Tuesday, 25 November 2014
SEORANG GENG MAMAK MATI DAN SEORANG CEDERA DALAM KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK DENGAN POLIS.
Polis hari ini menembak mati seorang anggota Geng Mamak berusia 59 tahun maut sementara seorang lagi berusia 32 tahun cedera di tempat letak kereta Lorong Serawak, Taman Melawati jam 1.45 petang tadi.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah, pasukan polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan kereta Volkswagen Jetta dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum menyemak nombor plat kereta.
Tambahnya, hasil semakan mendapati ia adalah palsu dan polis cuba menahannya namun suspek cuba melarikan diri dengan menghimpit kereta polis menyebabkan berlaku rempuhan.
"Malah suspek cuba mengundurkan keretanya namun gagal apabila sebuah lagi kereta polis datang dan menghalangnya menyebabkan mereka melepaskan tembakan.
"Dalam kejadian itu polis berjaya menembak mati seorang suspek manakala rakannya cedera terkena tembakan di pinggang dan kini dirawat di Hospital Ampang," katanya.
Mohd Adnan berkata, pihaknya turut menemui tujuh bilah parang, kapak, pemotong besi, topeng muka, sepucuk pistol dan 15 keping plat kereta palsu.
Dalam pada itu, TV3 melaporkan seorang anggota polis turut cedera dalam tembak menembak itu kerana terkena serpihan peluru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
2.[48]
ReplyDeleteDan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab),
AL QURAN
Depa ni betui2 mamak ka ....
ReplyDeleteSyabas PDRM.
ReplyDeletePatut boleh naik jetta
ReplyDeleteAzmin kena terjah pasal gang amak ni....keadian dikawasn dia ....
ReplyDeleteGang mamak ke gang india yang dipelihara oleh PKR dan DAP.
ReplyDeleteBukankah gang dia orang ni yanh menjadi samseng PKR?