Sunday 7 December 2014

PENCEROBOH, PENCURI DAN PERAGUT DI ALAM DAMAI, CHERAS PERLU BERFIKIR BANYAK KALI JIKA BERHASRAT MAU LAKUKAN KEGIATAN JENAYAH DISANA.


Kalau sekadar nak beri takut, gerun dan gusar bolehlah .. jika lakukan terhadap penjenayah dengan ambil tindakan undang-undang ditangan sendiri, jawapnya sama-sama masuk lokap kena cekup dengan polis. Itu ada realiti sebab negara kita ini adalah negara hukum negara yang ada undang-undang dan perlembagaan.

Kalau penjenayah itu mati yang membelasah pun akan turut dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh.

Banyak kali sudah pihak PDRM mengeluarkan amaran dan kenyataan supaya rakyat jangan ambil tindakan undang-undang secara semberono macam azaman purba dulu kala.

Bukan tujuan Omak Kau nak melindungi penjenayah tetapi itulah hakikatnya .. kalau berjaya tangkap serahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Pernah terjadi orang yang menangkap pencuri lebih lama merengkuk dalam penjara dari pencuri sebab belasah pencuri sampai separuh mati akhirnya bila merengkuk dalam penjara yang dok laungkan memang wajar dan padan akhirnya tiada nampak batang hidung pun hulurkan bantuan.

Ikut nafsu lesu .. ikut perasaan pengsan .. ikut hati MATI.

9 comments:

  1. Kira dah ok dah tu....coma klu tambah lagi satu lagi cun.....peliwat akan dibelasah....kikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tk mampus2 lg budak ni ....

      Delete
  2. Aku kalau datang pencuri aku akan kata," Ambillah apa yg kamu nak. Sila2, jangan malu2"

    ReplyDelete
  3. Sokong 1000% kepada yang membuat notis itu. Orang Melayu sekarang sudah ramai tak takut neraka Allah swt. Sudah ramai orang Melayu yang melihat kerja mengambil hak orang sama ada mencuri, merompak, memeras ugut, minta duit kopi dan sebagainya satu budaya orang Melayu sehingga boleh dikatakan kalau tak mencuri tak menipu itu bukan Melayu. Benda kecik macam ambil selipa di masjid and surau, ambil tanaman orang di depan rumah seperti daun pisang, daun pandan dan daun kunyit, ambil buah kelapa dan buah mangga sudah jadi adat orang Melayu. Itu belum lagi kakak dan makcik bertudung sopan tapi mengambil kacang dalam bekas atau buah dokong dan langsat disupermarket dan selamba je makan. Siap bagi anak lagi mentedaghah haram. Umat Melayu sedang rosak dan sedang dalam krisis akhlak. Mencuri, membuat sampah dan biadab terhadap orang yang tidak dikenali sudah menjadi darah daging, sudah menjadi teras budaya. Anak-anak Melayu disekolah tidak boleh ditegur dan tak boleh dihukum mengikut peraturan sekolah. Ibu bapa akan melenting. Kebanyakan ibu bapa Melayu jahil murakab. Tak gheti ugama. Sama macam lembu dan kerbau asyik cari makan dan anak-anak dibiar berkeliaran macam anak nangui!! Masyarakat Melayu sedang rosak dan hancur. Kekecohan masysarakat Melayu 5 atau enam ratus tahun dulu telah mengundang Benggali Putih diikuti Belanda dan Inggeris. Namun tiada perubahan. Maka datang pula Jepun untuk melempang orang-orang bengong ini. Tak juga berubah. Sekarang kita ditimpa bermacam penyakit disamping hidup dalam rumah teres, rumah merpati dan berkenderaan berinjin. Kalau tak sedar juga tunggulah malapetaka yang lebih dasyat untuk orang Melayu ia itu menjadi pelarian dinegara-negara asing!!

    ReplyDelete
  4. Dh ade polis yg dia org beria ia nk buat undang2 sendiri wat pe, belasah punya belasah mati lak org satu hal, takut2 yg beria ia nk belasah lak mati kena belasah...akai ada ka ...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg boleh mengambil tindakan sebelum suspek dibawa ke mahkamah hanyalah polis spt kes Aminurasyid dan A Kugan.

      Delete
    2. Kalau dh x percaya kt polis tu susahlh, habih camno nk buek ....

      Delete
  5. Penyamum pecuri perogol macai umno menteri umno pdana menteri umno smua taik hanjing !!

    ReplyDelete
  6. Itu amaran yang paling bohong dusta dan karut semata
    kalau penyangak itu kaki sepak keretaeh habis kena lanyak
    tapi kalau penyangak itu menteri, YB tak menikus langsong nak pelupoh
    kecut batu plior

    Bebudak sepak keretaeh samun 2 3 ratos habis lebam kena pelupoh
    menteri kebaeh berjuta juta tadak apa apa
    mengundi sikit lagi menang pulak buleh jadi YB, menteri lagi

    aku tak pecaya langsong amaran tuh kerana pileh bulu
    kalu sunguh nawaitunya mari kita tengok beberapa orang tukang songlap duit negara buleh menang ke tidak pilihanraya akan datang kalau betol nak belasah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...