Friday 3 July 2015

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIHEMPAP BALAK YANG MELIBATKAN LIMA KENDERAAN.



Seorang penunggang motosikal menemui ajal dalam keadaan yang mengerikan setelah terlibat dalam kemalangan di hadapan Stesen Minyak Petronas di Jalan Semenyih, Kajang pada Jumaat.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu melibatkan lima buah kenderaan lain iaitu sebuah lori, sebuah jip dan dua buah kereta.
Mangsa yang meninggal dunia merupakan lelaki berbangsa India berusia 25 tahun dikenali sebagai P. Ravi berasal dari Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Pengawai Penyiasat Trafik Kajang, ASP Mohd. Salleh Abd. Rahman berkata, kejadian berlaku apabila lori yang membawa muatan kayu balak yang hendak dihantar ke kilang telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan.

Akibatnya,kayu balak yang berada di atas lori berkenaan berguling jatuh dan menghempap penunggang motosikal terbabit yang berada di belakang.

Kayu balak tersebut turut mengenai beberapa kenderaan lain.

“Penunggang motosikal terbabit meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan yang mengerikan apabila tulang belakangnya patah dan tubuh berlipat.

“Seorang pemandu kereta mengalami cedera ringan manakala pemandu yang lain tidak mengalami sebarang kecederaa,” katanya.

Tambahnya, pemandu lori balak yang berusia 40an itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala pemandu kereta yang cedera hanya mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital sama.

9 comments:

  1. Ini pun salah azmin. Klu tuang presdeng jadi mb tentu tak jadi cam gini. Ini suma salah dap sbb tak hantar nama tuang presdeng walaupun wakil paling banyaaaaaaaaak

    ReplyDelete
  2. aku pikir pun begitu juga...salah azmin...kenapa dia tak letak billboard gambar khalid kat situ? Kalu ada gambar khalid eksiden tu boleh dielakkan.

    ReplyDelete
  3. ini salah pihak berkuasa kerana benarkan lori buruk lori lama angkat kayu balak yg sgt berat malah kayu balak tidak diikat dgn baik malah lalui kawasan sibuk .
    azmin tak salah sebab beliau bukan ketua polis atau jpj yg berkaitan maka inilah akibatnya kalau rasuah tidak dibendung sebab tu hari2 ada sj kemalangan . apa guna camera tepi jln kalau hanya utk ambil gambar laju lepas tu saman siapa untung ??? adakah ini akan basmi kemalangan ??? tidak hanya utk kayakan kroni semata dan rakyat terus diperbodohkan . anda bodoh jahil ???

    ReplyDelete
  4. Oooiiii Azmin.. ko kat mana time kemalangan ni ....????? Sampai bila dan berapa banyak lagi kemalangan ko nak aa... mohon di letakkan gambaar khalid d lokasi kemalangan tersebut supaya pemandu sentiasa beringat... letak gambar omak kau sekali.. tak guna punya azmin.. penjilat jobo...

    ReplyDelete
  5. Banyak juga anon-anon yang otak tak lebih cam tin susu karat...bulan puasa ni kalau nak fitnah pun patut-patut la...emmmm...dapat la penat dan lelah sahaja

    ReplyDelete
  6. Ini pun salah azmin. Klu tuang presdeng jadi mb tentu tak jadi cam gini. Ini suma salah dap sbb tak hantar nama tuang presdeng

    ReplyDelete
  7. Kah kah kah kah makin teruk sakit jiwa macai2 dap.

    ReplyDelete
  8. Kalau tak nak dengar salah azmin cari blog lain.. blog ni khas untuk cari salah azmin.. apa apa yg berlaku semua salah azmin hehehe.. penyelesaiannya up/jek yb khalid.. hehehe.. jgn lupa puji sikit omak kau...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...