Sunday, 30 November 2014
KERANA SENARAI INI PENJAWAT AWAM KETURUNAN DAYAK BERANG KERANA DISKRIMINASI KENAIKAN PANGKAT.
Satu senarai mereka yang dinaikkan pangkat, dipercayai di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, menimbulkan kemarahan golongan profesional dan penjawat awam berketurunan Dayak, gara-gara menjadi bukti diskriminasi terhadap Bumiputera bukan Melayu di dalam perkhidmatan awam persekutuan.
Senarai yang dimuat turun sebuah blog dan di laman Facebook menunjukkan lapan pegawai berbangsa Melayu “berjaya” naik pangkat daripada skala N27 kepada N32, manakala tiga pegawai berketurunan Dayak disenaraikan sebagai "simpanan".
Bagi kaum Dayak, iaitu penduduk asal Sarawak, senarai itu hanya mengesahkan apa yang dirasakan selama ini, dan yang terkandung di dalam Laporan Pembangunan Manusia 2013, iaitu wujudnya diskriminasi di kalangan Bumiputera dalam perkhidmatan awam, dengan keutamaan diberikan kepada orang Melayu berbanding penduduk asal Sarawak itu.
Senarai itu diterbitkan pada 25 November oleh sebuah blog yang mengutarakan isu Dayak, www.pengerindu.com, yang diikuti ramai orang Iban.
"Dayak hanya layak menjadi Simpanan sehingga bila?!
"Sekiranya tiada tindakan diambil oleh kerajaan Sarawak, mungkin akan mengakibatkan Tsunami Gelombang Anak Dayak bakal mengugat mandat yang sediakala," tulis Mr J yang memuat naik senarai itu.
Kiriman tersebut yang dikongsi di laman Facebook menerima pelbagai sindiran dan komen marah, seperti reaksi dalam bahasa Ibran Mijin Asong, yang diterjemahkan, "Kasihan kami disenaraikan sebegitu... amat jelas ini nepotisme agama".
Pengguna Facebook, Cobbold John berkata, kaum Dayak ibarat "pemain simpanan", manakala Ribi Rayang merumuskan, “Inilah realitinya".
Secara berseloroh, beliau berkata singkatan "AK" (anak kepada) pada nama orang Dayak sebenarnya bermaksud "Awak Kemudian".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.
ReplyDeleteAL QURAN 2.[67](samb)
Dayak balik Sarawak laa kalau nak naik pangkat. Mintak kerajaan negeri kau naikkan pangkat. Semenanjung untuk org Semenanjung
ReplyDeleteKeadilan mana bhai ini jpj sarawak lagi satu tolong lapang fikiran dayak salah satu kaum bumiputra sarawak jangan ingat melayu saja bumi
Deletetunggu ko datang sarawak. aku sedia asah parang panjang ni
DeleteTak ada sabah dan sarawak, BN lingkup le... Org semenanjung jgn syok sendiri ler...
ReplyDeleteKat Sarawak la tu bhai...
ReplyDeleteJangan nak salahkan orang lain kalau ditindas. Sendiri mau ingatlah!! Kalau Pahlawan Rentap masih idup mesti ketua-ketua Dayak sekarang kena lempang sampai tercabut gigi. Negeri yang luas pun tak boleh djaga. Negeri sangat kaya tetapi anak bumi hidup susah!!. Sokonglah UMNO!!
ReplyDeleteNegeri Sarawak dan Sabah amatlah kaya tapi ditipu dan ditindas oleh kaum UMNO-Bygkan lah anak jati Sarawak sendiri di K.I.V kenaikan pangkat-Dayak adalah salah satu etnik besar di Sarawak tetapi dilayan mcmni-Rasanya rakyat Sarawak selepas ni patut membuat perubahan-jgn diberi kuasa pada kaum2 UMNO ni- idup kaum dayak ! - Idup rakyat Sarawak !
ReplyDeletePegawai pegawai kenaikan pangkat ingat bangsa Dayak spt reed indian tak perlu di bagi layanan istemewa sangat sekadar bagi gaji cukup makan dah lah. Ini disebabkan oleh bangsa Dayak itu sendiri kerana terlalu takut untuk bersuara sedangkan bumi Serawak milik bangsa Dayak. Tak ada Dayak tak ada Serawak kenapa puls Melayu diangkat. Tengok Singapore mereka mengangkat mertabad bangsa cina melayu jadi kelas no.2 dan india no.2. Di Serawak lain jadi nya Melayu no.1 Dayak 2nd class. Ayuh bangsa Dayak siapa nak bantu dan perjuangkan bangsa Dayak melainkan bangsa Dayak itu sendiri. Macam Falsafah bangsa cina siapa nak tolong orang cina melaikan orang cina sebab itu bangsa cina berjaya dalam apa bidang sekali pun. Di semenanjung juga org India berfalsafah spt bangsa cina siapa nak tolong India melainkan bangsa India. Org India di Semenanjung sudah naik taraf dari 3hd class ke 2nd class Melayu pula jatuh 3hd class. Falsafah bangsa melayu dan pemimpin Melayu semenanjung pula ada lah siapa nak bagi pelingkup melayu melainkan orang melayu. Melayu semenanjung lebih kurang Dayak di Serawak juga lah bodoh dan bangang dulu kini dan selamanya UMNO/BN.
ReplyDeleteBanyak bangsa di alam maya ini yang benci Melayu...Tanyalah mana2 bangsa China, India, Bangla, Indon, Nepal, Pakistan, Iran, Sulu, Filipina, Arab, Afrika ...semua benci Melayu...sebab Melayu racist. Tak percaya, cuba menyamar sebagai Indon...aju soalan tentang orang Melayu...anda dapat jawapannya
DeleteTau kenapa bhai..... INI semua kerana mangkuk hayun UMNGOK. Mereka takkan faham sebab pemimpin semua tahap cap ayam.
DeleteMau brim ..
ReplyDeleteSokong kamek
berang konon, tengokla prn tak lama lagi ni balik-balik dacing jugak yg diorang pangkah.
ReplyDeleteKita pangkah dacing sebab kita syg Malaysia bhai. Kalau buka parti baru, parti Sarawak Keluar Malaysia belum tentu lg bhai. Ni baru sebut je dah gugup diancam dgn akta hasutan. Belum lg ada rusuhan bersenjata bhai. Mereka sedr tnpa Swk lama dah melingkup Mesia ni. Teruk dr indon bhai. Nak pangkah PR jauh sungguh bhai. Pjanjian Mesia kita stuju Islam agama rasmi. Tp bukan stuju nak bina negara Isle. Kat Swk fairyland kita tak do av agama rasmi. Walau majoriti agama Kristian tiada halangan nak dirikan masjid lebih byk Dari gereja. Al-quan terjemahan bhsa Iban pun ada. Tp tak penah kedengaran pun suara sumbang msykt dayak nak halang seperti suara sumbang si Abraham Ally kata nak bako keapa. Ni puak meloya gila je yg sokong Dan lindung so Abraham Ally ni.
Delete