Tuesday, 18 November 2014

RAHSIA MENGAPA PARA PENIAGA PEKAN RABU ALOR SETAR ENGGAN BERPINDAH KE LOKASI SEMENTARA TERBONGKAR????



Warkah utk Menteri Besar

Assalammualaikum.. YAB Dato Srii Menteri Besar Kedah.

Sbg. peniaga makanan tradisional Pekan Rabu, terpanggil utk saya beri sedikit info berkenaan beberapa masaalah d lokasi sementara d Ukir Mall sehingga mengakibatkan ramai penega yg enggan berpindah.

Utk makluman pihak YAB Dato. Sebelum ni.. salah satu sebab pekan rabu dikunjungi pelancong dalam dan luar adalah kerana kehebatan dan kekuatan perniagaan kue dan makanan tradisionalnya spt karas dodoi bahulu serunding loyang dan sebagainya.

Utk makluman YAB Dato, sejak arahan pemindahan ke Ukir Mall ramai penega yang enggan berpindah kerana kondisi tempat/kedai yg. ditempatkan dlm keadaan yg amat mendukacitakan, kedai berisiko terdedah dengan hujan ,panas ,angin dsbnya.. yg boleh merosakkan barangan makanan tersebut. Jadi dsinilah antara faktor utama penega mknan tak bergerak utk berpindah. Disamping ada beberapa faktor lain. Berikut adalah foto-foto lot kedai kue.di ukir mall yg berisiko terdedah dgn hujan panas angin dan sebagainya. (Rujuk foto dibawah)

Yab Dato. Sehingga tika dan saat ini . Pihak yg berkaitan masih blum membuat apa apa tindakan utk selesai masaalah ini. Pihak berkaitan hanya menjadi pendesak supaya cepat-cepat pindah. Saya rasa tak adil . Utk menekan penega utk pindah skg. Sedangkan kedai belum sempurna. Apa maknanya sekiranya pindah sekarang tetapi kedai terpaksa ditutup akibat musim hujan sekarang ni.

Yab Dato. Walaupon disebut sementara tapi 2 tahun setengah tu agak lama jika perniagaan tak berjalan lancar. Sumber pendapatan utama penega datang dari sini semuanya. Sy berharap sungguh2 pihak Dato dapat amik perhatian ttg masaalah ni. Kalau bole pihak YAB Dato turun sendiri tengok lokasi dan permasalahannya.

Rintihan penega makanan tradisional.




ALOR SETAR - Pekan Rabu iaitu pusat perniagaan Bumiputera di bandar raya ini akan diroboh untuk dibina semula supaya lebih selesa dan lapang, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

"Kompleks Pekan Rabu yang moden akan didirikan semula di tapak asal," kata Mukhriz kepada pemberita selepas meninjau pusat perniagaan itu, di sini hari ini.


Beliau berkata kerajaan negeri sedar Pekan Rabu penting kepada Alor Setar khususnya untuk industri pelancongan dan sehubungan itu pusat perniagaan berkenaan akan dibina semula agar lebih menarik.


Permohonan untuk tujuan itu telah diluluskan kerajaan persekutuan, katanya.


Pekan Rabu yang wujud sejak 1900 menjadi tarikan pengunjung serta sinonim dengan jualan makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah dan produk industri kecil dan sederhana (IKS). 


Mukhriz berkata kompleks baharu itu akan mempunyai lebih banyak ruang perniagaan.


Mukhriz berkata semua peniaga Pekan Rabu akan dipindahkan ke tapak sementara milik Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) di sini untuk membolehkan kerja-kerja meroboh dilaksanakan dalam masa dua atau tiga bulan dari sekarang.


Beliau berkata kompleks baharu Pekan Rabu itu akan mempunyai ruang meletak kereta mencukupi dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pembinaannya. - Bernama


No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...