Polis mula menggali satu kawasan di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Gumut, Kalumpang pada jam 11 pagi Khamis dan menemui mayat seorang bayi.
Mayat bayi seorang wanita Indonesia sarat mengandung yang ditemui ditanam di sebuah ladang kelapa sawit di Kalumpang, dekat Kuala Kubu Baru pada Selasa sudah ditemui oleh polis hari ini.
Mayat bayi berkenaan juga ditemui ditanam di ladang kelapa sawit, di Kampung Gumut, Kalumpang, ladang yang sama di mana mayat ibunya ditemui.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Zulkepli Bedin, mayat bayi itu ditanam di sebelah lokasi ibunya turut ditimbus.
Mayat itu ditemui jam 11.30 pagi, selepas polis melakukan siasatan susulan berhubung penemuan mayat seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi berkenaan di lokasi berhampiran.
Lokasi bayi tersebut ditanam telah ditemui selepas didedahkan oleh seorang lelaki warga Indonesia yang ditahan semalam.
Lelaki berusia 42 tahun itu turut dibawa ke lokasi bayi berkenaan ditanam dan kini menjadi suspek utama kes itu, katanya.
“Pasukan forensik terpaksa mengorek tanah sedalam kira-kira satu meter sebelum menemui mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu,” katanya.
Sementara itu hasil bedah siasat ke atas mayat wanita yang ditemui kelmarin di Hospital Sungai Buloh mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan berlebihan ketika melahirkan anak.
Punca kematian bayinya yang baru ditemui hari ini akan diketahui selepas siasatan lanjut dan bedah siasat dilakukan.
Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan keguguran dengan niat menyembunyikan kelahiran.
Bagaimanapun suspek yang sedang ditahan polis mendakwa mayat wanita dan bayi itu ditanam oleh individu lain yang sudah melarikan diri.
Mayat wanita warga Indonesia dikenali sebagai Rimah, 39, itu ditemui kelmarin, selepas anak saudaranya yang menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang rakan, sehari sebelum itu membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, pengadu yang dikenali sebagai Azwar, dimaklumkan ibu saudaranya sudah ditanam di ladang kelapa sawit berkenaan, sejak sembilan hari lalu.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai tinggal serumah dengan mangsa.
Beliau berkata, difahamkan mangsa dikatakan sudah berkahwin dengan rakan senegaranya yang bekerja di Johor, tetapi menjalin hubungan sulit dengan suspek sehingga dipercayai mengandung dan melahirkan anak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Macam macam berlaku di kelantan.
ReplyDeleteMasa kelas geografi selalu ponteng Kuala Kubu Baru bukan Kota Bharu bro.....atau memang nak tempelak Kelantan
DeleteKo mabuk ketum ke?
DeleteKuala Kubu Baru Kelantan ke bukan kat Kazasthan sebelah Monggolia.
ReplyDeleteAku fikir lelaki yg tanam mayat ini tak zalim. Bagi nenyelamatkan mayat jadi busuk baik tanam sehaja cuma salah todak melapurkan kematian kepada pihak berkuasa. Nak buat camana dah mati kena hukum tanam lah.
Kalau dia ada C4 tak perlu tanam.
DeleteApa !! Kuala kubu baru kat klntan..kah kah kah...r u drunk anon 1926
ReplyDeleteIni kuala kota@kubu baharu sat sat td dijumpai oleh frank swettenham ah gor...
ReplyDeletesebab tu masuk kebun kelapa sawit rasa seram semacam...
ReplyDeleterupanya beranak dalam kubur....
kat mana felda.ni ha..
nak tanya tok isa samad... mengapa jadi gitu puak indon ni... kes2 macamn merugikan felda ....