Thursday 20 November 2014

SULTAN PAHANG MURKA DENGAN PRESIDEN MIC ... PADAN MUKA!!!!!



CAMERON HIGHLANDS  – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa terkilan terhadap Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri G. Palanivel yang dilihat seolah-olah bersikap ‘lepas tangan’ berhubung kejadian banjir yang melanda daerah itu.

Baginda bertitah, sejak kejadian banjir pertama yang berlaku tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu untuk mengatasi masalah tersebut.

“Apa yang telah beliau lakukan? Tiada apa. Rakyat kita menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku.

“Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihan raya umum lalu, tetapi inikah yang diberikannya kepada rakyat?

“Beritahu beliau supaya buat sesuatu dengan segera. Saya serius mengenai perkara ini,” titah baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan mencemar duli melawat Lembah Bertam yang terjejas ekoran kejadian banjir kilat pada 5 November lalu.

Yang turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sultan Ahmad Shah mengingatkan Palanivel, sekiranya masalah itu tidak diselesaikan segera, baginda serta rakyat tidak akan memilih beliau sebagai Ahli Parlimen lagi.

“Beta rasa malu dengan kejadian ini. Beritahu menteri kamu supaya memberi keutamaan kepada kawasan sendiri terlebih dahulu.

“Jangan masa pilihan raya sahaja turun padang, lawat kawasan. Jaga tempat sendiri,” titah baginda.

14 comments:

  1. Itu je ubatnye menteri2 umno/bn ni, kalau x diwarning mcm ni hidup mengangkang je le sambil mengkais kekayaan negara ke celah kangkang ...memang cilaka puak2 ni...

    ReplyDelete
  2. Biasalah. Ini Malaysia macam-macam ada. itu pun berangan nak jadi negara maju. Pirahhhhh!!!

    ReplyDelete
  3. “Jangan masa pilihan raya sahaja turun padang, lawat kawasan. Jaga tempat sendiri,” 

    ReplyDelete
  4. salah palanivel buat apa? Hal ehwal tanah di negeri tu bawah sapa? bukan MB ke? Sound lah MB Adnan yg kat sebelah dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini mcm kalu saya sudah jd hitam punya kambing, sekrang itu adnan bikin tak tau ....ciit!!!

      Delete
    2. ayoyo amah,ayoyo apah, jangan itu macamlah, saya ada juga banyak buat
      kerja

      Delete
  5. haktuihhh

    ReplyDelete
  6. Mana mana malapetaka alam atas dunia ni ialah berpunca dari perangai orang besar kerana mereka ada kuasa,duit dan pengaruh...syaitan pun tak mampu lawan mereka ni keh keh keh

    ReplyDelete
  7. Tahniah!!Tuanku Sultan Pahang....klu begini lah peranan yg diambil oleh tiap2 Sultan disemua negeri pastinyakejadian korap ini tidak banyak berlaku...harap MB depa lg awal gasak psl tanah2 ni...harap MB nk beri amaran mcm ni sori lh....ada hulur diam....

    ReplyDelete
  8. Jari telunjuk menuding kt org, empat jari lg menuding kt diri sendiri ....kihkihkih

    ReplyDelete
  9. parianival ni 2 x 5 mak lembu..dapat juta2 senyap je...mula2 menyalak nak duit. jika Allah x takdirkan bencana .. bab teroka haram tokey bangla tak siapa pon peduli buat2 x nampak!! tak amanah langsung orang2 yg terlibat..asyik makan duit haram saja. tu pon ada hati satu menteri baru2 ni cakap nak tariik pelancong ke cameron. awat nak panggil pelancong tengok tanah2 yg telah digondolkan. hak hak hak x tau malu langsung

    ReplyDelete
  10. Tahniah dan rasa puas tuanku Sultan yg tegas boleh tegur begitu....
    minta2 kalau MB ke atau PM sendiri yg tak buat kerja di kawasan mereka akan kena tegur begitu...
    daulat tuanku... hamba suka cara tuanku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MP pekan ok ke? kalau x ok pukul jugak tuanku, PM ye PM.....

      Delete
  11. Karam singh walia dah banyak kali buat laporan....tak nak dengar .....skrg apa dah jadi....kikikikiki

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...