Saturday 4 July 2015

MAHATHIR ADALAH DALANG DAKWAAN NAJIB AMBIL WANG 1MDB



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang dakwaan terbaru yang beliau mengambil wang dari 1MDB.

Katanya, dakwaan terbaru ialah beliau (Najib) telah mengambil dana negara untuk kepentingan peribadi.

Menurut Najib, beliau percaya Mahathir, dengan bekerjasama dengan rakyat asing, termasuk Sarawak Report, adalah di belakang pembohongan terbaru itu.

Najib berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini, merujuk kepada laporan Wall Street Journal (WSJ) awal hari ini yang mendakwa AS$700 juta daripada dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri melalui proksi.

Perdana menteri menyangkal dakwaan itu, dengan menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Katanya, beliau tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa oleh musuh-musuh politiknya - sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti yang lain, seperti yang disahkan oleh syarikat-syarikat berkenaan.

Najib berkata dakwaan terbaru adalah sebahagian daripada siri dakwaan "yang tidak berasas dan keterlaluan" yang dibuat terhadap beliau dan keluarganya.

"Serangan ini bermula apabila saya enggan untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan peribadi Tun Mahathir.

"Saya tidak mahu, kerana saya tidak percaya ianya baik untuk Malaysia diperintah oleh proksi.

"Tun kemudian mencipta krisis apabila beliau secara melulu mendakwa bahawa RM42 bilion telah hilang dari 1MDB, sedangkan pada hakikatnya, ini adalah hutang diaudit yang disokong oleh RM51 bilion aset yang diaudit," kata Najib..

5 comments:

  1. mahathir banyak jasa kat Malaysia. bukan macam anuar braheeeeeeeeem yg gila nepotism Anak beranak

    ReplyDelete
  2. keluar RM3000 sehari di mesin ATM setiap hari selama 2700 tahun pun masih ada duit di dalam akaunnya. Anak siapalah agaknya.

    ReplyDelete
  3. Jawap dlu tuduhan wsj ni najib.knp teruk sgt PM teebaharu skrg.brbagai bagai tuduhan.kesengsaraan rakyat dh peringkat maksima.statement mnteri2 makin nmpk kebodohan..nk jual melayu ker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib dah pun menafikan tuduhan wsj dan tgh merancang nak ambik tindakan keatas pihak yg berkaitan. Berbagai2 tuduhan keatas najib dan kjaan tu adalah rancangan pembangkang sejak mereka gagal mengambil alih kerajaan masa pru 13. Nak lebih detail agenda pembangkang cuba kamu search Dokumen Sulit Langkah Kajang, dokumen sulit ini sudah bocor di internet beberapa tahun dulu tapi tak viral. sekarang pembangkang sedang melakukan satu persatu tuduhan keatas kerajaan dan syarikat2 kerajaan.mengikut apa yang telah dirancangkan dalam dokumen tersebut. Bukan 1mdb dan amanah mara sahaja. akan menyusul selepas ini isu Felda, tabung haji, MAS, KWSP, UiTM dan banyak lagi terutama syarikat2 kerajaan yang berkepentingan kpd melayu bumiputera. Dlm langkah kajang agenda mereka yg pertama adalah menukar menteri besar selangor dari TS khalid ibrahim kpd Wan Azizah supaya wan azizah boleh jadi boneka DAP. Tapi Allah masih sayangkan rakyat selangor, sultan selangor perkenankan azmin ali dan bukan wan azizah. DAP sgt kecewa dan terus melaksanakan agenda mereka sepertimana yang kita lihat skrg.

      Delete
  4. pahlawan bugis vs pahlawan kutty...pahlawan jubur tersengih dlm penjara.ngeh3

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...