Wednesday 19 November 2014

BARULAH KALI PERTAMA AHLI PARLIMEN INI BERKATA BENAR DAN WARAS.


Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar buat julung kalinya dilihat berhujah secara rasional dan berfakta serta diterima akal waras apabila minta ASTRO dihapuskan. Antara masalahnya, iklan terlalu banyak, siaran berulang, harga naik dan sering gangguan dengan cuaca seperti hujan dan angin sepoi-sepoi bahasa.

“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.

Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”

Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.

Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: “Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro.”

Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette merupakan pelakon dan terdapat dramanya turut disiarkan di stesyen tersebut.

Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana”

Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar.

12 comments:

  1. haktuihhh...

    ReplyDelete
  2. Uuuweek nak muntah

    ReplyDelete
  3. Ananda K tak huloq, tu pasai la kluaq cakap lagu tu.

    ReplyDelete
  4. Setelah sekian lama menanti,

    Antara ramai2 pemimpin BN, baru yang satu orang ni bercakap guna akal.

    ReplyDelete
  5. sapa tak berduit nak beli BM boleh beli WAJA
    sapa tak berduit nak langgan astro bole beli NJOY - bayar sekali boleh tengok sampai bila2

    ReplyDelete
  6. MONOPOLI tak ada saingan cukup selesa, keuntungan terjamin itulah dasar umno/bn mengkayakan kroni pelanggan rungutlah macamna sekalipun tak dipedulikan....apa nak heran masyarakat jadi terpaksa melanggan astro atas bbrpa sebab juga yang berlumba2 melanggan malu, lekeh sangat ke kalau tak ada astro??

    ReplyDelete
  7. Cilaka betullah astro ni. Asyik tergendala saja. Nak tengok bini berlakon pun tak boleh. Time iklan elok pulak siarannya. Ni nak kena ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bini tu bahasa orang Berunei, Pengeran Bini Zizi ezette gitu, amacam bung?

      Delete
  8. Tapi yang heran pasai pa timbalan menteri dah jadi mcm jurucakap pihak ASTRO la pulak....

    ' ....Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar....'

    ReplyDelete
  9. Astro smpai dibahas dlm parlimen? ade lak menteri backup, astro sape punya? nampak sangat umno/bn menjaga kroni ...

    ReplyDelete
  10. Pk menteri umnonok kan selalu kuar statement..klu x suka duduk dimsia pergi duduk luar negara, klu rasa ayam mahal jgn mkn ayam, klu sayur mahal jgn mkn sayur....ha ni bila kena btg hidung sendiri nk tunjuk hero....klu rasa bil astro mahal jgn langgan astro tgk ajer tv guna antena biasa dan tgk semua berita umnonok tv1 tv2 dan tv3....ni ikut kata2 pk menteri umnonok/bn....hehehe

    ReplyDelete
  11. Betol tu Bung, Bila kena angin, dah tak dapat tengok siaran
    saya setuju 100persen.

    Bung bila mau kena angin ???
    sini semenanjung kena angin orang cakap lumpuh, kena stroke atau angin ahmar
    memang bener kalau kena angin, jalan pun jadi tak betol dan ada juga sampai langsung tak dapat jalan, ada juga yang lebeh terok sampai kena usong ke kuboran.

    di sana tidak ada apa apa siaran untok dilihat, semua yang pergi ke sana tiada menbawa TV

    Bung bila mau kena angin ????
    Bung jangan pulak naik angin, saya sekedar bertanya. Terus terang saya bertanya tanpa niat.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...