Tuesday 2 December 2014

18 FOTO KEMALANGAN JALANRAYA YANG MELIBATKAN 13 BUAH KENDERAAN SELEPAS SEBUAH LORI TANGKI MEMBAWA MINYAK KELAPA SAWIT DIREMPUH DARI BELAKANG OLEH SEBUAH LORI LAIN.




SEREMBAN 2 Dis. - Sebanyak 13 kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Seremban - Kuala Pilah selepas sebuah lori tangki membawa minyak kelapa sawit dirempuh daripada belakang oleh sebuah lori lain menyebabkan minyak tumpah di jalan raya.

Menurut sumber bomba dan penyelamat negeri, kejadian berlaku sekitar pukul 11 pagi ini dan kenderaan yang berlanggar dan terbabas berlanggar belakang kenderaan antara satu sama lain, berpunca daripada tumpahan minyak kelapa sawit berkenaan.

Kenderaan yang terlibat adalah sebuah lori treler, dua buah lori tangki, lapan buah kereta, sebuah bas dan satu lori ‘pick up’.

Setakat ini tiada mangsa dilaporkan parah manakala beberapa mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah dibawa ke hospital berhampiran oleh orang ramai.

Ketika ini kerja membersih dan pemantauan di lokasi sedang dilakukan agensi keselamatan dan penyelamat.

Pengguna jalan raya yang menggunakan laluan tersebut dinasihatkan supaya berhati-hati kerana laluan di situ licin akibat kebocoran tangki dan tumpahan minyak kelapa sawit daripada lori yang terlibat kemalangan.

5 comments:

  1. Hai..hanisya.....
    Rasa macam nak cubit aje pipi tu....

    ReplyDelete
  2. Mana Khairi, tak pergi ke lokasi kejadian ke? Ops baru teringat, KJ ini bukan boleh diharap sangat, takat menari dgn puteri umngok itu dia sukalah. Aspan Lias pun tak ada niat nak pergi tengok, nombor plet tu ikut saiz JPJ atau tidak. Semua tu hampas!!!

    ReplyDelete
  3. Ini mesti kes no plat yg tak ikut standard...

    He4...

    ReplyDelete
  4. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia,
    AL QURAN 2.[85] (samb)

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...