Monday, 24 November 2014
GAMBAR KERETA RASMI LIM GUAN ENG PARKIR DI LORONG BASIKAL MENERIMA KRITIKAN TERUK DARI WARGA INTERNET.
User lodged a complaint:
id: [Complaint_MPPP_8348]
Issue: illegal Parking
Location: 52-65, Jalan Gurdwara, Georgetown
Description: Chief Minister's Car illegally park at bicycle lane in front of Hin Bus Depot. MPPP didn't take any action when they pass by.
GEORGE TOWN: Kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi mendapat perhatian oleh pengguna media sosial.
Kali ini kenderaan rasmi Lim itu dilihat dipakir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.
Laporan mengenai kesalahan meletakkan kenderaan di lokasi larangan itu dibuat di laman Facebook Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Watch.
Gambar yang menunjukkan Mercedes-Benz S300 *yang diletakkan di luar depoh itu menjadi viral dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial.
Difahamkan gambar itu diambil ketika Lim menghadiri majlis pelancaran program Urban Xchange*yang merupakan festival seni jalanan antarabangsa pertama di Malaysia pada Jumaat lalu.
Pengadu juga mendakwa pegawai penguatkuasa MPPP tidak mengambil sebarang tindakan apabila mereka melihat kenderaan Lim itu dipakir di kawasan berkenaan.
Pada Julai lalu, kereta rasmi ketua menteri itu turut menjadi bahan berita apabila gambar kenderaan itu yang dipakir di zon larangan pakir di sebuah pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat di sini dimuat naik ke Facebook.
Beliau bagaimanapun menafikan keretanya diletakkan secara haram dan berkata pengurusan gedung beli-belah itu memberitahu pemandunya bahawa beliau dibenarkan meletakkan kenderaannya di situ.
Pada Ogos tahun lalu, Lim turut menjadi sasaran pengguna media sosial apabila gambar-gambar kereta rasminya yang dipakir secara haram di Campbell Street dimuat naik ke Facebook.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
2.[28]
ReplyDeleteBagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
QURAN 2.[28]
Sebagai KM, beliau bukan terbaik pun dari segi pentadbiran dan perlakuan.. retorik bermain dengan kuasa menidakkan yang lain...
ReplyDeleteCiakap takle selupe mikin ! Omakkau jadi lah yang berilmu dan bersopan...
Bukan guang eng yg pandu ... Pemndu dia... Dis kna tukar pemandu tu... Kalau tgk kereta najib lg le banyak tmpat yg xboleh masuk pun dia masuk... Sudahle keje burukkan org ... Jaga diri sendirintu.... Ingat betul sgt ke... Kalau allah buka hijab kesalahan kau.. Tentu xangkat muka kau ni...
ReplyDeletekalau nak bercakap pasal parking salah tempat..mmmmm sendiri faham la...bukan guan eng saja......
ReplyDeleteTk kira kete guan eng ke najib ke parking tmpat larangan tarik je, pas tu kenekan saman, suruh dia org bayar, kalau x drebar dia bayar, kalau peraturan sekecil tu x nk ikut apatah lg yg besar, kononnye pemimpin, tunjukan lh teladan yg baik, lupa ke jwtn tu bergantung kpd undi org bukan secara mutlak berkuasa...
ReplyDeleteLu olang menteli2 ingat lu olang manyak busat ka, sendili mau ingat la jgn suka2 hati, olang jugak kasi naik sama lu olang jugak moleh kasi turun sama li maa ....haiya!
ReplyDeleteTukar pemandu dan kereta sekali, dah tak ada bende nak cerita, kereta tu kjaan punya, bukan LGE.
ReplyDeleteOmak kau ni akan cari peminpin Pakatan yang buat silap.terutama Azmin dan Anwar,dia tidak kisah kalau sekiranya Najib ke Khaldi ibrahim ke ,janji Azmin atau Anwar,Demdam kesumatnya masih belum pdam.Teruskan Omak kau semoga kau tak dapat tidur malam kerana hati tak tenang,
ReplyDeleteCelaka punya cina MCA- ni mesti UMNO yg ajar
ReplyDeleteknapa hndk dprbesarkn isu ini. klu nk cri kesalhn byk kreta menteri dn vvip paking ssesuka hti dtempt kmudhn awam polis.jpj.spad.prbndram. wat x nmpaknya. hri2 bolh abl gmbr c mni.
ReplyDeleteinilah yang awal-awal dulu nak contohi seorang khalifah. Tak nak dok ofis mahal2 konon membazir. Tak lama kemudian, pakai juga kereta rasmi yang mahal, ofis yang mahal, siap nak buat terowong bawah dasar laut. Sampai tempat basikal pun kena "belasah". Baru2 ini dengar Presiden Indonesia naik ekonomi kelas ke Singapura nak tengok anaknya. Harap berterusan. Seorang yg memegang jawatan penting kena peka apa yang dia layak atas dasar jawatannya. Apakah seorang Presiden bole pergi keluar Negara tanpa bodyguard atau pengawal keselamatannya serta pegawai protokolnya? Seorang Presiden kalau hilang, sebuah Negara itu bole "tdk bergerak" kerana tdk bole buat keputusan dan siapa nak sign surat itu dan gaji kakitangan. Makanya seorang Perdana Menteri tdk boleh berlagak biasa.
ReplyDeleteAda pernah tengok keta MB/CM pakatan dikawal polis dpn blkg siren eskot mcm MB/CM bn???....
DeleteNo. plet kereta PG1 - pakai no pelt biasa bole???? Pakailah apa yang selayaknya dengan jawatan tersebut. Itu bukan membazir tapi protokolnya.
ReplyDeleteKalau tak kutuk dap and pkr...omak kau tak boleh tidur...kalau driver park, salah dia kah....ramai manusia masuk no entry, kawasan no parking area.
ReplyDeletePlat kereta tu dari zaman dulu, suk punya kereta, sapa yg jadi KM atau exco akan gunakan jugak no plat tu di Penang. Tupon nak jadi bahan
ReplyDelete