Sunday, 23 November 2014
MOHON JUJUR ... YANG MANA SATU KELIHATAN JUJUR TURUN PADANG??????
Dua-dua berjawatan Menteri Besar untuk kali pertama ... masih dianggap muda dan hampir sebaya .. satu menganut parti UMNO/BN dan seorang lagi mendakap perjuangan KeADILan/PR.
Mukhriz Mahathir semenjak menjawat jawatan sebagai MB Kedah sentiasa membuat gambaran bahawa beliau ini sama taraf dengan rakyat ... tidak ada beza ... bila berkunjung temui rakyat bawahan akan mengenakan cara pemakaian tidak ubah seperti warga kampong luar bandar yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu Kedah iaitu berkopiah dan berkain pelikat.
Apabila beliau mendekati rakyat biasa akan cuba diberi gambaran tidak kekok seolah-olah amat biasa dengan cara hidup mereka ... digambarkan seorang Menteri Besar yang cukup zuhud dan merendah diri walaupun anak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun.
Azmin Ali pula tidak sampai 100 hari menjadi Dato' Menteri Besar Selangor .. secara terus terang meluahkan perasaannya betapa mau mengikut contoh gaya kerja dan budaya yang diamalkan oleh Presiden Jokowi ... dijadikan dirinya sebagai idola untuk mendapatkan inspirasi.
Berjanji akan hanya berada dipejabat 20% selebinya 80% turun lapangan ... Kerap melakukan terjahan, bermula dengan tempat pelupusan sampah haram, tahan lori sampah, tinjau tempat pembiakan nyamuk aedes, terjun longkang tersumbat, sembur Ridsect dalam bas sekolah, sembur racun perosak serangga dibendang, mengecat rumah pangsa dan terakhir sekali, gali dan bersihkan longkang besar dengan menggunakan kudrat empat kerat penyodok sebagai alat, bersendirian dengan yang lain menjadi tukang tonton.
Apabila rakaman gambar kedua-dua pemimpin ini disiar dan dimuat naik dimedia arus perdana, laman sosial dan blog, maka ianya mengundang pujian dan kritikan ... dipuji oleh pendokong dan pentaksub dan di kritik oleh rakyat yang anti bermuka-muka melakukan sesuatu tidak jujur dan bersifat pura-pura.
Akhir kata ... siapa diantara mereka berdua yang cukup jujur turun padang, bersifat semula jadi dan bukan diselaputi penuh dengan kepura-puraan.
Sila berlaku jujur .. cuitkan minda tanya akal logik sambil melihat, berfikir dan menilai .. tepuk dada tanya iman.
Jika ditanya Omak Kau .. jawapnya ialah .. apa jua dalam membuat sesuatu sama ada secara lisan maupun perbuatan .. para pemimpin harus ingat .. JANGAN SESEKALI CUBA NAK HINA DAN PERLEKEH KEBIJAKSANAAN RAKYAT.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
MB Kedah cuma berlakon. MB Selangor sememangnya jujur dan ikhlas.
ReplyDeletePohon omakkau rest your blog. Pergi rehat. Mai langkawi pon boleh. Lihat dlm diri sendiri. Biar nampak sejelas jelasnya. Bertaubat & bermuhasabah. Kita bina hidup. Tak cukup kalau guna otak dan akal. Jadilah diri kamu sebagai insan.
ReplyDeleteet langkawi
JOM BACA QURAN
ReplyDeleteDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
2.[23]
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
Senang je...lihat keturunan mcmna. Tambah tambah yang keturunan congkeh harta rakyat. Umnolah kini dulu dan selama2nya.
ReplyDeleteMaka itu lah jawapan yang mana jujur...
Aku makin menyampah dgn Azmin ni... Kalau ketagih sangat nk buat kerja kerja buruh tu letak jawatan MB. Jadilah buruh kasar.peliknya sebelum ni tak pernah dia berkelakuan sebegini...
ReplyDeleteSama2lah pakat tunggu dan lihat berapa lama dia nak bertindak begitu. Jangan setakat dua tiga bulan pertama dahlah.
DeleteOoi macam mana nak tau juujur ke tidak --- jujur berada dalam hati kan --
ReplyDeletebahkan isteri/suami sendiripun tak tau jurur atau tidak.
Udah2 la tu OmakKau...
ReplyDeleteJujur x jujur x tau lh, tp nmpak lebih mcm berlakon, x yah nk lebih2 lh mb2 ni, jalankn amanah yg sepatutnye sbg pemimpin biar rakyat merasainye, bukan duk berlakon mcm org kampung, mcm buruh kasar tp negeri ditakuk lama gak serba serbi tidak memuaskan hati rakyat ...jujur saya katakn org kampong ke org susah ke geli hati dn bukannye heran dgn cara mb2 mcm ni, nawaitu lebih nk dapat sokongan dn publisiti je, org kampong org susah tau sangat tu semua lakonan je ...hentikn lh buat malu je ...
ReplyDeleteberapa ko dapat duit pampasan MBI? aku dapat sikit je sbb kurang mengampu Khlaid... ko mesti dapat banyak... Fekah pun dapat banyak... tapi aku tak jeles...beginilah hidup ini ...kuat mengampu... banyak lah dapat..
ReplyDeleteGambar pertama nampal spontan. Tidak kekok dan bersahaja.
ReplyDeleteGambar kedua macam pwmbikinan sebuah drama. Ramai penonton.macam penggambaran filem tamil di india. A siap ada yang pegang kamera.
Siapa yang jujor tak tahu lah pulak.
Soalan ni susah nak jawab krn Tuhan dan tuan empunya diri je tahu. Apa2 pun ia satu persoalan yg kreatif dpd Omak kau tanpa maki hamun, tanpa fitnah dan pastinya tanpa seks mcm sesetengah blok yg dah kering idea. Teruskan perjuangan kebenaran walaupun pahit !
ReplyDeleteJujur sgt khalid ibrahim kebas duit 2.6juta tu kasi fekah
ReplyDeleteTerbaik laa Menteri Besar Selangor yg baru- YB Azmin Ali- mmg inilah yg dipanggil pemimpin- pakatan pembangkang amat beruntung dpt pemimpin mcmni- Beliau yg terbaik yg dipilih Baginda Sultan Selangor- emmm nak tanya.... Bekas MB Selangor kaum UMNO dulu tu dah dipenjarakan ke blom?
ReplyDeleteAla kedua dua mb tu bukan baik sangat pun yg sorang tu anak mahafiraun manakala sorang lagi darah pendurhaka mengalir dalam tubuhnya....keluarga haru biru jantina pun boleh bertukar...Ada baiknya kalau Rosyam noor ambik dua orang ni jadi pelakon...
ReplyDeleteGambar atas tu keturunan perompak harta rakyat.Gambar bawah tu keturunan penderhaka...derhaka dengan MAKBAPAK merangkap derhaka dengan PRESIDEN...kehkehkeh
ReplyDeleteAku rasa omakkau ni akan jd bini no 2 azmin ni nnti...dia benci2 sgt kt azmin...hahaha
ReplyDeleteGambar bawah tu penggambaran filem ke drama...eh siapa hero dia tu tak fernah nampak pun...eh ramainya camera man...
ReplyDeleteBiarlah Allah yg menilai sbb Allah yang akan memberikan ganjaran pahala jika mereka ikhlas.Kita dapat pemimpin macam ni lebih baik dari dapat pemimpin yg langsung tak teringin turun padang ke tempat tempat macam tu.
ReplyDeleteHoi sultan lantik dia suruh kerja mb ..bukan suruh gali longkang la...bongok!!!
ReplyDeleteIni politik la.. Ffs! Kalau nk cari yang jujur memang susah dlm dunia politik ni.. Kalu diorang bkn dlm dunia politik, diorang dont give a damn pun dlm perkara yg dorang lakonkn skrg. So Kita pilih yg kurang buruk dlm kalangan yg buruk..
ReplyDeleteNk tau yg mna jujur ke tak...tgk msa sblm mnjawat jwtn mcmana. Dulu2 ada buat ke tdk sprti skrg
ReplyDeleteKah kah kah..
ReplyDeleteMukhriz mb yg zuhud??? Bab belakon pakai serban jubah selawat perdana bawak teksi memang terra... org kedah tau lah. Maksiat makin berleluasa sampai shopping complex pun dah ada tarian separuh bogel. Sbb tu puting beliung byk di kedah.
Dua-dua....politicians...
ReplyDelete