Monday 6 July 2015

SEKUMPULAN AKTIVIS BERANG AZMIN ALI LULUS PEMBINAAN LEBUH RAYA BERTOL BAHARU DISELANGOR KERANA MELANGGAR IKRAR



Sekumpulan aktivis alam sekitar membantah tindakan kerajaan Selangor meluluskan pembinaan lebuh raya baharu yang dijangka akan merentasi hutan Ampang, kawasan sumber air kritikal bagi Lembah Klang.

Kelulusan Lebuhraya Timur Lembah Klang (EKVE) awal bulan lepas dibuat selepas syarikat air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memberi amaran kepada penduduk Lembah Klang untuk bersedia menghadapi gangguan bekalan air pada musim panas dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Tindakan Selangor memberi kelulusan EKVE itu juga mempersoalkan ikrar Menteri Besar Mohamad Azmin Ali pada 7 Januari, iaitu tidak membenarkan pembangunan yang boleh membahayakan alam sekitar.

"Kami masih mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri dan persekutuan membawa projek ini ke depan," kata jurucakap kumpulan alam sekitar Treat Every Enviroment Special (TrEES) menerusi emel.

"Pada 29 Jun, berita mengenai satu lagi musim kering dan kemungkinan kekurangan air mungkin akan disiarkan. Bagaimanakah (rizab hutan Ampang) tidak lagi diperlukan untuk tadahan air jika kekurangan berlaku sekali lagi?" tanya Pengarah TrEES, Christa Hashim.

Lebuh raya mengatasi air

Christa berkata kebenaran bagi pembinaan 39.5 km EKVE bertol itu diberikan dengan memasukkannya ke dalam Pelan Tempatan 2020 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Katanya, pelan itu dipinda Jawatankuasa Perancangan MPAJ dan Negeri untuk memasukkan EKVE pada 2 Jun.

Sebuah projek infrastruktur perlu disertakan dalam pelan majlis tempatan bagi usaha ia dibina.

Keperluan ini bermakna kerajaan Selangor memberi lampu hijau kepada pemaju projek itu, Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), membina lebuh raya.

Berdasarkan penjajaran EKVE dalam pelan tempatan, projek itu akan menyaksikan hutan dalam rizab Ampang ditebang untuk fasa pertama yang bermula dari Sungai Long, Cheras hingga ke Ukay Perdana, Ampang.

Jabatan Perhutanan Selangor pada Februari 2014 mengumumkan cadangan menggugurkan status gazet 106.65 hektar daripada Hutan Simpan Ampang, bagi pembinaan EKVE.

Dalam fasa 2, dari Ukay Perdana ke Lebuhraya Karak, EKVE akan melalui hutan simpan Ulu Gombak di utara Empangan Klang.

"Dalam Rancangan Struktur Selangor yang dikeluarkan baru-baru, rizab hutan Ampang dan Ulu Gombak diklasifikasikan sebagai 'hutan tadahan air' dan merupakan sebahagian taman negeri Selangor," katanya.

Menurut laman web TrEES, taman negeri Selangor adalah asal usul sungai di negeri ini dan menyediakan lebih 90% daripada bekalan air ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tekanan bagi sumber air Selangor semakin meningkat disebabkan permintaan yang bertambah serta kebocoran dalam pengagihan air dirawat.

The Malaysian Insider pada November 2014 melaporkan, kira-kira 33 daripada 100 unit air terawat yang dihasilkan hilang dalam perjalanan kepada pengguna disebabkan paip bocor atau kecurian.

Dalam laporan 29 Jun dalam The Star, Syabas memberi amaran gangguan bekalan air mungkin terjadi sekali lagi pada Julai dan Ogos kerana gangguan bekalan.

Krisis air Februari-April tahun lepas menyaksikan bekalan air kepada hampir 6.7 juta penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor terpaksa dicatu, berikutan air sungai dan empangan kering.

Tiada fasa ke-2

Ahli Majlis MPAJ, Ahmad Sabri Abu Bakar, bagaimanapun berkata kelulusan hanya diberikan untuk fasa pertama lebuh raya itu.

Katanya, penjajaran akhir fasa ini masih belum diputuskan kerana penduduk Ukay Perdana sudah membuat aduan yang ia boleh meningkatkan kesesakan di kawasan mereka.

"Fasa 2 daripada lebuh raya tidak diluluskan kerana bimbang dengan kesannya kepada alam sekitar," kata Sabri.

Christa bagaimanapun menekankan, walaupun tanpa fasa kedua, lebuh raya itu masih akan membahayakan Sungai Ampang, sumber air yang berharga di hutan simpan Ampang.

"Fasa 1 akan memotong melalui hutan simpan Ampang, terlalu hampir dengan tebing Sungai Ampang,” katanya.

Katanya, menurut Penilaian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) terhadap projek itu, Sungai Ampang dianggap sungai kelas 1 atau sangat bersih.

"Kedua-dua fasa 1 dan 2 daripada EKVE akan menjejaskan dua kawasan tadahan air yang sangat bersih,” katanya.

AZRB bagaimanapun enggan mengulas kebimbangan projek itu akan memberi kesan kepada alam sekitar.

Seorang lagi pengarah TrEES, Leela Panikkar, mempersoalkan mengapa fasa kedua projek itu masih menjadi sebahagian daripada pelan tempatan jika ia tidak diluluskan.

Peta pelan tempatan yang dilihat The Malaysian Insider itu termasuk projek jalan raya berpadanan dengan fasa kedua asal EKVE yang melalui utara Empangan Klang.

"Pemaju projek terbabit masih boleh datang lagi dan mencadangkan jajaran baharu bagi fasa 2 atau penjajaran yang berbeza," kata Leela ketika dihubungi.

6 comments:

  1. Cukup-cukup la buat jalan kat Selangor tu wshai Azmin.

    Dah banyak sangat jalan.

    Biarkan sungai tu mengalir senang sekali sekala kita naik sampan kalau nak ke mana-mana.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Ali maktom melahirkan 3 jenis anak

    1. Anak Munafik
    2. Anak derhaka
    3. Anak pondan bermulut longkang

















    3. Anak pondan bermulut longkang

    2.

    ReplyDelete
  3. X lama lagi azmi batalkan balik project ni,ni lah masanya nak tololkan UG..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu menepati gambaran "biri2 yg cantik bulunya dan banyak dagingnya" ....

      Delete
  4. Korang jangan risau selogan buku jinggay jalan percuma tak lagi di pakai oleh azmin dan selogon manifesto bukan janji akan pakai oleh azmin itu. Lupa pesan ,aku rasa EKVE mesti kerajaan negeri selangor punya azmin akan pandai buat duit.

    ReplyDelete
  5. Janji munafik ditepati rasanya 1 pun belum tertunai lagi,kafir dgn munafik adalah golongan penghuni neraka..ulama pun ada yang munafik..ngeh3

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...