Wednesday 26 November 2014

KANAK-KANAK BERPAKAIAN SELUAR SEKOLAH YANG TIDAK DIKENALI LAGI IDENTITINYA, MATI LEMAS DI PANTAI LAGUN, KUALA IBAI, KUALA TERENGGANU.




Seorang kanak-kanak lemas selepas mandi bersama kawan-kawan di Pantai Lagun Kuala Ibai berhampiran Masjid Terapung Kuala Terengganu.

Mangsa yang berpakaian seluar sekolah masih tidak dapat dipastikan identiti kerana tidak membawa sebarang pengenalan diri.

Mangsa dipercayai berumur 7 atau 8 tahun lemas di kawasan pantai itu kira-kira jam 1 petang tadi.

Mayat mangsa berjaya ditemui oleh anggota bomba yang menerima panggilan kecemasan dan diserahkan kepada polis sehingga dituntut oleh ahli keluarga.

Jika sesiapa ada sebarang maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis yang berhampiran.

6 comments:

  1. 2.[52]
    Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
    AL QURAN

    ReplyDelete
  2. salam,
    masih berusia muda utk mandi di laut!
    mandi dgn kawan tetapi tak tahu siapa budak ini memang pelik!
    tahziah !!!

    ReplyDelete
  3. Bukankah dah masuk musim cuti sekolah, kenapa dia berunifom sekolah? Musim tengkujuh ni laut lagi kuat kluk-kleknya mcm kat Marang juga.

    ReplyDelete
  4. Dol...biasala bdk pakai seluaar sekolah...aku dulu sama la suka gak pakai seluar sekolah yg lama tu...remeh betul....bdk2 stendet la bila pa2 hal jadi kt kawan dia akan lari takot....nama pon bdk2 akal pon belum cukup...

    ReplyDelete
  5. Omek ko ni org luo, sini teganu org kate merabang bukang lagung legong.
    merabang kuale iba.
    Legong mane pulok ???

    ReplyDelete
  6. takziah utk keluarga mangsa....tak nak salahkan cikgu lagi ker?...seluar sekolah tuuuu....hahahhaa..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...