Friday, 28 November 2014
APA SUDAH JADI DENGAN JANJI AZMIN ALI MAU KAJI SEMULA KENAIKAN ELAUN DAN GAJI BAGI EMPAT JAWATAN UTAMA KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG DIKATAKAN TERLALU TINGGI?????
Pada 1hb Oktober 2014, selepas seminggu menjadi Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Hj Azmin bin Hj Ali berkata, kadar kenaikan elaun dan gaji bagi empat jawatan utama kerajaan negeri akan dikaji semula.
Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat pertama anggota Exco Kerajaan Negeri yang baharu pagi ini dan bersetuju untuk membincangkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini.
Katanya, kajian itu melibatkan kenaikan elaun dan gaji Menteri Besar, Speaker DUN, 10 anggota Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Speaker, manakala elaun serta gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikekalkan memandangkan ia berpatutan dan bersesuaian dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.
"Pada mesyuarat pertama kami (Exco) pagi ini, kita telah memutuskan untuk mengkaji semula kadar kenaikan elaun dan gaji bagi empat jawatan utama iaitu Menteri Besar, Speaker, Exco dan Timbalan Speaker.
"Kita sedia maklum satu kenaikan elaun dan gaji telah diluluskan oleh Menteri Besar sebelum ini (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) pada 22 November tahun lalu, namun kita berpendapat kenaikan kadar ini perlu dikaji semula mengikut kesesuaian.
"Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah memutuskan untuk membentangkan dalam sidang DUN akan datang agar kadar ini dikaji semula bersesuaian dengan perkhidmatan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh kesemua Exco Kerajaan Negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam pada 1hb Oktober 2014 yang lalu.
Persoalannya kini, sidang DUN Selangor sudah masuk hari kelima namun tidak lagi nampak sebarang bayang cadangan itu akan dibawa ke DUN untuk dibentangkan.
Apakah Azmin sudah lupa akan janjinya ini? .. Sebelum ini dalam dewan ketika berstatus ADUN biasa mewakili DUN Bukit Antarabangsa bukan main lagi kencang menyerang betepa tidak setuju amat kenaikkan gaji dan elaun yang diluluskan kerajaan pimpinan TSKI kerana terlalu tinggi ketika raklyat sedang terhimpit bergumpal dengan kos sara hidup yang tinggi dan membebankan.
Sekarang ni apa kisahnya???? .. Adakah kehidupan rakyat sudah selesa dan terlepas dari kehimpitan dan kesempitan hidup??????
Bukankah dulu kisah ini dijaja sebagai salah satu alasan kukuh padu utama mengapa perlunya TSKI dipecat dari jawatan sebagai MB Selangor????? .. Dah dipecat adakah sudah tidak menjadi isu perdana lagi?????
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Kesian omakau.
ReplyDeleteOmak kau...anggaplah apa yg kuar dari mulut pemimpin politik tu sebagai kentut yang keluar dari lubang dubur. Bau busuknya aje yang boleh kita harap.......
DeleteNak kaji cam mana kalu 80% duduk tepi longkang ngan tempat buang sampah?
DeleteKALAU ADA SESIAPA NAK PUJI AZMIN SETINGGI LANGIT ATAU SEHEBAT GUNUNG, BUATLAH BLOG SENDIRI. TAK ADA SESIAPA PUN YANG NAK MARAH.....
DeleteJanji tetap janji...
ReplyDeleteNak kaji cam mana kalu 80% duduk tepi longkang ngan tempat buang sampah?
Deleteentah la omak... kita tunggu dan lihat jerrr....
ReplyDeleteNak kaji cam mana kalu 80% duduk tepi longkang ngan tempat buang sampah?
DeleteSbrl omakkau...da xda modal nk serang ke..awat x puji khalid,2.6juta
ReplyDeleteDol....
Deleteanggaplah apa yg kuar dari mulut pemimpin politik tu sebagai kentut yang keluar dari lubang dubur. Bau busuknya aje yang boleh kita harap.......
Nak kaji cam mana kalu 80% duduk tepi longkang ngan tempat buang sampah?
Delete2.[60] (samb)
ReplyDeletesesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
AL QURAN
Semua dah setuju kakwan jadi mb selangor.azmi tu pilihan sotan selangor je.nak tak nak terpaksa ler kena terima.udah2 ler dok meroyan tu.
ReplyDeleteKALAU ADA SESIAPA NAK PUJI AZMIN SETINGGI LANGIT ATAU SEHEBAT GUNUNG, BUATLAH BLOG SENDIRI. TAK ADA SESIAPA PUN YANG NAK MARAH.....
DeleteTu fekah kata dia dpt duit tu...omakkau p la jaack dia..buat patti baru..omak jd bomo siam..depa
ReplyDeleteburuk nengok org meroyan psl buah hati x terus jadi mb.
ReplyDeleteKALAU ADA SESIAPA NAK PUJI AZMIN SETINGGI LANGIT ATAU SEHEBAT GUNUNG, BUATLAH BLOG SENDIRI. TAK ADA SESIAPA PUN YANG NAK MARAH.....
Delete2.6 million. 2.6 million. 2.6 million. 2.6 million. Muahahahahahahahaha...
ReplyDeleteTu dia kelentong jgn tak kelentong, fitnah jgn tak fitnah. Mmg PKR kaki kelentong dan kaki fitnah. Fitnah jgn tak fitnah kumpul dosa banyak2 buat bekalan ke kubur. Hari ni aku tengok kat blog kerengge geng depa PKR (Pasama) pun dok pulun buat fitnah kat pepimpin pas. Depa edit gambar org tunjuk peace jadi isyarat lucah. Sbb tu aku dok syak puak depa ni juga yg buat fitnah video lucah UAI. Berjaya sungguh puak ni buat tarbiah dalam pas dan ni yg dimaksudkan sbg ngo yg buat check and balance kalau PAS parti berimej terlalu bersih kena balance dgn unsur2 sex maniac mcm PKR yg dok perjuangkan lgbt, pluralisme, liberalisme dan zionisme.
ReplyDeleteVideo lucah uai mmg geng PKR yg buat.. kalo umnu buat,umnu buat apa nk menjatuhkan org agama nanti tercemar imej umnu
ReplyDeleteyerke macai..bkn puak2 ko ke yg suka bab2 lucah ni..klu betul bg rr bukti cai..jgn main tabuh je..
ReplyDelete-pengikut bang non-
Kebanyakan orang politik cakap macam gampang.jangan percaya sangat dengan janji janji dia orang.UMNO PKR sama saja.bapak gampang melahirkan anak gampang.lebih kurang macam tu.
ReplyDeleteanggaplah apa yg kuar dari mulut pemimpin politik tu sebagai kentut yang keluar dari lubang dubur. Bau busuknya aje yang boleh kita harap.......
ReplyDeleteHoi Omakkau bodoh, satu2 lah kasi settle, ko ingat semua boleh buat dlm masa 1 hari ke?? tak habis2 nak kutuk azmin. Apa azmin dah buat kat kau ah Omak kau?? Dia tak kasi aiskrim ke ?? ahahaha
ReplyDeleteKALAU ADA SESIAPA NAK PUJI AZMIN SETINGGI LANGIT ATAU SEHEBAT GUNUNG, BUATLAH BLOG SENDIRI. TAK ADA SESIAPA PUN YANG NAK MARAH.....
DeletePKR memecat Khalid pada Ogos lalu selepas gagal hadir pendengaran jawatankuasa disiplin tentang perjanjian penstrukturan semula air di Selangor, penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam dan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).
ReplyDeleteAnon 2.33.
ReplyDeleteTak payah nak menghalalkan pwmecatan khalid dengan hujjah lapok itu. Rakyat semua sudah tahu.
anwar mahukan azizah jadi MB. Sebagai suami kpd
MB sekurang kurang kerajaan akan pertimbangkan keputusan rayuan kes liwat beliau. Demi menjaga nama baik negara dan sultan yang melantik azizah sebagai MB.
Dicarilah alasan untok memecat khalid apabila tidak mahu melepas jawatan bila diarah.
Tapi manusia hanya merancang ,PERANCANGAN ALLAH LEBIH TEPAT.
anwar gagal.