Sunday 7 December 2014

APABILA DIPANGGIL POLIS UNTUK BERI KETERANGAN, TIMBALAN KETUA WANITA KEADILAN PUSAT MERANGKAP MENAFIKAN ADA MENGAITKAN PERUNTUKAN PERMATA DENGAN ROSMAH????



Timbalan Ketua Wanita KeADILan Pusat merangkap ADUN Taman Medan Selangor YB  Haniza Mohamed Talha, yang dipanggil polis memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mempertikaikan peruntukan bagi Program Permata Negara (Permata), menafikan mengaitkan perkara itu dengan isteri perdana menteri.

Katanya, beliau hanya menyebut mengenai peruntukan besar yang diterima Permata iaitu sebanyak RM711 juta dan menyifatkannya tidak wajar ketika Putrajaya waktu itu baru mengumumkan potongan subsidi minyak.

"Dia (polis) ingat saya kata Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor) terima RM711 juta, sebenarnya saya tak sebut Rosmah terima.

"Saya hanya sebut Permata terima peruntukan yang besar," katanya.

Haniza menerima notis memintanya menghadiri siasatan berkaitan kes hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, esok jam 9 pagi, 8 Disember, Isnin ini.

Katanya, pihaknya difahamkan, siasatan itu berkaitan artikel "Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta" yang disiarkan dalam portal lidah rasmi PKR, Keadilandaily pada 12 Oktober lalu.

Bekas Timbalan Speaker Selangor itu dalam artikel terbabit mempersoalkan jumlah besar yang diperuntukkan kepada Permata, di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), dalam Bajet 2015.

Katanya, ia tidak wajar kerana kerajaan sehingga kini tidak dapat membuktikan keberkesanan program itu walaupun menerima peruntukan besar setiap tahun.

Tambahan pula, kata Timbalan Ketua Wanita PKR itu, peruntukan itu dibuat ketika Putrajaya baru mengumumkan potongan subsidi minyak 20 sen seliter yang memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

Haniza bagaimanapun berkata, beliau akan bekerjasama penuh dan hadir memberi keterangan di ibu pejabat polis tersebut seperti diarahkan.

"Saya tak buat apa-apa kesalahan pun, hanya minta kerajaan bersikap telus," katanya mempertahankan kenyataannya sebagai tidak melanggar sebarang undang-undang kesalahan jenayah.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafikan jumlah itu diberikan sepenuhnya kepada Permata, sebaliknya dikongsi bersama agensi lain termasuk Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan.

ULASAN OMAK KAU:-
Selama ini rakyat mati-mati ingat Timbalan Ketua Wanita KeADILan Pusat menyatakan betapa sebanyak RM711 juta diperuntukan kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Sepatutnya semasa laporan polis dibuat oleh Jabatan Permata Negara hari itu cepat-cepat buat penafian jangan tunggu bila polis panggil baru kelam kabut cakap tidak pernah menyebut atau memaksudkan bahawa Rosmah dapat peruntukkan RM711 juta melalui bajet 2015 yang dibentangkan oleh Najib Razak.

Dari segi integriti dan nama baik mau tidak mau suka tidak suka jelas, ADUN Taman Medan merangkap Timbalan Ketua Wanita Pusat sudah tercalar dan kini Rosmah Mansor sudah dilihat sebagai mangsa keadaan dan persepsi akhirnya disucikan dengan kata-kata tanpa usul periksa.

Tetapi pujian harus jua diberikan kepada YB Haniza Talha yang berjiwa besar atas pengakuan beliau ini.


Amat berharap ianya tidak dilanjutkan sehingga mengheret beliau ke Mahkamah.

9 comments:

  1. Salah satu/seorang mesti pembohong...... keadilandaily atau Haniza Mohamed Talha

    ReplyDelete
  2. Yg membohong umno.

    ReplyDelete
  3. yang pastinya dua2 dpd entiti PKR .......parti kelentong rakyat.............putar jgn tak putar..........dasar putar alam ! flip flop jgn tak flip flop dasar kluk klek ! u turn jgn tak u turn............dasar pembohong ! fitnah jgn tak fitnah.............dasar munafik !

    ReplyDelete
  4. Kena psycho dah gigil..hehe

    ReplyDelete
  5. Cap keris parti hanjing

    ReplyDelete
  6. Ini semua salah anwar taik hanjing!!

    ReplyDelete
  7. Rupanya pemimpin pkr ni,semua mulut longkang,bau petai. Nak jadi hero ,selak situ,buka sini tapi akhirnya buat pusingan.
    Macam rafizi,zuraida dan kini pula giliran haniza. Memang tak sebut roamah, tapi nawaitu nya tujukan rosmah la tu.
    Tak payah la nak nafi. Berani tudoh berani la pertahankan.
    Kalau tak ada isu nak cakap,lebih baik diam daripada menampakkan diri tu bodoh.
    Kalau nak publisiti, tiru gaya Izzah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulut longkang hanya kerana berkata kepada penyelewengan dan pembaziran wang pembayar cukai.....bukan 2-3 juta bhai....lagi satu cepat aja tindakan diambil kalau melibatkan pembangkang....yang terang2 menghasut dibiarkan bebas menghasut

      Delete
  8. rakyt brhk brtyakn sebrng pruntkn serta aliran kewangn yg dbelnjakn. sb skrg ni kita kena bebelnja cra behmah sb kos keniakn sara hdup dn nilai rm smakin mnguncup.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...