Thursday 2 July 2015

SENGAJA LENGAHKAN ISU AIR ... RAKYAT SEMAKIN HILANG KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN KEPADA KERAJAAN PR SELANGOR PIMPINAN AZMIN ALI.



Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berdepan penyusutan kepercayaan rakyat apabila isu air di negeri ini masih terus dibiarkan berlaku tanpa penyelesaian yang efektif.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek  berpendapat kerajaan negeri perlu didesak supaya menyelesaikan isu air yang semakin menekan rakyat dengan kadar segera.

“Azmin tahu beliau wajib laksanakan (mengikut perjanjian air yang telah dimeterai) tapi sekarang ini, sebagai pemerhati yang saya nampak, Azmin mencari jalan untuk melengah-lengahkan. Azmin menggunakan ‘delaying power’...mencari jalan atau apa-apa kesilapan supaya projek ini dilambat-lambatkan dengan harapan mendapat apa sahaja tuntutannya daripada kerajaan Persekutuan.

“Natijahnya, oleh sebab kelewatan projek ini, masalah air semakin kritikal di Selangor. Keyakinan rakyat terhadap janji-janji pilihan raya PR sedang tipis sekali, sekarang ini. Rakyat patutlah mendesak kerajaan supaya KN Selangor melaksanakannya dengan kadar segera,” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, meskipun tampuk pemerintahan bertukar tangan, perjanjian penstrukturan semula air yang telah dimeterai sebelum ini tetap perlu dilaksanakan.

“Masalah air ini belum diselesaikan. Tidak kisahlah parti siapa yang memerintah, tapi beliau terikat dengan jawatan Menteri Besar itu yang menandatangani perjanjian mewakili Selangor.

“Garis panduan dan kerangka masa sudah dibuat oleh menteri besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid apabila perjanjian dengan Pusat ditandatangani tapi semua ‘dilanggar’ oleh Azmin,” katanya.

Malah beliau menyifatkan Azmin sebagai pemimpin yang gagal dalam menyelesaikan isu rakyat yang semakin kritikal saban hari meskipun telah memegang jawatan menteri besar lebih sembilan bulan.

“Azmin tidak ada ciri-ciri kepimpinan. Sebagai Menteri besar, beliau kena tegas. Perlu ada kebajikan rakyat dalam hati. Kalau saya jadi Menteri Besar Selangor, perkara pertama yang perlu diselesaikan ialah masalah air yang menjadi bebanan rakyat. Tapi nampaknya walau dah lama pegang jawatan tapi beliau tidak selesaikan isu ini. Ini kegagalan menteri besar kita. Beliau tidak dapat buat keputusan demi rakyat. Masih lagi menunggu pandangan-pandangan orang lain.

“Rakyat memendam perasaan dan menunggu masa sahaja sekarang ini. Kalau beliau ahli politik yang bijak, beliau akan segera menyelesaikan masalah ini. Rakyat seronok dan keyakinan itu akan datang kembali tapi kalau tangguh...faham-faham sajalah. Kebajikan rakyat jangan politikkan. Laksanakan amanah dengan sebaiknya,” katanya.

Sementara penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat pula berpendapat, meskipun isu air ini menghambat rakyat sehari demi sehari, keyakinan rakyat kepada kerajaan PR masih utuh kerana ia berjaya diredakan oleh pemerintah.

“Masalah sekarang ini, rakyat masih begitu yakin dengan PR. Jadi, sentimen kemarahan itu seolah-olah dapat ditepis oleh kerajaan negeri menyebabkan rakyat berbelah bahagi. Mereka beranggapan ini bukan masalah kerajaan negeri tapi masalah Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) contohnya. Tetapi rakyat mesti faham bahawa ini adalah masalah kerajaan negeri.

“Perancangan yang sudah lama dibuat iaitu Langat 2 yang sepatutnya jadi satu langkah penyelesaian besar. Apabila air tak ada, air itu memang tak ada, tak perlu salahkan sesiapa tapi bagaimana kita nak pastikan air itu ada?,” katanya.

Namun beliau tidak menolak rakyat akan bosan dengan janji kerajaan negeri jika isu air ini masih tidak diselesaikan.

“Rakyat disogok dengan maklumat bahawa ini masalah Syabas...masalah pengurusan. Bagaimana nak urus kalau air tak ada? Kerajaan negeri alih kesalahan itu kepada orang lain.

“Sentimen rakyat Selangor sekarang ini masih percaya pada PR tapi kalau kerajaan negeri masih dengan keputusan ini, dalam tempoh setahun lagi, saya percaya rakyat akan mula sedar dan jemu dengan PR,” katanya.

Sebelum ini, Azmin mendakwa kerajaan pusat mahu tapak tanah syarikat konsesi air dipindah milik kepada PAAB dan mendakwa perkara itu tidak disenarai dalam perjanjian utama (Master of Agreement).

5 comments:

  1. Cina kalau air takde pun takpe..pakai tisu dah cukup. Pagi-pagi x payah mandi. Itu pasal dap x kisah isu air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buang bayi, jumpa bayi atau menjaga bayi yang dibuang semua ini salah azmin.

      Delete
    2. Kat afrika selatan pun tak cukup air sebab azmin suka menangguh2kan isu air

      Delete
  2. Tukar jer mb sgor azmin ali dengan azwan ali....srkali maki jer suma settel.....choyyyy...AA tak.main la guna air kat Malaysia ape klasss....Diva AA guna air minirel water jer.....coyyyy.....kan dah settel problem air di sgor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... diva AA jadik MB baru class...
      Lps tu lantik semua exco pondan2 sotong belaka....hehehe...masalah air selangor kompom settle....

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...