KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 2 December 2014

RESTORAN TERMURAH DI MALAYSIA .. KOPI "O" PANAS 20 SEN SECAWAN, NASI TAMBAH PERCUMA DAN PELANGGAN YANG KE SATU JUTA DAPAT SEBUAH MOTOSIKAL.



Kita seringkali hebohkan dengan di alam maya terutamanya dilaman sosial tentang makanan yang mahal di mana seseorang terkejut apabila hendak dibayar dan mendapat kritikan keras dari para pengguna.

Tetapi kali ini Omak Kau mau berkongsi kisah sebuah kedai makan mungkin yang termurah atau antara yang termurah di Malaysia terletak di jalan Ilmu berhampiran Tanjung Pauh,Jitra Kedah. dimana mengenakan cas yang amat murah untuk pelanggannya menikmati makanan.

Bayangkan secawan kopi 'O' hanya 20sen? kalau di Kuala Lumpur Kopi 'O' ni dah RM 1.30 ke RM1.50 .. dah beza harga dan jimat seringgit tu ... mereka bukan sahaja menyajikan makanan lauk pauk murah malahan  kalau pelanggan ingin menambah nasi harga nasi tambah tiada sebarang cas dikenakan ... ianya adalah percuma.

Roti Canai 50 sen sekeping ... ada hari-hari tertentu diberikan secara percuma .. seperti Ahad dan Rabu bubur percuma .. Isnin dan Khamis minuman percuma .. Selasa pelbagai buah-buahan percuma.

Jadi tidak hairanlah ramai orang berduyun-duyun datang ke kedai ini.Apa yang dibuat kedai ini semestinya menarik minat pelajar-pelajar yang berada dikawasan itu untuk menjamah makanan di kedai ini kerana restoran ini berdekatan dengan empat buah kolej utama iaitu Politeknik Sultan Abdul Halim Muazam Shah(Polimas), Intitut Perguruan Darul Aman(IPDA), Institut Aminudin Baki cawangan utara dan Institut Latihan Perindustrian.

Memang ramai jawabnya pelajar-pelajar akan datang ke kedai ini. Restoran ini juga sedang membuat promosi spesel kepada pengunjung dan pelanggan yang ke sejuta yang bertuah. Akan menerima hadiah sebuah motosikal kapcai.

Mana nak dapat ini macam punya tawaran. Restoran mewah pun tak buat macam ini.

Apa-apa pun sekalung tahniah Omak Kau  ucapkan kepada pengusaha kedai ini kerana berani mengambil risiko menjual makanan dengan harga murah kepada orang ramai. Orang lain sibuk untuk menaikkan harga tetapi masih ada insan berhati mulia seperti ini yang menjual makanan dengan murah.

Omak dan semua rakyat negara ini mendoakan kedai ini akan lebih maju dan sentiasa diberkati.

13 comments:

  1. Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.

    AL QURAN 2.[89]

    ReplyDelete
  2. Hadiah kete axia xade ke?

    ReplyDelete
  3. Orang tu dh bg hadiah motor tu bsyukur la..bodoh. Nak kete pulak

    ReplyDelete
  4. kalu la ada kedai cangini kat tempat aku, hari2 aku makan kedai. lagi jimat dr masak sendri apatah lagi time dekat2 nak ada GST ni....

    ReplyDelete
  5. Masih ada untung ...... Bayangkn gandum naik 20 sen sekilo roti Canai naik 20 sen sebiji. Tu sebab mamak kaya raya ..... Melayu juga bahalol bagang

    ReplyDelete
  6. Roti najib dua, teh O satu baru singgit dua kupang.
    Kalu makan hari rabu, roti najib satu, bubur semangkok, nasik tambah satu baru lima kupang.

    ReplyDelete
  7. Hadiah dpt cikaro xde ke.. Ala2 mcm nora danish ke..

    ReplyDelete
  8. hahaha.......
    murah utk tarik pelangan malah untung tetap ada pada makanan lain.
    sewa murah mana boleh dibandingkan dgn kawasan lain????
    kalau benarlah boleh jual murah dapat untung kat kawasan bandar baik omak kau buka sdr kita makan kat kedai omak kau!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen ala2 blogger pemalas, macai blogger umno pn blh jgk. Semo tak kena kalo org lain senang. Ptut dh tokjibby kata korg banggang

      Delete
    2. Bangang ke banggang ? Bengong !

      Delete
  9. Jom la lalingku hanisya.. Kte g cium molot lam kedai to.. Xyah makan ape2..

    ReplyDelete
  10. Restoran ini patut dberi kepujian olh pihk kem.pnguna kerna membuktikn keiklsnnya dlm prniagaan yg mgaut keuntgn minima smbl dgn niat bsdekh. Pihk media/tv jga patut war warkn mbntu mbri sokgn promosi kpd premis ini. agar mjdi conth yg lin.

    ReplyDelete
  11. Kopi o 20 sen.nasi tambah percuma.
    Bagaimana restoran ini nak dapat untong. Nak cover kos pun tak lepas.
    Bagaimana ya?
    Mungkin polis pun naik heran. Dan pastinya polis akan awasi?

    ReplyDelete