Friday 3 July 2015

DAKWAAN WSJ TERHADAP NAJIB ... TUDUHAN TIDAK BERASAS KERANA TIDAK DISERTAKAN BUKTI DOKUMEN KATA KJ.



Dakwaan media antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diterima, kerana ia tidak disertakan dengan dokumen dan bukti kukuh.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pendedahan WSJ kononnya dana hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke akaun peribadi Najib itu, dibuat berdasarkan laporan portal Sarawak Report yang kesahihannya dipertikaikan.

“Siapa-siapa pun boleh membuat tuduhan dan pendedahan, tetapi jikalau tiada bukti yang kukuh, kita tidak boleh terima pendedahan tersebut.

“Dalam hal ini (dakwaan WSJ), saya tidak nampak ada bukti yang kukuh, mereka kata ada dokumen, tetapi sekarang tidak ada apa-apa dokumen yang dikemukakan,” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan Ramadan, di Masjid Bandar Beris Baru, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, dalam prinsip perundangan dan mahkamah, beban untuk membuktikan sesuatu tuduhan terletak di bahu pihak yang membuat tuduhan itu, bukannya pihak yang dituduh.

Ditanya sama ada Perdana Menteri dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ, beliau berkata, ia terpulang kepada kedua-dua pihak terbabit.

7 comments:

  1. Bila orang politik bercakap memberi pendapat umpama orang bodoh buta dan tuli.Otaknya biasa melebihi agensi yang bertanggung jawab lupa bahawa yang memberi maklumat berkaitan kepadanya ialah agensi berkenaan dan bukannya dari mulut sendiri yang cuma tahu membodek fan mempertahankan ketuanya.Kalau ketuanya didapati bersalah oleh agensi berkenaan apakah menteri ini akan guna kuasa politik?.biarkan agensi berkenaan menjalankan tanggunngjawab mereka dahululah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayank Hanisya ape khabar kat cini ujan abang windu lowh..bila u nak pinang I hanisya?

      Delete
    2. Ini pun salah azmin. Klu tuang presdeng jadi mb tentu tak jadi cam gini. Ini suma salah dap sbb tak hantar nama tuang presdeng

      Delete
  2. Kalaulah umngok melaksanakan undang2 hudud,undang2 sedia ada pon gagal menghukum mereka.

    ReplyDelete
  3. http://news.yahoo.com/video/probe-finds-1mdb-money-malaysia-023600479.html

    ReplyDelete
  4. DATO Khairuddin Hassan dan Clare dari Serawak Reports suruh saman Serawak Reports kalau fakta mereka tak betul.... apa lagi DS Najib, SAMAN LAH....Sebelum tu, periksa dulu PUSAKA BAPAK KAT CELAH KANGKANG TU ADA KE DAK....

    Atau DS Najib boleh berhubung dengan pengiklan ANGKA TOGEL kat blog ni... manalah tahu boleh cepat setel masalah kewangan sekarang ini.

    (Dr.G)

    ReplyDelete
  5. Ini pun salah azmin. Klu tuang presdeng jadi mb tentu tak jadi cam gini. Ini suma salah dap sbb tak hantar nama tuang presdeng

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...