Saturday 13 December 2014

SEMBILAN ORANG SUDAH KENA CEKUP POLIS KINI DITAHAN REMAN SELAMA 4 HARI UNTUK BANTU SIASATAN.



Sembilan lelaki ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan insiden penyokong bola sepak Vietnam diserang ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam, Ahad lepas.

Majistret Farah Azura Mohd Saad semalam mengeluarkan perintah reman itu bagi membolehkan kesemua suspek berumur antara 19 dan 29 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merusuh.

Insiden itu berlaku apabila sekumpulan penyokong Harimau Malaya, yang kecewa setelah Malaysia tumpas 1-2 kepada Vietnam, dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam.

Ketika kekecohan itu, seorang penyokong Vietnam cedera dipukul.

Pada aksi kedua di di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, kelmarin, Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Vietnam 4-2.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata sembilan suspek itu adalah antara 15 lelaki yang dicari polis bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kesemua lelaki itu ditahan di sekitar Johor, Kuala Lumpur dan Selangor antara 10.30 malam kelmarin hingga awal pagi semalam.

"Kita masih perlukan kerjasama baki enam individu lagi yang gambar mereka telah disiarkan di media untuk segera tampil bagi membantu pihak kami mempercepatkan siasatan.

"Kita jangka kita akan selesai siasatan dalam masa terdekat dan seterusnya merujuk kes ini kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, petang semalam.
  
Skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Thailand dalam aksi timbal balik di Bangkok pada 17 Dis dan Shah Alam pada 20 Dis.


KAMU BOLEH LARI TAPI TIDAK BOLEH SEMBUNYI ... LEBIH BAIK MENYERAH DIRI.

12 comments:

  1. Elok dia org dpt pengajaran, bukan mudah nk jd samseng kpg dusun ....kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Tak betul slogan Omak Kau TSKI tu, sepatutnya macam ni .... 'KAMU BOLEH SEMBUNYI TAPI TIDAK BOLEH LARI ... LEBIH BAIK MENYERAH DIRI.'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dua slogan tu betul. Kaedah melepaskan diri berbeza.

      Delete
  3. Klu perusuh bola sepak kejap tindakan dah diambil tahniah...klu perusuh jubo sepol sampai la ni mahkamah tak buat lgi keputusan.....hampehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ni tak habis2 dengan jubo,agaknyamak kau atau kaku atau isteri kau dah sdi jubo orang kot

      Delete
    2. Anon 10.52. Kau tau nape mahkamah x wat keputusan pasal jubo sepol sampai la ni. Sebab x ada manusia yg meradak jobo sepol melainkan botol plastic. Mahkamah pulak telah diarahkan supaya org yd dituduh meliwat jubo sepol bersalah dan dihukum lebih 5th. Tetapi bukti tidak nampak yg jubo sepol diliwat dan kes liwat ini telah dibuktikan oleh peguambela sebagai rekaan saja dan ahkamah x dpt mensabitkan kesalahan. Klau mahkamah buat keputusan tidak bersalah pd tertuduh habis malulah najib sekeluarga and the geng serta rakyat Msia 47% cam kau ni. Mahkamah cuma nak jaga muka Najib sekuarga and the geng dan 47% dari rakyat Msia cam kau sbab tu tak tergamak nak wat keputusan lagi.

      Delete
    3. Air ale uto bang jon besepah lam jubo sepol ko nk campak kemana....terpekik telolong ada alibi tapi bang non ko takut kantoi...bila suruh bela diri dia nyorok belakang kapal sink...bicara tertutup pasal 4cm dan baju brioni tersebar last minit rakyat tau jugak...apa nk malu paaal pm...ini kes antara majikan dengan pembancuh kopi pakai baju brioni la babi....babi tul ko ni....

      Delete
  4. IJF TUKAR JADI IJS

    INTER JOHOR SAMSENG

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  5. Samseng taik hanjing

    ReplyDelete
  6. Guru akademik teruk,
    Masyarakat akhlak buruk,
    Guru kencing berdiri . ...

    ReplyDelete
  7. Xpayah nak hooligan sgtla der...banyak lagi benda2 yg bermanfaat yg perlu dilakukan bagi anak bangsa kita yg semakin lemah terkulai layu di tanah air sendiri..fikir2kan masa depan anak cucu kita der...negara ini dlm proses kehancuran adakah kamu masih belum sedar tatkala berlakunya berbagai2 perkara yg memalukan mengaibkan dan sbgnya..BANGUN DER..!!! HARI DAH SIANG!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...