Saturday, 22 November 2014
PERTUBUHAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN SELANGOR (PANTAS) DENGAN BEGITU PANTAS AKAN KE TERENGGANU HARI INI BAGI MEMBUAT TINJAUAN KENAL PASTI APA BENTUK BANTUAN SESUAI DIBERIKAN KEPADA PARA MANGSA BANJIR!!!!
Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) dengan Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita KeADILan Pusat YB Zuraida Kamaruddin sebagai Penaungnya, Exco Kebajikan dan Kesihatan Selangor merangkap ADUN Sementa yang juga Naib Ketua Wanita KeADILan, YB Dr Daroyah Alwi sebagai Pengerusinya, semalam telah panggil suatu mesyuarat kalangan para "sukarelawan" terdiri lebih kurang 25 orang bagi membincang mengenai banjir yang berlaku di Terengganu yang masuk hampir seminggu.
Hari ini suatu pasukan PANTAS akan bergerak ke Terengganu untuk buat tinjauan dulu .. untuk berapa lama tinjauan dibuat tidaklah diketahui tapi kesana untuk buat tinjauan dulu.
Lepas buat tinjauan dan kenal pasti apa perlu dilakukan kepada mangsa banjir barulah yang lain-lain itu dikerah untuk buat kerja agihan bantuan. Tinjauan pun dibuat hanya di pusat-pusat pemidahan sahaja.
Hebat dan Tahniah PANTAS ini ... cukup pantas bertindak!!!!! .. Dah masuk hampir seminggu warga Terengganu dilanda banjir baru nak bermesyuarat, lepas itu tinjau kemudian barulah nak kerah yang lain turun tukang buat kerja agihan bantuan. Hebat!!!
Masa banjir di Cameron Highland hari itu bukan main macam kilat hali lintar menghulurkan bantuan kemanusiaan dari segi kudrat dan barang-barang keperluan... Dalam tempoh 24 jam warga PANTAS dah sampai disana siap luluskan bantuan lagi.
Untuk Terengganu terpaksa dipanggil mesyuarat, bincang lepas itu buat tinjauan, lepas itu barulah kerah anggotanya serami 25 orang tolong buat kerja agihan bantuan.
Di Cameron Highlands itu hari semuanya ini diketepikan .. Hebattttt!!!!! ... Adil, Cekap dan Telus sungguh!!!!
Unit Amal Malaysia PAS "lembab" sungguh sebab bila dapat berita berlakunya banjir ahli-ahlinya terus kesana tanpa perlu panggil mesyuarat sebab misi menyelamat dan kemanusiaan ini perlu pantas bertindak bukan sekadar pada nama sahaja.
Kalau dah sekadar jengok tempat pusat-pusat pemindahan lepas itu baru kerah anggota buat kerja agihan bantuan, rasanya perlu belajar dari Unit Amal Malaysia PAS cara-cara gerak kerja menyelamat dan bantu mangsa-mangsa banjir terutamanya di Pantai Timur Semenanjung.
Apa-apa pun tahniahlah sebab masih ada hati dan niat untuk membantu pantas kepada mangsa-mangsa banjir Terengganu.
Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) akan membuat tinjauan ke Terengganu hari ini bagi mengenalpasti bentuk bantuan sesuai untuk diberikan kepada mangsa banjir.
Ketua Pengarah Pantas, Hamsah DJabir, berkata selepas bentuk bantuan dikenalpasti, semua anggota Pantas akan dikerahkan ke sana bagi mengagihkan bantuan.
“Bentuk bantuan kita akan tengok dahulu kerana sekarang air belum surut lagi. Cuma kita akan melawat di pusat-pusat pemindahan untuk melihat apa keperluan mendesak.
“Kalau kita bagi bentuk makanan pun tidak selesai masalah macam mana mereka nak masak. Jadi keperluan seperti selimut, susu bayi,” katanya kepada Selangor Kini.
Menyentuh soal pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan beliau menjelaskan, setakat ini fokus diberikan kepada Terengganu dan sekiranya ada keperluan pasukan sukarelawan akan dibahagikan untuk membantu di sana.
Setakat ini, sebanyak 5,550 mangsa banjir daripada 1,377 buah keluarga kini ditempatkan di 43 pusat pemindahan di lima daerah terjejas di Terengganu.
Kuala Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi mangsa iaitu 3,927 orang daripada 927 keluarga yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan.
Banjir di Besut melibatkan 291 orang daripada 80 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.
Di Setiu, 349 orang daripada 78 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan.
Manakala di Marang, 976 mangsa daripada 236 keluarga di pindahkan ke lima pusat pemindahan dan di Dungun sebanyak 16 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Hari yang ditunggu oleh ummat melayu islam....perhimpunan ngo-ngo melayu islam selama dirasmikan oleh icon terbaik anugerah tuhan untuk rakyat malaysia....world truly first class leader ayahnda tun dr mahathir yang banyak berjasa dan mempunyi wawasan jauh kehadapan dan dihormati kawan dan lawan akan merasmikan perhimpunan tersebut....mari lah kita beramai ramai turun menghayati dan mendengar ucapan dari icon ini.....jom sama sama hadir .......anugerah tuhan untuk rakyat malaysia....masih teringat kata kata beliau dangan merendah diri...."saya mungkin ada membuat kesilapan semasa mdnjadi perdana menteri tetapi memecat anwar bin ibrahim bukan satu kesilapan"........hampir 30 tahun berlalu ternyata kata kata beliau sangat benar......
ReplyDeleteAda dpt San Miguel tak gi sana?
DeleteDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Delete2. Al-Baqarah
2.[1]
Alif, Laam, Miim.
2.[2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
2.[3]
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
2.[4]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
2.[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
PANTAS - kena cepat dan segera bertindak.
ReplyDeletePENTAS - Alat untuk pameran dan lakonan.
PANTAT - Bahagian bawah kuali atau periuk. Contoh ayat: Tolong cuci pantat kuali itu dengan berus sampai bersih.
DeletePANTAT perlu PANTAS dicuci sebelum naik ke PENTAS.
Deletesheikh aljuburi memang pakar dlm hal pantat memantat ni.hee
DeletePANTAS tidak diperlukan di kelantan. Lagi pun banjir ini dah perkara biasa di kelantan. Tak jadi isu pun.
ReplyDeletekita dah ada cukop ajensi kerajaan untok menangani masaalah banjir. Itu pun bukan semua digerakan.
So.tak payah nak menunjok nunjok kat kelantan.
Kita ada unit amal ,perkasa,pekida.semua berkerjasama bila rakyat ditimpa musibbah.
Perkasa pekida khaaakkk thuiiiiih
DeleteBanyak cara rupanye nak bagi perabis 3.3 billion tu kan.......
ReplyDeleteHari ini jokovi ali terjah kat mana?
ReplyDelete80% kat luar misti BANYAK tempat dia dah terjah.
Ketua gila glamer. Anak buah giler publisiti.
ReplyDeleteMasa banjir tinjau dulu. Bila banjir sudah pergi ,kita akan hantar bantuan.
ReplyDeletebantuan apa,entah?
Selangor ada 3.3 billion. Bolehlah hulur 10 juta.
1 juta untok mangsa banjir. 9 juta untok pengurusan PANTAS. Kaya aku.
Wahai saudari blogger omak kau. Walaupun kamu tidal Ku kenal tapi apabila melihat taut wajah kamu disebalik kamera itu sedikit sebanyak dapat petunjuk kepada kami betapa jahatnya hati kamu..tiada satu pun cerita diblog kamu ini menunjukkan kamu berpuas hati dengan orang lain..jikalau mengikut pakar..orang yang sentiasa bersikap begini selalunya adalah mereka yang mempunyai masalah jiwa ..atau dalam bahasa kamoungnya orang gila.meroyan..pengdengki,busuk hati..
ReplyDeleteInsaflah mungkin Allah akan membalas segala cacian,unpatan,sindiran kamu ini.
Sekarang pun Allah dah bayar cash dengan menjatuhkan orang orang disekeliling kamu,itupun kamu masih x sedar juga.
Sebelum terlambat.
Dengar citer Allah dah jatuhkan hukuman ringan dengan member I penyakit kencing tikus. Tapi Allah masih beri peluang supaya kamu bertaubat..kamu masih lag I x bertaubat..setiap kesakitan hati orang yang kamu beat..Allah kumpulkan Dan satu hair Allah akan pulangkan balik semula kepada Kamu...insyaallah...
Maaf kalau saya mencelah..Allah dah bagi petunjuk dalam kehidupan kamu..setiap apa yang dianugerahkan Allah kepada kits adalah tanda atas kehendaknya..Allah bagi kegembiraan,kesihatan,rezeki apabila Allah sukakan kita,Allah juga boleh beri amaran kepada kita dengan memberi kesakitan,dengan memberi ujian atas kesilapan Kira dengan mberikan ketidak sempurnaan kepada anggota tubuh bad an Kita atauoun zuriat kita..Allah juga akan menarik rezeki kita,akan memperlahankan rezeki kits sekiranya kits mempunyai hati yang Kotor,hati yang Hiram,hati yang penuh dengan perasaan iri hati...bertaubatlah ..minta maaflah kepada mereka mereka yang kamu sakiti hatinya sebelum tiba ajalmu...masaallah x kan tertanggung siksaan kita di Alam barzakh nanti sekuranya orang orang yang kita keji umpat caci tidak memafkan kita. Sedangkan balasannya yang sekadar peringatan di muka bumi ini pun sukar utk kita hadapi..apatah lagi semasa mati nanti..
ReplyDeleteSebagai sahabat seagama ..cubalah kamu renung mukA zuriat kamu yang di uji oleh Allah itu sebelum tido..fikirkan berapa ramai Dan banyak orang yang kamu aniaya..yang kamu dendam,yang kamu caci ,maki..sekiranya Allah membalas segala dosa kamu ...itulah dia..sedikit balasan kepada kamu dengan memberikan kamu zuriat yang x sempurna..bukan zuriat kamu yang bersalah tetapi semua itu adalah balasan dosa dosa kamu.
Bertaubatlah,berhentilah dan buanglah perasaan hasad dengki dihati kamu..insyallah sekiranya kamu benar benar bertaubat ..berdoalah agar zuriat kamu itu akan kembali normal. Tiada yang mustahil...kun fa ya kun..bertaubat Dan tumpukan perhatian kepada zuriat kamu itu ..dia x bersalah ..dia hanyalah ujian Dan balasan Dari Allah agar kamu insaf...