KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Friday, 28 November 2014

AGIH PAMPASAN RM2.6 JUTA DUIT MBI KEPADA BEKAS STAF MANTAN MB SELANGOR ... TSKI SEDIA DISIASAT OLEH MANA-MANA PIHAK.



Bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia disiasat mana-mana pihak, termasuk Jabatan Audit Negara Negeri Selangor kerana wang pampasan RM2.6 juta yang diagihkan kepada 8 bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), kata peguamnya hari ini.

Tan Poh Yee daripada Bon Advocates berkata, adalah amalan kerja biasa apabila persetujuan dicapai untuk menamatkan kontrak pekerja lebih awal, sejumlah amaun yang dipersetujui dibayar sebagai pampasan.

"Jumlah itu biasanya merupakan bayaran untuk tempoh kontrak yang masih berbaki dan bayaran ex-gratia untuk perkhidmatan yang sudah diberikan mengikut budi bicara.

"Anak guam kami mengalu-alukan siasatan audit negeri yang sedang berjalan dan sebarang siasatan dalam hal ini. Beliau akan bekerjasama bagi membantu sebarang soalan yang mungkin berbangkit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tan berkata, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri juga terlibat dalam membuat keputusan mengenai bayaran pampasan kepada bekas pembantu politik Khalid dan kakitangan MBI itu.

Dokumen menunjukkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima bayaran tertinggi, RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Setiausaha Akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz didakwa dibayar RM358,000 pampasan dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan, sementara setiausaha politiknya Mustapa Mohd Talib didakwa dibayar RM265,000.

Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Bayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar Selangor berkuatkuasa 23 September lepas, yang dilihat sebagai tidak munasabah.

Azmin dilaporkan berkata, perincian laporan audit akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan untuk dibahaskan.

"Ada terma kontrak dan garis panduan tidak dipatuhi serta dilanggari (berhubung pembayaran pampasan) sebab terdapat pegawai yang berkhidmat untuk tempoh singkat, tetapi diberikan ganjaran berlipat kali ganda," katanya ketika sesi soal jawab dalam sidang DUN semalam.

Manakala Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) sedia mengadakan pendengaran isu ini, tetapi perlu bermesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Speaker Hannah Yeoh berkata, isu mengenai pampasan itu akan dibincangkan selepas sidang DUN tamat minggu depan.

PKR memecat Khalid pada Ogos lalu selepas gagal hadir pendengaran jawatankuasa disiplin tentang perjanjian penstrukturan semula air di Selangor, penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam dan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

PKR mahu Khalid berundur dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kemelut itu berakhir apabila Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, dilantik istana sebagai menteri besar yang baharu pada September lalu.

28 comments:

  1. Nurul izzah faham ka? Isu session touch d hanjing dia faham la

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang macam joget ngan betina k-pop tu ker?

      Delete
    2. Dalam kepala hotak macai bahlol umno ini hanya ada 'touch d hanjing'... haram jadah punya UMNO..

      Delete
  2. Ini baru jantan!!
    Ini bukan kaki u-turn 360 darjah atau pakar copy paste program lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepuluh Budak Hitam

      Sepuluh budak hitam
      Main tepi jalan
      Satu kenalah langgar
      Budak hitam tinggal sembilan

      Sembilan budak hitam
      Main di atas papan
      Satu sudahlah jatuh
      Budak hitam tinggal lapan

      ( korus 1 )
      Lapan budak hitam makan sangat gelojoh
      Satu senak perutnya kini tinggal tujuh
      Tujuh budak main pula tanam-tanam
      Satu sudah lemas tinggallah enam hey...

      Enam budak hitam
      Makan buah kurma
      Satu tertelan biji
      Budak hitam tinggallah lima

      Lima budak hitam
      Main lompat-lompat
      Satu patah kakinya
      Budak hitam tinggallah empat

      ( roll )

      Empat budak hitam
      Main biji saga
      Satu termasuk di hidungnya
      Budak hitam tinggallah tiga

      Tiga budak hitam
      Usik orang tua
      Satu kena belangkung
      Budak hitam tinggallah dua

      ( korus 2 )
      Dua budak hitam main pula lempar batu
      Satu jenduh kepalanya kini tinggal satu
      Satu budak hitam sangat pula susah hati
      Dia tak mahu makan lalu mati hey...
      Hey budak hitam... budak hitam... budak hitam

      Ke Halaman Utama

      Copyrigth © 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)

      Delete
  3. Kalau MB bekas CEO Syarikat - kerja kuat cakap kurang
    Kalau MB ahli politik - bergambar kuat cakap pun kuat

    Banyak orang kata macam tu la....

    ReplyDelete
  4. KALAU ADA SESIAPA NAK PUJI AZMIN SETINGGI LANGIT ATAU SEHEBAT GUNUNG, BUATLAH BLOG SENDIRI. TAK ADA SESIAPA PUN YANG NAK MARAH.....

    ReplyDelete
  5. Kakitangan MBI Selangor terutama yg telah berhenti dulu tak rasa jeleous ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pulak nak jeles. Allah dah bagi rezeki masing2

      Delete
  6. 2.[62]
    Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka,
    AL QURAN

    ReplyDelete
  7. Ini kes 'favouritism' kepada kroni MB. Kenapa perlu mereka tu ditamatkan perkhidmatan yg menyebabkan syarikat menanggung kos yg tinggi. Bijakkah tindakan itu? Bagaimana yg bukan kroni? Adakah mereka ditawarkan seperti itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Mereka bukan ditamatkan perkhidmatan. Mereka diberi pilihan/ VSS. Terpulang kpd mereka utk teruskan jawatan atau memilih VSS.

      2. Polisi VSS itu berlaku semasa syarikat masih berada di tangan pengerusinya iaitu TSKI. Azmin tiada hak apa2 semasa pemberian VSS sedang berlangsung. TSKI berhak melaksanakan polisi syarikat kerana beliau memiliki kuasa pentadbiran pada masa itu di samping persetujuan dari ahli lembaga syarikat.

      3. Kos yang ditanggung oleh syarikat tidaklah terlalu tinggi iaitu kurang dari 2% eset yang dimiliki syarikat seperti mana yang terkandung dalam peruntukan dan undang2 syarikat. Jumlah hadiah RM2.6 juta adalah terlalu memadai jika dibandingkan dengan eset terkumpul syarikat yang bernilai ratusan juta ringgit.

      4. Jika dibanding dengan syarikat lain, GLCC dan sebagainya, pemberian ini adalah jauh lebih kecil daripada CEO di syarikat tersebut. Seorang CEO syarikat GLC umpamanya boleh memperoleh pampasan VSS hingga ratusan juta RM dan kadang2 mencapai jutaan ringgit.

      5. Dari segi moral, pemberian pampasan VSS adalah perkara biasa dalam dunia syarikat bagi menghargai sumbangan penjawat jawatan tersebut kerana telah memberi keuntungan kepada syarikat.

      6. Kenapa wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan musuh?
      i. kerana niat melihat musuh mereka mati dari segi pendapatan dan kuasa politik tidak kesampaian.
      ii. kerana dendam politik.
      iii. kerana tidak memahami perjalanan dan tadbir urus sesebuah syarikat.
      iv. kerana terpengaruh dengan hasutan sedangkan maksud syarikat pun tidak difahami.
      v. kerana gagal membezakan perbezaan konsep antara perkhidmatan awam dengan sebuah syarikat.
      vi. kerana tahu tetapi buat2 tidak mengetahuinya.

      Walau bagaimanapun jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pemberian VSS tersebut, tiada halangan untuk mereka membuat laporan kepada:
      i. pihak polis
      ii. pihak SPRM
      iii. pihak pendaftaran syarikat.

      Laporan kepada pihak lain seperti SELECT atau yang seumpama dengannya adalah membuang masa dan bersifat bertelur sebiji riuh sekampung.

      Harap maklum.

      Delete
  8. Perbadanan Menteri Besar (MBI).... syarikat itu bapak Khalid yang empunya ke.... Sehinggakan wang pampasan RM2.6 juta dengan mudah diagihkan kepada 8 bekas kakitangan yang meletakkan jawatan secara sukarela.





    Make Money at : http://bit.ly/copy_win

    ReplyDelete
    Replies
    1. MBI tu bukan syarikat bapak Khalid...tapi syarikat bapak KO.

      Delete
    2. PKNS bukan syarikat bapak Azmin.....tapi syarikat bapak KO

      Delete
  9. Berani kerana benar.Khalid sedia disiasat.kes Azmin dalam pkns camana pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. untg btl pkrja2 dbwah bekas mb ni.brhidmt dlm krjaan negri dlm tmpuh yg singkt mugkn x spi 10 tahun mndpt pmpasan ratusn ribu. jka dbandingkn seorg PTD kumpln jusa pn x sbagini mewah.itu pn tpksa bthdmt x kurg 25-30thn bru mndpt faedh pampsn yg munasabh. klu camni prkiraan bks mb trhdp pkerja yg trlibt bgtu mudh dbri pmpsan bgru byk rmi yg mnwarkn dri bkrja dgn krjaan slgor tpi syg beks mb ni x lma.klu lgi lma agknya hbislh wng rkyt dbri kpd kroni.

      Delete
    2. Sesuai dengan kerja keras mereka. Walaupun berkhidmat dalam tempoh yang singkat, namun keuntungan yang diperolehi dalam syarikat itu mampu mencapai ratusan juta ringgit malah mampu pula membuat simpanan kerajaan negeri sehingga 3.3 billion.

      Menakjubkan! Kesungguhan mereka amat terserlah. Malah agak mustahil mana2 syarikat kerajaan boleh mengumpul eset sebanyak itu dalam tempoh yang singkat. Kebanyakannya akan gulung tikar terutamanya ketika keadaan ekonomi tidak menentu pada waktu itu kerana sikap boros berbelanja. (ambil Mas sebagai contoh)

      Atas alasan berjaya memperoleh pendapatan yang terlalu tinggi untuk syarikat, tidak hairanlah jika VSS ratusan ribu itu diberi kpd penjawat jawatan tersebut. Di luar sana, beribu2 syarikat sedang menanti mereka untuk menerajui syarikat mereka.

      Delete
    3. Alahai.....
      PTD dan kumpulan jusa bukan kakitangan swasta la...
      Walaupun mereka tu kerja sehingga 100 tahun, mereka tak layak VSS. Tak ada konsep VSS dalam perkhidmatan awam.
      PTD ker Jusa tertinggi ker, mereka hanya layak untuk dapat Golden shake atau Gratuti aje. Itupun bila dah pencen!!! Jadi, manalah jumlahnya nak sama dengan penerima VSS.

      Kalau asas pun tak tahu, janganlah bagi komen. Ngeri orang baca!!

      Delete
    4. 12.28....
      Perkhidmatan awam ada polisi sendiri.
      Syarikat pula ada polisi mereka sendiri
      Jangan samakan syarikat dengan perkhidmatan awam.

      Syarikat ada pampasan bila berhenti dan ini tiada dalam perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam ada pencen dan ini tiada dalam syarikat.

      Kena fahami dulu sebelum tulis

      Delete
  10. Bangau oh bangau. Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangau Oh Bangau
      Egret, Oh Egret
      Children's Song
      (Malay)
      Children's Song
      (English)

      Bangau oh bangau,
      Kenapa engkau kurus?

      Macam-mana aku tak kurus,
      Ikan tak mahu timbul,
      Ikan tak mahu timbul.

      Ikan oh ikan,
      Kenapa engkau tak timbul?

      Macam-mana aku nak timbul,
      Rumput panjang sangat,
      Rumput panjang sangat.

      Rumput oh rumput,
      Kenapa engkau panjang?

      Ana aku tak panjang,
      Kerbau tak makan aku,
      Kerbau tak makan aku.

      Kerbau oh kerbau,
      Kenapa tak makan rumput?

      Macam-mana aku nak makan,
      Perut aku sakit,
      Perut aku sakit.

      Perut oh perut,
      Kenapa engkau sakit?

      Macam-mana aku tak sakit,
      Makan nasi mentah,
      Makan nasi mentah.

      Nasi oh nasi,
      Kenapa engkau mentah?

      Macam-mana aku tak mentah,
      Api tak mahu menyala,
      Api tak mahu menyala.

      Api oh api,
      Kenapa engkau tak mahu menyala?

      Macam-mana aku nak menyala,
      Kayu api basah,
      Kayu api basah.

      Kayu oh kayu,
      Kenapa engkau basah?

      Macam-mana aku tak basah,
      Hujan timpa aku,
      Hujan timpa aku.

      Hujan oh hujan,
      Kenapa timpa kayu?

      Macam-mana aku tak timpa,
      Katak panggil aku,
      Katak panggil aku.

      Katak oh katak,
      Kenapa panggil hujan?

      Macam-mana aku tak panggil,
      Ular nak makan aku,
      Ular nak makan aku.

      Ular oh ular,
      Kenapa nak makan katak?

      Macam-mana aku tak makan,
      Memang makanan aku,
      Memang makanan aku.

      Delete
    2. sekali dia tulis ARAB daa...

      Delete
  11. keza tanya apa khabar semua?

    -keza kembali-

    ReplyDelete
  12. Kuali kata buntut belanga hitam, belanga pulak kata buntut kuali yg hitam ....kihkihkih

    ReplyDelete
  13. Duit aku duit kamu,
    Mari pakat kita kongsi.
    Tipu rakyat aku tak jemu,
    Rakyat bodoh kena Tampa sangsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang bodoh akan memberi komen bodoh.

      Delete
  14. agak2 omak kao dapat berapa juta henget hah?

    keza

    ReplyDelete