Thursday 27 November 2014

ISU PAMPASAN RM2.6 JUTA KEPADA BEKAS STAF MANTAN MENTERI BESAR SELANGOR ... AZMIN AKAN BENTANGKAN LAPURAN AUDIT BERKENAAN KEPADA DUN MINGGU DEPAN UNTUK DIBAHAS.



Laporan audit berhubung pampasan kontroversi lebih RM2 juta terhadap kakitangan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Besar Azmin Ali berkata, ia akan disahkan oleh mesyuarat exco esok dan dibentangkan kepada DUN untuk tindakan lanjut pada minggu depan.

Katanya, terpulang kepada DUN sama ada mahu mengadakan pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dalam isu itu.

“Soal tindakan, termasuk sekiranya ada cadangan supaya pendengaran awam, itu saya serahkan pada speaker dan jawatankuasa Dewan dan jawatankuasa Selcat sekiranya bercadang mengadakan pendengaran awam.

“Kerajaan negeri tidak halang," katanya lagi sambil menegaskan tidak akan kompromi dalam “soal yang tak menepati garis panduan dan peraturan”.

Sebelum ini, Khalid berkata beliau mengikut prosedur dalam pemberian pampasan kepada tujuh pembantunya termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) Faekah Husin dan bekas setiausaha akhbar Arfa’eza Aziz.

Mengulas laporan audit itu, beliau berkata beberapa terma kontrak dan garis panduan tidak dipenuhi.

“Ada juga pegawai yang berkhidmat tempoh singkat, tetapi diberikan ganjaran berlipat kali ganda,"kata Azmin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) berhubung pemberian pampasan itu.

11 comments:

  1. 2.[56]
    Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.
    AL QURAN

    ReplyDelete
  2. Kes Azmin suci murni lagi maksum dalam pkns tu bila nak bentang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin balas duit takpe lagi sebab dia tak makan sorang... ni khalid gagap makan dengan fekah jer...yang tu yang rakyat marah...

      Delete
  3. Bentang PKNS sekali. Barulah cun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin balas duit takpe lagi sebab dia tak makan sorang... ni khalid gagap makan dengan fekah jer...yang tu yang rakyat marah...

      Delete
    2. Patut la defend khalid gagap bagai nak rak, habuan kat fekah ja 700K +++... dejei betoi...

      Delete
  4. Setakat bentang budak tadika pun boleh buat. Hari tu budak tadika kat ampang pun ada bentang projek langat dan lebuhraya kidex. Tapi habuk pun tarakkkkk. Last2 ketua darjah budak tadika tu pun ikut join ,360 darjah.

    ReplyDelete
  5. Omakkau dpt pe?...ampu BagaI nk rak...dapat bodo la......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambutan hari jadi omakkau diraikan dlm acara grand bersama tski..masyuk la tu..

      Delete
  6. selps bentg klu wang rkyt yg dbyr kpd puak ini x mgikut prosidur. mintk smua byr blk kpd krjaan nrgeri. krna wang sbyk itu bolh dbuat projek utk rkyt.trutama yg miskin.

    ReplyDelete
  7. Azmin ni menjolok sarang tabuan ni, dap senyap je nyorok belakang azmin ke ...hihihi

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...