Wednesday 3 December 2014

UTUSAN ENGGAN MOHON MAAF ADNAN YAAKOB TERUSKAN SAMAN RM15 JUTA.



Selepas tarikh akhir untuk akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - memohon maaf, tamat semalam, peguam yang mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau telah menerima arahan untuk memfailkan writ saman RM15 juta.

Peguam kanan Manjeet Singh Dhillon, mengesahkan tiada permohonan maaf yang diterima dari akhbar tersebut.

"Saya telah menerima arahan untuk memfailkan writ (saman) dalam beberapa hari lagi," kata Manjeet.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Manjeet telah menghantar surat tuntutan kepada Utusan dua minggu lalu  berhubung kolum Awang Selamat "Hebat Sangatkah Adnan?' dalam reaksinya terhadap komen Adnan berkaitan kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands.

Adnan menuntut Utusan menyiarkan permohonan maaf di muka depan kerana didakwa membayangkan Adnan telah terlajak tempohnya menjadi menteri besar.

Adnan menjadi MB Pahang selama 15 tahun sejak 1999, menjadikan beliau menteri besar Umno yang paling lama memegang jawatan tersebut.

MB Pahang itu mendakwa artikel tersebut  tohmahan yang telah menimbul ejekan dan kebencian awam terhadapnya.

Adnan antara lain mendakwa artikel itu bermaksud beliau tidak mempunyai integriti, MB yang gagal dalam tugasnya, terlajak kedudukannya sebagai MB,  dan seorang yang sombong dan menolak sebarang bentuk kritikan.

21 comments:

  1. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?”.

    AL QURAN 2.[91]

    ReplyDelete
  2. Memang betul lh sangkaan yg umno akan berkubur x lama lg, utusan x nk mohon maaf dn adnan menyaman dgn mengunakan khidmat peguam pembangkang pulak. Kenapa tidak ade tolak ansur walhal dlm kelompok umno jugak tu ...pelik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti sapa pulak kena bayar saman?
      jangan guna duit kejaan sudah la.......

      Delete
  3. Akta Hasutan boleh di gunakan ke ats individu shja kan. Utusan trlepas lh cmni

    ReplyDelete
  4. Hahaha....
    Akta hasutan hanya sah digunakan pada ngo atau pembangkang yg melakukan terhadap keselamatan kerajaan. Utusan org kroni mestilah selamat dari akta hasutan kita peduli apa biar mrk bertelagah sesama sdr, umno memang dah dalam keadaan melemahkan bila dalaman mementingkan kepentingan sdr dari party mrk sdr. Perubahan akan belaku tak lama lagi rakyat bangkit jatuhkan mrk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sebenarnya gara gara penurunan mendadak pembelian kepada akhbar tersebut, maka dibuatlah gimik untuk menarik pelanggan beli surat kabar Utusan. Biarkan Luncai terjun dengan labu labunya

      Delete
  5. btl ke mb nk samn um ni. rasa2nya isu ini akn tamat dtgh jln je. logiknya cba bfikr sjenk. um milik sapa? mb brkhidmt ats krjaan mna? wajr kah akn mjdi kytaan brakhir dgn kputsn mahkmh. skrg ni pemimpn trtinggi blum cmpur tgn lgi bgi meredakn isu mb dgn um. Sma2lh kita tgu dn saksikn samada btl atu tidk andaian ini.

    ReplyDelete
  6. Najib dah tak suka Adnan jadi MB.
    Sebab itu disuruh utusan untuk mulakan langkah pertama untuk memburukkan Adnan.
    Samalah cara yang digunakan oleh Mahathir ketika dia tidak suka kepada Anwar.
    Disuruh Utusan untuk memulakan langkah pertama untuk memburukkan imej Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha...mesti ada sebab utusang meloya buat cam tu

      Delete
  7. Najib ngan adnan sme je smua taik hanjing !

    ReplyDelete
  8. UMNO tak suka pada org yang suka buat isyrat luca ini, kalau korang na ambil la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lanchowwwwwwwwww la....

      Delete
    2. aku sibuk la... ko ambik la sendiri

      Delete
    3. ambillah....kan biasanya yg dah expired2 PKR suka ambil.
      janganla malu2 plak

      Delete
  9. hari tu cakap rm100 juta ni dah turun dah,,,macam turun harga minyak,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau menang boleh terus isi borang pencen....

      Delete
  10. Tiada niat utk merendahkan MB pahang kini, sekadar teguran. Kes setel maaaa

    ReplyDelete
  11. Lawan jangan tak lawan. Bang bang bang tom tom tom ....gedebummmmm....dua-dua mati.

    ReplyDelete
  12. Selamatkan malaysia negara ini ditadbir oleh mereka2 yg bangang!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...