Monday 17 November 2014

DI SEBABKAN SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN MENEMBAK MATI SEORANG PEGAWAI BANK, 2000 PEGAWAI/PENGAWAL KESELAMATAN HILANG PEKERJAAN KATA PENGERUSI PAC.



Tindakan seorang pengawal keselamatan Kawalan Prima Sdn Bhd menembak mati pegawai Ambank, Norazita Abu Talib tahun lalu telah menyebabkan 2000 pegawai keselamatan yang lain hilang pekerjaan.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed selepas mendengar penjelasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai Prosedur Pemantauan dan Perlesenan Syarikat Kawalan Keselamatan serta Pegawai Keselamatan.

Dalam prosiding hari ini, PAC dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) KDN, Datuk Seri Mohd Khalid Syarif bahawa kementerian itu sedang mengkaji semula Akta Kawalan Keselamatan.

“Beliau telah menyatakan kajian semula Akta Kawalan Keselamatan yang tidak digubal sejak 1971 yang banyak bergantung kepada arahan kementerian untuk melaksanakannya.

“Jadi beliau sedang merancang untuk menjadikan arahan kementerian sebagai undang-undang kecil ataupun dimasukkan ke dalam akta yang akan digubal untuk dibentangkan dalam parlimen nanti.

“Tujuan kuasa diberikan kepada kementerian untuk menentukan mereka yang bertanggungjawab dalam syarikat seperti lembaga pengarah atau pengarah urusan yang akan dipertanggungjawabkan dalam kawal selia tatacara syarikat dan juga tatacara pegawai keselamatan yang mereka gajikan,” katanya.

Menurut Jazlan, 45 daripada 802 lesen telah dibatalkan kerana melanggar syarat perlesenan.

Bagi mengatasi masalah itu, kata Jazlan, KDN telah mewujudkan satu program latihan bersepadu Certified Security Guard (CSG) bagi melatih pengawal keselamatan secara berperingkat-peringkat di negara ini.

“Mereka menjalankan latihan dari berbagai segi untuk menjalankan tugas mereka dan akhirnya juga untuk memberi pengiktirafan bertauliah kepada mereka sebagai pengawal keselamatan yang mantap.

Ini juga diharapkan akan meningkatkan imej pengawal keselamatan di negara ini,” sambil menambah terdapat lebih 13,000 pengawal keselamatan asing dari Nepal dan 163,000 pengawal keselamatan tempatan.

Jazlan turut memaklumkan Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar secara sukarela telah hadir ke prosiding PAC walaupun tidak dijemput.

2 comments:

  1. bagus sekali informasi yg agan berikan ini. Jelsa sekali sangat menarik dan bermanfaat. thanks gan!! Thanks banget!! ijin share berbagi info :)

    ReplyDelete
  2. Tuang Presideng sila letak jawatang

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...