Friday 12 December 2014

SEORANG INSPEKTOR POLIS DAN TIGA ANGGOTA LAIN DILEPAS DAN DIBEBASKAN TANPA DIPANGGIL MEMBELA DIRI ATAS PERTUDUHAN BUNUH TAHANAN DALAM LOKAP.



Seorang pegawai dan tiga anggota polis dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi  hari ini, atas tuduhan membunuh seorang tahanan dalam lokap, tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan melepaskan Inspektor S Hare Krishnan, 40; Sarjan Jaffri Jaafar, 44; Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, tanpa perlu dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa membunuh N Dharmenderan, 32, di Pejabat Siasatan Khas Jenayash Berat (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL), Jalan Hang Tuah antara jam 12.20 tengah hari hingga 2.50 petang, 21 Mei tahun lalu.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati.

Jaffri, Mohd Nahar dan Mohd Haswadi sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Dharmenderan pada 5 Jun lepas dan kemudiannya Hare Krishnan turut didakwa terhadap pertuduhan sama pada 30 Julai lalu.

3 comments:

  1. Boleh nampak tak keadilan ala Malaysia? Jika yg dituduh dari pihak PR segala bulu, semen yg bercampur dgn tahi boleh dicari & bawa ke makmal. Tambahan pula polis siasat polis kemudian dakwa polis tersebut, mestilah dibuat supaya tiada kes prima facie. Ibrahim Ali pula guni petai kata tiada buat untuk jadi lepas si katak tu.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...