ubah br boleh nak ubah pandangan org pada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan: PKR+PAS+DAP = PR (Pakatan Rakat).

      Delete
    2. Mana ada..pkr+pas+dap=bodoh piang

      Delete
    3. Anon 16:48 . PKR - parti keadilan rakyat
      PR - pakatan rakyat.

      Delete
  12. AKU SUKA SANGAT KALAU PR NI BERPECAH-BELAH DAN AKHIRNYA TERKUBUR.
    BIAR AZMIN TAK JADI MB SELANGOR LAGI.
    BIAR SEMUA KAWASAN UNDI PKR, PAS DAN DAP MASUK CALON LAWAN BN SORANG.
    AKU SETUJU SANGAT KALAU SELANGOR, KELANTAN DAN PULAU PINANG JATUH SEMULA PADA BN.
    TAK ADA APA PUN YANG BOLEH AKU HARAPKAN KAT PR.
    YANG AKU DAPAT IALAH BR1M YANG BN BAGI.
    PR BAGI AKU KENTUT AJE....
    HIDUP UMNO......
    HIDUP BN TUMBANGKAN PKR, PAS DAN DAP DALAM PRU14 NANTI
    BN MENANG, BR1M DAPAT!!
    HIDUP UMNO!
    HIDUP UMNO!
    HIDUP UMNO!
    HIDUP BN!

    APA YANG PR BOLEH BERI KEPADA ANDA?
    DUIT?
    KERJA?
    BIASISWA?

    JANGAN TERTIPU SAMPAI KITA MATI.
    JANGAN PERJUDIKAN NASIB ANAK CUCU KITA
    BERUBAH KEPADA UMNO DAN BN SEBELUM TERLAMBAT!!!

    ReplyDelete
  13. Pas kata,

    INI KALI LAH

    Pkr kata,

    LAIN KALI LAH

    Dap kata,

    PEGI MAMPUS LAH

    UMNO kata

    INI MACAM LAH

    HIDUP UMNO...HIDUP UMNO...HIDUP UMNO
    YEAAAA...YEAAAA....

    ReplyDelete
  14. Dap tgh syiok sendiri mcm umno...itulah akibat terpercaya propaganda sendiri. Whoever is in charge of dap intelligent is feeding rubbish to cwc. Keep this on and keep showing your true color.

    ReplyDelete
  15. Ni semua salah pkr rakus dn tamak, dap tu tukang push dr belakang, sekarang ni dh lintang pukang dap tukang beri komen pulak dah yg pkr duk senyap, yg menyalak macai2nye azmin dgn tski...kah kah kah

    ReplyDelete
  16. Kalau kenyataan ini datang dari TGHH atau PAS, mampos kena lunyai oleh DAP dan PKR.dan disambut olej Pukima.
    Nampak sangat PKR kecut telor bila berdepan DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketum mne? x terasa bersalah dgn pas ke? sekarang ni LKS bercakap seolah olah dap x terlibat dlm usaha pkr buat hal dlm negeri selangor ...semua nk tunjuk baik je ...kahkahkah

      Delete
  17. kau omak, tak komen pasal pemilihan 2014, macam BERSIH juga?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...