Saturday 6 December 2014

SETIAP 13 KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG BARU DUA, JALAN KEBUN HANYA MENERIMA BANTUAN RM500 DARI ADUN SERI MUDA MERANGKAP SETIAUSAHA POLITIK AZMIN ALI.




Kesemua 13 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Baru Dua, Jalan Kebun di sini menerima sumbangan kilat RM500 bagi setiap keluarga daripada DUN Seri Muda,

Pegawai Khas, Tan Ah Kow berkata, selain menyampaikan sumbangan, Adun Seri Muda merangkap Setiausaha Politik Azmin Ali dan juga Ketua Penerangan KeADILan Selangor, YB Hj Shuhaimi Shafiei turut berkesempatan melawat tempat kejadian dan menemui mangsa kejadian.

Katanya kesemua mangsa menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan agensi lain termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) dan masjid serta surau berhampiran.

“Kejadian kali ini meranapkan dan menghanguskan kesemua rumah, tiada apa yang tinggal.

“Kita akan berbincang lanjut dengan pihak-pihak lain bagaimana kesemua mangsa dapat dibantu.

“Mereka akan ditempatkan di dua lokasi penempatan sementara iaitu di Dewan Ketua Kampung Jalan Kebun dan Balai Penghulu Johan Setia,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, 13 rumah musnah selepas satu daripada rumah berkenaan tiba-tiba terbakar dan api merebak ke rumah bersebelahan.

Pihak bomba bergegas dengan dua jentera ke lokasi sejurus menerima panggilan dan masih menyiasat punca kejadian.

17 comments:

  1. Hanya 500...omak kau tak habis2 menyerang azmin....itu kan bantuan kilat ada lg bantuan menyusul lepas ni...takkan mb terus umum setiap mangsa dapat bantuan segera 50k sebuah rumah 400k setiap satu....aduh omak makin meroyan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kau angin ni apasal. Memang patut kena sound pun. Suit kena bagi sikit. Tolong sikit dgn prose's jkm Dan pusat zakat. Jangan Jadi biol.

      Jeff Ulu yam
      Reformist Tulin

      Delete
    2. Org da bg 500 tu cukupla.... Nak lebih2 mintak la kat mak bapak masing2. Semua nak free kalu, tokey babi pun bole bankrup.

      Claim la kat ansuran. Tak kan beli rumah tak ada insurance? Kecuali rumah setinggan @ peneroka bandar yg buat rumah di tanah free

      Delete
  2. 500 banyak tu..boleh makan lima bulan.Bina rumah baru, persiapan sekolah anak anak..huh... ada lagi belen....untungdapat mb baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lebih pi pinjam bank.
      50 juta pom boleh.
      Tak pom cuba mintak kat najib

      Delete
    2. Takkan barang anak sekolah pun nak mintak kejaan negeri. Duit gaji bulan 12 pun ikut terbakar ker?

      Delete
    3. Mintak kat dap boleh tak?
      Tak pun mintak kat 2 barua tu.

      Delete
  3. Inilah pengomen 10;20 Macau kajang move yg love pasma. Padan IQ rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak banyak jumpa tokey bank.
      Banyak pun bole bagi pinjam...

      Delete
    2. Klu kak mintak tolong, sabor sikit....
      Kalu tak tau nak sabor, bole belah

      Delete
    3. As Salam

      sy bukan baik sgt. Tapi sy pohon supaya kita berbudi bahasa dlm dn bersimpat kpd mrk yg sdg ditimps musibah.

      Yg terbaiknya kits cubs bantu mrk sekadar kemampuan kita.

      Ini hari dia org. Kita tak tentu lg.

      Wallahualam

      Yg tetbaik kita sama sama bantu apa yg terdaya

      Delete
  4. Macau= macai lan#au. Supporter of kajang move n pasma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suma mau free kalu, duduk hutan ma..
      Itu 3.3 billion bukan dia punya bapak punya duit ma..
      Duit simpanan sendiri kasi keluar ma.
      Kereta alpat, Honda city, estima, myvy kasi jual bikin rumah ma...
      Suma 1 Malaysia mau free bole bankrup ma..

      Delete
  5. jgnlh trlalu awal membuat presepsi negative. brsabrlh menanti bntuan yg lin xknlh nk dbagi sgala2nya mcm kilt. bntuan bnjir dpahang pn yg djanjikn klengkpn asas umh dn wang smpi hri ini x kunjung tiba trpksa siltan campur tagn npe x bising hiruk pikuk dlm media.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangsa kebakaran tu pun bukan ada mintak2 pun. Mereka semua mampu. Kereta satu keluarga ada sampai 3 bijik......
      Cukup2lah jadi rakyat yang meminta2. Sampai bila tak nak menabung dan asyik harapkan tongkat??

      Delete
  6. Aku lebih simpati kpd org2 yg betul2 miskin. Yg rumah pun tak ada. Yg ibu2 tunggal anak ramai. Yg anak2 yatim miskin. Yg nak cari sesuap nasi pun susah. Yg rumah bocor tunggu nak rebah. Yg basikal sebiji pun tiada. Yg duduk menumpang di tanah tapak kubur.

    Tapi, orang miskin spt ini tiada pula sesiapa yg bising utk membantu mereka......

    ReplyDelete
  7. Sampai 3 keturunan peneroka bandar semua dapat free....kalau kita ambik balik hak kita, kita pulak yg kena saman dan bayar pampasan....barua betul.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...