Thursday 27 November 2014

AKHIRNYA "MUDAHNYA MENJADI USAHAWAN" KARANGAN YB DR YAAKOB SAPARI BERJAYA DILANCARKAN OLEH YAB AZMIN ALI.


Hari ini 27hb November jam lebih kurang 1.00 tengah hari bertempat di Foyer Bangunan Annex, Bangunan Dewan Negeri Selangor, telah berlaku suatu peristiwa yang cukup bermakna dalam hidup Omak Kau iaitu pelancaran buku "MUDAHNYA MENJADI USAHAWAN" tulisan ADUN Kota Anggerik YB Dr Yaakob Sapari dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor oleh Dato' Menteri Besar Selangor YAB Hj Azmin b Hj Ali.

Turut hadir ialah dua ahli Exco Selangor YB Nik Nazmi dan YB Dr Daroyah Alwi.

Majlis Pelancaran dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan YB Amirudin Shari diikuti kata-kata aluan dan ribuan terima kasih oleh YB Dr Yaakob Sapari sebagai pengarang seterus ucapan pelancaran oleh Dato Menteri Besar Selangor, YAB Hj Azmin b Hj Ali.

Kehadiran buku ini dikira amat tepat pada waktu dan ketikanya apabila kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali dalam pembentangan belanjawan 2015 yang lalu telah menekankan betapa perlunya suatu komuniti yang berilmu dilahirkan sebagai suatu budaya baru demi memperkasakan ekonomi Selangor.

Dalam kata-kata aluannya Yaakob Sapari menceritakan bagaimana boleh mendapat ilham dan iltizam untuk melahirkan buku ini .. Bermula dari pengalaman beliau sebagai seorang usahawan yang dikumpul segala pahit manisnya agar dapat dikongsi bersama kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, dengan harapan sumbangan sedikit sebanyak apa yang tercatit dalam buku ini dapat membantu untuk terus maju berdaya tahan dan berdaya saing dipasaran terbuka yang cukup sengit dan mencabar.

Omak Kau cukup terkesan kerana ada jua menyumbang sedikit dalam mengedit bersama sama dengan rakan-rakan lain , Khairul Nizam, Puan Radiah Basri, Muhammad Izuan Kassim, Norlela Idris dan sudah semestinya isteri kesayangan Yaakob Sapari sendiri Puan Azizah bte Tengah.

Sumbangan dan bantuan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) juga tidak dilupakan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Majlis pelancaran dijalankan dengan penuh kesederhanaan tetapi cukup meriah dan bermakna sekali.

Pada yang berminat untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan bagaimana mau menjadi seorang Usahawan Yang Berjaya Secara Mudah sila dapatkan buku ini yang boleh didapati dikedai-kedia buku ternama dengan harga RM45 senaskah.

14 comments:

  1. Omak kau dah habis baca nnt pass kat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pinjam bole? Kalu dah berjaya jadi usahwan berjaya, aku beli la

      Delete
    2. Kalu fotostat brapa hinggit yer?

      Delete
    3. Omakkau yg edit buku tu dia dah hafal punya lah

      Delete
  2. Nak beli kat mana ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah abis baca mintak pass kat aku

      Delete
  3. wow..omak ada situ..ni yg sya suka lihat..asal x tangkap gmbr salam ngan Azmin...setidak2nya tamat le tempoh berkabung, hulur ranting zaiton hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omak senantiasa dimana2...tahniah omak

      Delete
  4. 2.[59]
    Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).
    AL QURAN

    ReplyDelete
  5. alamakkkk...omak kau nak jadi usahawan pulakkk...
    sapa nak jaga rumah omak kau ni?

    ReplyDelete
  6. omak kau datang majlis azmin. Ini bukti omak kau sebenarnya tak la membenci azmin atau memuja TSKI membabi buta. Cuma..... omak kau kritikal pd azmin supaya azmin tak tersasar dari landasan.

    tahniah omak kau. yang baik kena puji. yang tak baik kena betoikan.

    ReplyDelete
  7. Respect orang yang rajin membaca..bukan macam sesetengah MP dan ADUN yang bila berhujah macam haram....langsung tidak berfakta...ikut sedap mulut....itulah bila yang bangang diangkat jadi pemimpin....sama saja UMNO PKR PAS DAP....banyak pemimpin politik yang langsung tak credible dan punya pemikiran jumud........apa nak jadi Malaysiaku....malas membaca jadiah seperti Makcik Edah....kahkahkah

    ReplyDelete
  8. Sokong banyak kan membaca kurangkan dengar ceramah.....ceramah agama maupun politik ....masyarakat membaca jadi maju dah hebat masyarakat suka dengar ceramah jadi bengap dan bodoh......kena goreng jerr

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...