Tuesday 2 December 2014

23 BEKAS KAKITANGAN PKNS TUNTUT JANJI AZMIN MAU BELA NASIB MEREKA YANG DIPECAT.



Kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) gesa Menteri Besar Selangor Mohammed Azmin Ali membela nasib mereka selepas dipecat tanpa alasan munasabah daripada anak syarikat kerajaan negeri itu Februari lalu.

Wakil mereka Dr Alif Aiman berkata, semua 23 kakitangan PHSB menuntut jawatan mereka dikembalikan selepas masih belum ada jawapan daripada kerajaan negeri Selangor berhubung status jawatan mereka.

“Kami harap beliau meneliti masalah ini selain mengemukakan satu penyelesaian yang adil kepada kami.

“Setakat ini kerajaan negeri masih belum memberikan apa-apa jawapan atau penyelesaian terhadap masalah itu meskipun 3 surat rasmi sudah dikemukakan kepada Azmin pada November,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia hari ini.

Azmin pada Oktober meminta tempoh 3 bulan untuk meneliti hasil siasatan pemecatan 23 bekas pekerja PHSB semasa era pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid sebelum ini berjanji mendedahkan hasil siasatan terhadap bekas pekerja itu dalam masa 3 bulan, namun gagal berbuat demikian.

Alif berkata Azmin sebelum menjadi menteri besar mengecam tindakan pemecatan mereka dan menyifatkan langkah itu sebagai tidak bertanggungjawab.

"Sekarang, beliau adalah menteri besar Selangor. Sehubungan itu, kita mahu beliau memberikan komitmen penuh dalam menyelesaikan masalah kami ini," katanya yang juga merupakan bekas ketua bahagian pemasaran PHSB kepada akhbar itu.


ULASAN OMAK KAU:-

Nampaknya cara mau diambil perhatian agar Azmin Ali tunaikan janji untuk penyelesaian kepada tuntutan mereka ialah mengadu kepada media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN, setelah 3 surat rasmi sudah dihantar kepada Azmin yang sebelum ini berjanji berikan beliau tempoh 3 bulan untuk selesaikannya.

Sebelum ini dalam dewan maupun luar dewan Azmin Ali bersama sama dengan Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani cukup lantang menyerang TSKI sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan serta melanggar Undang-undang Buruh Negara .. tetapi dah masuk 3 bulan suara dari Abdullah Sani sehingga kini langsung tidak kedengaran .. apakah tindakan pemecatan itu sudah berubah kedudukkan dari zalim kepada sepatut dan sewajarnya??????

Mengapa perlu ada anjakan kedudukan dan falsafah serta prinsip perjuangan apabila pemimpin yang dibenci diganti dan pemimpin yang didewakan sedangkan isunya serupa dan masalahnya sama????

Sekadar nak beri peringatan agar jangan lalai dan alpa serta masih seronok dibuai khayal oleh kedudukan kerusi empuk ... jangan ingat rakyat lupa begitu sahaja akan janji dan serangan ketika tidak memegang kuasa.

Apakah Azmin Ali sudah bersifat dari kecam menjadi diam?????

Omak cukup-cukup yakin dan percaya, jika Kak Wan atau DSAI yang jadi MB Selangor ganti TSKI tempoh hari, masalah ini sudah pun diselesaikan kerana ianya akan diberi prioriti yang membabitkan periuk nasi rakyat yang terkesan sama ialah kaum keluarga mereka.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

8 comments:

  1. Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (yahudi) (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin;
    AL QURAN 2.[83]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukuplah dgn lantangnya terjah Omakkau....kata umno.

      Delete
  2. Terjah omakkau terjah..kami sentiasa bersamamu

    ReplyDelete
  3. Terjah omak ko janngan tak terjah selagi raja jubo belum selesai kes teruskan terjahan.....ini semua bala dari raja jubo...ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak kena bangangkan bos besar ko kat pau hari tu, prestasi memfitnah ko semakin bertambah baik. Tingkatkan lagi, kalu boleh hasilkan video hitam putih bagi menguatkan kebolehpercayaan fitnah ko tu. Teruskan usaha ko hingga ke tahap cemerlang. Jangan asyik makan gaji buta aje.

      Delete
  4. Tak apa...sabar....seminggu lagi penganggur tu akan dapat semula kerjanya. Azmin sila terjah.

    ReplyDelete
  5. Sapa2 yang kena buang kerja, sila tulis surat pada azmin...
    kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Dol sani memang tak boleh harap.Bini orang pun dia simpan.Bini yang halal tendang keluar.Jangan ingat orang Selangor lupa skandal dgn faizah dulu keluar rumah tinggalkan suami ikut dolah.Babi betul perangai korang berdua.macam ni jadi pemimpin mmg hancur negeri.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...