Monday, 17 November 2014

PENDUDUK SELAYANG BARU BERANG KERANA SETIAP TAHUN TERPAKSA BERDEPAN DENGAN BANJIR KILAT ... AZMIN ALI BILA NAK BUAT TERJAHAN BERSIHKAN SEMUA LONGKANG-LONGKANG TERSUMBAT?????



SELAYANG - Setiap tahun penduduk Selayang Baru dan sekitarnya terus berdepan banjir kilat, dan Jumaat lalu adalah paling buruk apabila air naik setinggi 0.5 meter menyebabkan sekurang-kurangnya 200 unit rumah penduduk terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) Selayang Baru, Jumari Talip berkata, beliau masih tidak berpuas hati tahap pembersihan dan penyelenggaraan sistem saliran longkang dan sungai yang didakwa punca utama kekerapan banjir.

Menurutnya, walaupun kutipan sampah dilakukan di kawasan itu, namun penyelenggaraannya masih rendah dan berharap ia dapat dilakukan secara berkala dan konsisten.

“Boleh dikatakan keadaan banjir kilat di sini semakin teruk bukan hanya disebabkan kadar taburan hujan, sebaliknya aspek penyelenggaraan yang masih lemah apabila mendapan pasir dalam saliran tidak dikorek dan dibiarkan menjadi halangan kelancaran laluan air.

“Di kebanyakan kawasan mudah dinaiki air adalah yang hampir dengan longkang besar terutama dekat Sungai Udang, Selayang Indah, Lembah Indah, Kampung Mahkota dan Kampung Arab,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, mesyuarat yang diadakan juga diharapkan disusuli tindakan bagi meredakan kemarahan penduduk yang terjejas.

“Sudah masanya isu banjir dipandang serius kerana ia berlarutan sejak kerajaan dulu dan tidak nampak sebarang perubahan,” katanya.

5 comments:

  1. omakkau ni bangang abadi betul la...
    X kan lah semua nak serahkan kat azmin.....kalau macamtu cuci berak rakyat pun azmin kne buat...... aku tgk omakkau ni ape azmin buat semua nye salah.....OMAKKAU memang blogger yg lagi banggang abadi daripada blogger papa gomo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omak kau ni mcm Faekah tu juga...lama tak sex sebab tu meracau tak tentu pasal...

      Delete
  2. Kalau dah setiap tahun ada banjir ghetinye ini berlaku dari zaman penjual belacan jadi MB dan juga masa ustad jadi MB. Sepatutnya bagi tempoh yang begitu lama orang Selayang Baru dah ada bot atau kayak dan juga rakit batang pisang atau pelampung tiub lori. Apara!! Nak hidup pun tahu!!

    ReplyDelete
  3. Omakkau ni anti Azmin ke? Asyik dok perli Azmin je. Kalau gitu, dok di dalam PKR buat ape? Llingkup pi lah masuk DUMNO setan kan lebih baik., oi Omakkau.

    ReplyDelete
  4. Sudah sudah la tu Omakkau.. kami bukan nya pengampu mahupun penyokong azmin ali, kami cuma nak kamu tu kembali menyokong n tak menyerang juga cuba porak porandakan PR.. Terang2 kamu marahkan dia, sebab apa?.. byk kali org dah kata, yg pilih azmin tu Sultan Selangor.. Kalo Sultan nak pilih Wan Azizah lama dah dia pilih.. Tolong la jgn salah paham.. Berat sgt dendam kamu kat azmin ni.. Agak2 la.. Ce bagi tau apa yg dia dah buat kat kamu???

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...