KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 8 December 2014

PDRM TUBUHKAN SATU PASUKAN ELIT KHUSUS UNTUK CEKUP PENJENAYAH-PENJENAYAH PERJUDIAN,GANGSTERISME DAN PELACURAN TARAF JERUNG.



STAGG PERKASAKAN BARISAN HADAPAN PDRM

Pembanterasan aktiviti jenayah terancang melibatkan gangsterisme dan perjudian haram kini menjadi fokus utama PDRM dengan penubuhan pasukan Skuad Taktikal Khas 3 PDRM yang dipanggil Special Task Force For Anti Vice, Gaming, And Gangsterism (STAGG) yang dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIMM), Kuala Lumpur pagi semalam.

STAGG yang memiliki kekuatan 220 Pegawai dan anggota ini yang di ketuai Timbalan Pesuruhjaya Polis Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof merupakan ilham oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dilihat sebagai langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan dalam memperkasakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai barisan hadapan pertahanan negara .

“Penubuhan pasukan elit ini bukan hanya satu retorik kerana kita (PDRM) pilih pegawai dan anggota yang terbaik dari yang terbaik” tegas Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dalam ucapan pelancarannya.

Selepas kejayaan penubuhan pasukan elite STAFOC dan STING,diharapkan dengan penubuhan pasukan elit STAGG ini, PDRM akan terus melakar kejayaan seterusnya memperbetulkan persepsi negatif masyarakat kepada PDRM akibat dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang melemparkan pelbagai andaian serta tohmahan dengan niat untuk merebahkan PDRM.

14 comments:

  1. Kita tengok ajer. Setakat mna nak benteras jerung.. lembu yg dok senang lenang di kondo? Bagaimana ya. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam cerita upin dan ipin la pulak...
      Kelakar giler...

      Delete
  2. Dgr bole...percaya lum lg la...malaysiakn negara hangat2 tahi ayam....aku nk tgk area jb sampai muar
    X de rumah urut perlacuran....n jual no haram...kalau btul da xde baru bole percaya...

    ReplyDelete
  3. Masalahnya gansterisme and rasuahisme ada kaitan dengan orang politik godang-godang dan penguaso-penguaso yang gilo duit.. Boleh ke nak di solosai.
    Setakat gansterisme kocik-kocik yang dapat sekupang dua boleh la.

    ReplyDelete
  4. Jerung mana? Jerung yang dah mati. Dah tak ada kepentingan dalam politik atau dah tak diperlukan lagi politik.
    apa pun, diharapkan squad ini buat pembersihan di swlangor dan penang dulu.
    Mengapa: nampak sangat taiko taiko cina di dua negeri ini semakin biadap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kat 2 negeri tu aje...
      Kat negeri lain pun banyak..bapak jerung pun melambak!

      Delete
    2. Jerung2 tu sesetengahnya org2 besor ternak.....

      Delete
    3. sesetengah jerung ada lesen sah.
      Jerung jenis ni tak bole usik.

      Delete
  5. Jgn indah khabar dr rupa je dh lah ....kihkihkih

    ReplyDelete
  6. syabs kpd menteri yg brusaha mgujudkn unit ini dgn harpn masalh negara yg getir masakini dpt dkurgkn kearah sifar. hya stu cdgn yg rkyt nk tgok iaitu hasil KPI bulanan drpd aktvti kje ini wajr dpamirkn pd stip buln ddada media. kerana rkyt nk tahu trutma brpa rmi ktua kump jerung yg msuk jaring. pekrja dn pemain judi srta pelacur x masalh utk dckup tebar sja jaring psti dpt.

    ReplyDelete
  7. Hangat2 taik hanjing je

    ReplyDelete
  8. Yg bagi arahan tu pun lebih besor dari jerong dah jadi paus pembunuh. Habis kuat depa tangkap ikan lumba lumba sehaja nanti yg rupanya sekan akan jerong. Bagi aku lah cakap pemimpin2 UMNO ini hanya 5& shj aku percaya 95% aku tak percaya lansung. Mereka bercakap sekadar melepaskan batuk ditangga je. Aku setuju sangat cadangan Anoy kat atas kata sila kemukakan hasil kerja pasukan khas setiap bulan didada akhbar dan dikaca tv bagi rakyat nilai

    ReplyDelete
  9. Bila ada unit atau pasukan baru ertinya tambah bajet baru, ada ramai yang naik pangkat , beli peralatan baru. Maleh nak cakaplah . Tapi yang takutnye ialah yang dikejar semua berduit dan yang mengejar memang kerana duit. Macam jabatan yang tahan lori pasir. Taukeh pasir berduit dan yang menahan pulak memang nak duit dan sentiasa tak cukup duit. Tu dia. Banyak peluang tuuuu!

    ReplyDelete
  10. Yang butuh angka togel 2d 3d 4d 5d 6d supayah anda bisa menang tlpon KI SUTA WIJAYA di 082354147666 atau >>>>KLIK DISINI<<<< .trimakasih

    ReplyDelete