KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 18 November 2014

MAHATHIR AKUI MENTERI TERMASUK ANAK-ANAKNYA LANGGAR POLISI KERAJAAN, HANTAR ANAK-ANAK MEREKA KE SEKOLAH SWASTA.



Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin semakin melebar di Malaysia, malahan menteri Kabinet turut menghantar anak mereka ke sekolah persendirian.

Bekas perdana menteri itu berkata, menteri sendiri melanggar polisi pendidikan negara dengan menghantar anak ke sekolah swasta dan antarabangsa.

"Murid di Malaysia tidak sepatutnya ke sekolah swasta. Dalam kebanyakan kes, yuran dikenakan selalunya terlalu mahal.

"Kemudian anak menteri, bertentangan polisi negara mula hantar anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa yang banyak menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran.

"Menteri juga hantar anak mereka ke sekolah awam (sebenarnya swasta) di UK. Ia kemudian diikuti anak orang kaya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya chedet.cc hari ini.

Bekas presiden Umno itu berkata, keadaan ini menyebabkan golongan miskin terpaksa mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan, sementara itu golongan kaya mahir menguasai bahasa Inggeris berbanding golongan miskin.

(Dr Mahathir memegang jawatan menteri pendidikan antara 1974 dan 1978.)

"Hasilnya golongan kaya ke sekolah swasta di Malaysia dan UK, sementara itu yang miskin ke sekolah kebangsaan di Malaysia.

"Selain daripada pemisahan kaum kerana sekolah berasaskan bahasa etnik, kita melihat pemisahan antara murid kaya dan miskin.

"Yang kaya sekarang bercakap dalam bahasa Inggeris dan miskin bercakap dalam bahasa Melayu, Cina atau Tamil. Peluang pekerjaan menyebelahi mereka yang mahir berbahasa Inggeris," katanya.

Dr Mahathir mengakui cucunya juga ramai yang dihantar ke sekolah swasta dalam dan luar negara.

Tetapi beliau melihat situasi itu menjauhkan lagi jurang antara kaum dan juga jurang antara kaya dan miskin.

"Mereka (cucu) bercakap dalam bahasa kebangsaan, tetapi jenis sekolah tersebut melebarkan jurang antara kaum serta juga antara kaya dan yang miskin.

"Nampaknya ibu bapa yang miskin terpaksa menerima pendidikan buruk untuk anak mereka supaya ahli politik dapat menjadi popular," katanya.

Selain jurang pendidikan antara kaya dan miskin, Dr Mahathir juga membangkitkan jurang pemisahan antara kaum di Malaysia, ia berpunca daripada sistem sekolah mengikut etnik yang digunakan di Malaysia.

"Dengan ini, anak berbilang kaum hilang peluang membesar bersama; Melayu ke sekolah kebangsaan, Cina ke sekolah rendah dan menengah Cina manakala India ke sekolah rendah Tamil. Tidak ada sekolah menengah tamil, jadi India terpaksa belajar di sekolah menengah kebangsaan," katanya.

Dr Mahathir berkata, Malaysia sejak mencapai kemerdekaan 1957 mempunyai misi jelas di mana semua pelajar belajar dalam satu sistem sekolah kebangsaan dan bahasa kebangsaan digunakan sebagai bahasa asal rakyat.

"Mereka akan dapat mengenali antara satu sama lain, mempelajari budaya yang berbeza dan menjadi Malaysia yang tulen,” katanya.

10 comments:

  1. Laaaa madir kau baru tahu sian sian

    ReplyDelete
  2. Dsh nyanyok bsru nsmpak dan iplikasi nya. Masa jadi memteri Pelajaran dan PM tak nampak buta mata buta hati. Nasi dsh jadi kanji nak buat camana. Teruskan sehaja lah. Ysng kaya tambah kaya yg miskin jadi papa kedana. Ini lsh realiti nya Kera jaan Malangsia dibawah pemerentahan UMNO/BN. Sejak dulu lagi anak menteri UMNO/BN dan.kroni2 mereka yg kaya raya hantar belajar di lusr negara beli.ijazah bila balik Malaysia jadi Peg.Tadbir pas tu jion politik. Menang Pilihan Raya lantik jadi memteri dan tadbir Malaysia. Camana Malaysia nak kehadapan atau terus bersaing dengan negara lain kerana pemerentah yg ada memang bodoh. Nampak macam cerdik tapi bodoh semua ijazah dibeli. Kalau dikekalkan lahi UMNO/BN mengurustadbir negara memang lingkup bin jshanam lah malaysia.

    ReplyDelete
  3. Tun sendiri pun telah membuat beberapa keputusan yang kurang disenangi ramai diantaranya :-
    * Mengambil alih tampuk Perdana Menteri semasa Tun Hussin On masih sehat lagi.
    * "Mencuri" DS Anwar Ibrahim dari PAS, ramai orang membuat telahan bahawa DSAI sebagai Preseden ABIM akan memasuki PAS.
    * Mengeluarkan Tun Musa Hitam dari Jawatan TPM
    * Membenarkan DSAI menentang Tun Ghafar Baba dlm pertandingan Timbalan Preseden UMNO
    * Meningkir DSAI dari jawatan TPM
    * Dasar 'buy British last'
    * Dasar pandang ke timur

    ReplyDelete
    Replies
    1. *tak mudah dikelentong oleh aljubo
      *tak suka peliwat yg suka liwat bontot jantan
      *ada perisai diri dari diliwat oleh peliwat tua

      Delete
  4. Che Det pun cakap..."SO WHAT !!!!!!!..............

    ReplyDelete
  5. Untuk makluman mantan perdana menteri, kami rakyat Malaysia menyokong sepenuhnya kepimpinan DS Najib dan isteri- DS Rosmah Mansor telah berjaya menubuhkan PERMATA dimana taraf pendidikan Malaysia akan lebih maju dan berkualiti- ini adalah sumbangan DS Rosmah untuk meningkatkan taraf kualiti pendidikan- Maka dgn itu tak perlu rakyat Malaysia utk menghantar anak mereka ke luar negara- Kita harus berterima kasih kepada DS Rosmah dan DS Najib yg telah menaikan taraf pendidikan di Malaysia

    ReplyDelete
  6. Manusia berduit, ini lah perangai nya... "mesti all branded" tak kira bangsa ! Habis belajar, kerja di luar negara dan kerja sampingan, kutuk kerajaan Malaysia. Di dalam negara pula terpengaruh siot, mudah sekali di racun pemikiran menjadi bodoh semacam ! Tidak boleh berfikir.. DEMO !

    Balik ke Malaysia jadi bangsa anutan pluralisma, liberal, atheis, kristian dan terus menyusahkan rakyat tempatan ! Ikut pula gelagat pro kerajaan yang songsang atau pembangkang sealiran idealisme, dengan kenyataan Islam itu jumud ! Tidak boleh maju konon nya ! Ini semua 'libasan' pemuja syaitan

    Hak Melayu tidak bersekolah, tidak berpendidikan tinggi, semua nya bodoh belaka dan boleh di jual beli ! Namun membantu, kirim salam saja ! Lihat saja mentaliti pengomentar2 omakkau yang taksub jub ! Kebanyakkan nya bermimpi indah konon terbaik ! Seolah nya Kerajaan sedia ada membunuh dan menyiksa mereka setiap saat sehingga semua tokoh-tokoh kerajaan dungu belaka !

    Ye.. itu lah Malaysia tanah tumpah darah ku... reformasi ke, transformasi ke tetap menguntungkan pihak-pihak yang dahulu nya 'menyula' nenek moyang kita. Mereka tetap teguh bersatu dalam acuan sendiri !

    ReplyDelete
  7. "Menteri juga hantar anak mereka ke sekolah awam (sebenarnya swasta) di UK. Ia kemudian diikuti anak orang kaya,

    ertinya menteri kaya la. kekayaan depa mai kot mana?

    ReplyDelete
  8. Inilah kepimpinan melalui teladan ala Malaysia.

    ReplyDelete