Friday, 21 November 2014
REALITI BUKAN ILUSI ... BUKAN SEMUA KEPUTUSAN YANG DIBUAT PEMIMPIN MAU DI JADIKAN INSPIRASI PERLU DI IKUTI.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengakui ingin menjadikan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebagai contoh dalam pentadbirannya kerana merasakan bahawa Jokowi adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat.
Beliau berkata, dalam tempoh sebulan menjadi menteri besar baharu, beliau dan kepimpinan kerajaan negeri telah ‘menerjah’ empat daerah sehinggakan beliau digelar Jokowi Malaysia.
“Saya pernah mengunjungi beliau (Jokowi) tahun lepas ketika beliau menjadi gabenor di Jakarta. Saya tanya apakah kejayaan beliau sebagai gabenor?
“Beliau memberitahu saya, dia kata... Azmin, saya hanya 20 peratus di pejabat, manakala 80 peratus saya di lapangan. Saya dengar masalah rakyat, saya duduk bersama rakyat, saya duduk bersama nelayan, saya duduk bersama peneroka, baru saya boleh digelar pemimpin
yang berjiwa rakyat,” katanya pada Majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Daerah Sabak Bernam di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, di sini, semalam.
Mengambil contoh kewibawaan Jokowi itu, katanya, beliau akan sentiasa mendengar dan memahami permasalahan rakyat dan akan bertemu dengan mereka seperti pada kunjungannya di Sabak Bernam untuk bertemu petani dan peneroka.
“Jika kita dengar taklimat semuanya cantik belaka, tapi bila kita turun baru kita faham bahawa ada masalah dan tanggungjawab sebuah kerajaan negeri yang maju seperti Selangor supaya kekayaan negeri ini mesti dipulang semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan kesejahteraan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Republik Indonesia telah menahan 200 nelayan Malaysia ekoran daripada tindakan penangkapan ikan secara haram di perairan negara tersebut pada Rabu.
Penahanan tersebut adalah susulan daripada pendekatan tegas yang baru yang disuarakan oleh Presiden Republik tersebut, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi.
"Tidak perlu menahan mereka (nelayan haram), karamkan bot mereka," kata Jokowi seperti yang dilaporkan oleh akhbar Jakarta Post.
"Karamkan 10 hingga 20 (bot). Itu akan membuatkan mereka berfikir. Tetapi ingat untuk selamatkan anak-anak kapal terlebih dahulu," kata Jokowi.
Menurut laporan Reuters di dalam sebuah wawancara bersama Setiausaha Kabinet Republik Indonesia, Andi Widjajanto, membanteras penangkapan ikan secara haram perlu demi menyelamatkan Indonesia yang mengalami kerugian sekitar USD$25 Bilion setiap tahun.
"Presiden telah berkata bahawa sektor maritim Indonesia kini berada di dalam keadaan darurat.. dan kita perlu mengambil satu pendekatan baru yang berani. Oleh sebab itu, Indonesia mengecam tindakan penangkapan ikan secara haram tersebut dan dan tindakan yang keras harus diambil."
"Kami berharap tindakan ini dapat memberikan mesej yang jelas kepada negara-negara jiran kami seperti Malaysia dan China bahawa tindakan tersebut bukan satu tindakan yang biasa bagi kami," lapor Reuters.
Andi menjangkakan sekurang-kurangnya 300 nelayan haram akan ditahan dalam beberapa hari yang akan datang.
Kerajaan Indonesia, menurut Andi telah merancang untuk menjalankan protes secara diplomatik terhadap negara-negara yang terlibat yang dijangka akan membuat aduan ekoran penahanan rakyat mereka.
Republik itu juga bercadang untuk melancarkan satu pasukan pengawal perairan yang baru Disember ini bertujuan untuk mencegah lanun, penangkapan ikan secara haram dan melindungi sempadan laut negara tersebut.
Pada Khamis lalu, Menteri Perikanan dan Hal Ehwal Maritim Indonesia, Susi Pudjiastuti berkata padaDesember ini, Indonesia akan menandatangani satu memorandum persefahaman untuk menentang penangkapan ikan secara haram dengan enam duta dari negara jiran termasuk Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam, Australi, China.
"Keenam-enam duta itu telah berjanji akan membantu menentang penangkapan ikan secara haram," kata Susi menurut laporan Jakarta Post.
ULASAN OMAK KAU:-
Terimalah kenyataan dan realiti hidup ... bukan semua yang dilakukan oleh pemimpin pujaan kita perlu dijadikan contoh teladan untuk di ikuti .. bukannya semua gaya dan corak gerak kerjanya mau dicilok kerana obses mau dijadikan bahan inspirasi. Setiap pemimpin ada kelemahan, kekurangan dan kelebihan. Tiada yang maksum terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan.
Yang penting seorang pemimpin perlu sentiasa tenang .. kepala 24 jam dingin ... jiwa selalu tenteram dan dalam kawalan agar tidak bertindak membuta tuli dan beremosi ... Tidak bersikap pendendam kesumat dan mau memburu kesalahan pemimpin-pemimpin terdahulu yang pernah menjawat jawatan yang disandangi.
Perlu ada sifat sentiasa ehsan dan berperikemanusiaan ... adil, peduli dan telus ... keterbukaan dalam menerima perbezaan pandangan dan pendapat dengan menghormati dan meraikannya ... kutip untuk dijadikan sebagai bahan maklum balas yang ikhlas agar sindrom syok sendiri dapat dihindar ... Tidak mudah melenting dan melatah dengan mengeluarkan arahan yang zalim lagi kejam .. Mampu menerima kebenaran walaupun ianya datang dan terbit dari musuh ketat politik sendiri.
Hakikat mesti diterima bahawa yang kaki ampu bodek sentiasa angguk dan puji melangit itu jauh lebih berbahaya dari pendokong parti yang menjadi pengkritik pedas tetapi masih dalam suasana hormat.
Sejarah silam telah membuktikan yang mengecewakan pemimpin ialah para penyokong yang menjadi pegampu bodek .. bila kuasa terlucut dari tangan mereka inilah yang mula-mula menerjah dan meninggalkan dirinya kesunyian keseorangan tanpa ambil peduli nasib yang ditanggung.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Dah nama pun manusia pro and contra. Wlau baik camana pun manusia tu pasti ada buat silap sekali sekala atau pasti ada buat perkara yang menyalah. Azmin taklah bodoh mana ikut 100% Jokowi dan yg baik diikut dan yg buruk ditinggalkan. Azmin bukan seorg pemimpin yg berkelulusan SPM atau Diploma dan telah masak dgn perjuangan menegakkan keadilan dan tahu mana buruk mana baik. Rasanya Omakkau lebih baik klau buat berita pasal Jokowi tidak payah kaitkan dgn Azmin. Salah ke Azmin menginspirasikan kebaikan seseorg? Adakah Azmin telah meniru keburukan Jokowi selama dia memerintah? Buat berita biar seimbang dan moderate. Blog UMNO pun dah slow dlm memfocuskan keburukan Azmin tapi Omakkau masih membara dendam terhadap Amin. Klau dlm PAS ada geng UG, Omakkau pulak masih berhasad dengki (HD) yg peranan sama lebih kurang secara baik cuba menghasut sesama kalangan pembaca2 yg pro PR.
ReplyDeleteMalaysia mcm mne nk karamkn ke bot nelayan haram ....
ReplyDeleteOmak kau dah dah la tu. nanti ayam terlepaih tangan bau taik. Kain terlondeh nampak kurap kat buntut. Kalau nak kutuk orang pada padalah. Pangkat dan darjat daki dunia saja yang penting kita buat baik kat manusia -ihsan iman islam
ReplyDeleteKo kepanasan tu kenapa. .
DeleteMengapa terlalu emosi sangat pendakap tegar Azmin Ali ini .. dimanakah ayat di artikel ini yang serang, hentam dan hina Azmin Ali ... Dimana? .. Adakah suatu dosa besar dalam kamus para pendakap Azmin Ali jika memberikan pendapat asalkan tidak mencerca guna kata-kata kesat? .. hairan sungguh ketakjubannya kepada seorang pemimpin.
ReplyDeletedey...carilah cerita lain...
ReplyDeletelagi2 azmin... yg kau suke sangat nak highlight azmin ni kenapa....
aku dah tak minat cerita MB selangor ni..dari zaman mat tyson..khir toyo..tski dan sekarang azmin pula... semua bermasalah..
hei..cerita altonya ke..tunang anak mak semah ke bila nak kenduri...ha..tu baru seronok..atau cerita bakal janda2 pkr..atau Cik Dyana bila kawin ke...
19:00 gua setuju, omak kau tolong pertimbangan, ni asyik cerita azmin jokowi je, dh terlalu banyak publisiti dh, asyik azmin jokowi jokowi azmin dua2 dh mcm kartun ....kihkihkih
Delete