Sunday, 23 November 2014
ADNAN YAAKOB SAMAN LIDAH RASMI UMNO UTUSAN RM15 JUTA HANYA KERANA MENGATAKAN "HEBAT SANGATKAH ADNAN?".
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak menghantar surat tuntutan guaman kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, susulan artikel yang mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan?" dalam akhbar tersebut.
Tuntutan bertarikh 18 November 2014 tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta.
Perkara itu didedahkan dalam ruangan kolum Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini.
"Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah," kata Awang Selamat yang dipetik dalam artikel pendek itu.
Pada 9 November lalu, Utusan Malaysia membidas Adnan apabila menghina akhbar itu kerana berang dengan laporan mengenai kebanjiran 30,000 warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.
Awang mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata Adnan sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak dapat menerima kritikan.
"Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri.
"Ulat pun disangka ular. Beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan.
"Ada laporan lebih panas melibatkan negeri lain tetapi menteri besarnya tidak melatah," kata Awang Selamat mengkritik Adnan.
Awang dalam tulisannya turut memberi amaran sudah tiba masanya Adnan yang menjadi menteri besar sejak 1999 itu berundur dari jawatannya.
"Walaupun Adnan berjasa kepada negeri itu, tetapi ramai merasakan Pahang tidaklah sehebat mana di bawah pentadbirannya sejak 1999. Tiada faktor 'wow' yang boleh menjadi kebanggaan negeri.
"Isu kelemahan dan kepincangan tertentu di bawah pentadbiran beliau juga jadi bahan bualan. Ingatlah kebanyakan kita ada pekung. Mengata orang tetapi gagal cermin prestasi sendiri," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Ini baru ketuanan melayu,saman jgn tak saman,kasi bankrap itu utusan sex tu,
ReplyDeleteKo orang Pahang. Ko sokong MB ko. Hidup Adnan! Hidup Adnan! Hidup Adnan!
DeleteAjar sikit Utusan tu Datuk Seri.
mb bodoh dan tolol
Deletehahaha.....berapa kali utusan nak di saman????kaya juga utusan masih mampu nak bayar saman patut begitu kuat sokong habis umno semua sebab kekayaan yg boleh mrk miliki dan skrg oleh kerana kaya sgt sebab itu utusan tak habis2 nak maki org tanpa berfikir apa bisnes utusan ???? adakah kata org atau memberi maklumat utk pembacanya!!! utusan buat malu diri dan buat bising tak habis2 harap bangkrup lepas 2020.
Deletemb pula kenapa tak turun2 tak cukup lagi ke wang yg dipungut selama ini.....hahaha semoga kekayaan mrk akan dapat bawa ke neraka dan panjangkan umur mrk sampai kiamat.
Menang jadi arang,kalah jadi abu
ReplyDeleteSetuju dgn MB Pahang,, tapi aku juga setuju dgn utusan.. Kita tengok, jgn tarik balik saman tu.. Jgn berlakon...
ReplyDeleteJOM BACA QURAN
ReplyDeleteDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
2.[24]
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.
Piem yang lagi hebat tu pon tak saman.
ReplyDeleteLihat lah di zaman kegemilangan Piem apa lanco pon naik harga.
Cuma yang turun harga getah je...
coz all of youu love all of mee
ReplyDeleteWalaupun aku PAS pro ulamak sokong adnan mb phg saman utusan. Utusan selalu buat fitnah.
ReplyDeleteNnti najib pujuk lh adnan tu...pas tu tarik balik saman ... habis cerite ...yg buat gempak ni sbb nk kasi laku srt khabar utusan je kn sale dh merudum jatuh...hihihi
ReplyDeleteMB ni dh tau 'umur' dia dh smakin layu dlm jawatan. 15 juta tu sbagai VSS ler tu
ReplyDeleteTaraf pemimpin Melayu, kekuatan jiwa dan mental rendah. Habis macam mana UMNO nak berubah.
ReplyDeletePak Jib, Pak Jib....
Mengapa hanya 15 juta saja ? Ini menunjukkan Adnan tak ada standard. Cuba tanya Najib, mana dia main dengan angka juta lagi ? Sekarang, pemimpin BN semua main dengan billion.
ReplyDeletekita jgn trlalu yakin dgn tindakn mb meyamn utsan.kita bimbng ini smua panas sekjp dn kita.kena fahm siapa puya utsan? wajatkh mb mgambil tindkn drastik ni. sma2lh kta tgok mjdi kyataan atu tidk. tpi ramai yg yakin ini smua drama cameron highlnds je.
ReplyDeleteSepotong ayat wat adnan.
ReplyDeleteALE UTOOOO..
Alhamdulillah harga getah dan sawit masih merosot!!!
ReplyDelete