Wednesday, 19 November 2014
KENYATAAN TERBUKA BERANI MATI SEORANG ANGGOTA KEADILAN MENGENAI AZMIN ALI.
Kenyataan Terbuka
19 November 2014
AZMIN MENERUSKAN SEMUA ALASAN PEMECATAN KHALID BEZANYA DIA PANDAI BERGAMBAR DAN BERETORIKA
Saya MegatKhairul Anuar B.Razali merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang Hulu Selangor. Sidang akhbar ini bagi menyatakan kekecewaan saya terhadap kerakusan YB Azmin Ali dalam mengenepikan keputusan parti dalam melobi diri sendiri menjadi Menteri Besar malah Parti Keadilan Rakyat sendiri nampaknya seperti ditertawakan apabila semua alasan penukaran Menteri Besar seolah hanya propaganda murahan apabila YB Azmin Ali didapati meneruskan semua yang disebut sebagai alasan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sejak berjaya melobi diri sendiri menjadi Menteri Besar dan mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Azmin sebenarnya tidak langsung melakukan apa pun pembaharuan selain dari gimik media seperti gambar membersih longkang, menyembur racun. Punyalah begitu obsess hendak meniru gaya Presiden baru Indonesia ‘Jokowi’ ramai pasti tertawa melihat gambar Menteri Besar memegang tin racun serangga lengkap memakai penutup hidung menyembur ‘ubat nyamuk’ konon melancarkan kempen ‘Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS)’. Kalau pun ia kempen yang perlu cukup peringkat Pegawai Kerajaan atau Exco melakukannya.
Hanya berbeza dengan Khalid ialah Azmin Ali berjaya mula mencairkan wang simpanan negeri bernilai RM3billion lebih dengan projek-projek segera.
Sebagai anak negeri Selangor, saya masih ingat isu-isu yang menjadi penyebab kegagalan Khalid Ibrahim yang mewajarkan beliau digantikan. Antaranya ialah Masalah sisa pepejal, keadaan Jalanraya tidak baik, lebuhraya KIDEX dan bekalan air terawat termasuklah pembinaan empangan Langat 2.
1. Sisa pepejal
Saya mendapat maklumat bahawa selepas Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan di Negeri Selangor pada tahun 2008, berlakunya diskriminasi Kerajaan Persekutuan yang melarang sisa pepejal daripada di hantar ke Tapak Pelupusan Sampah termoden di Bukit Tagar, Kuala Selangor. Inilah sebab utama masalah sisa pepejal di Selangor tidak dapat diselesaikan dengan segera.
Namun begitu, pentadbiran Khalid Ibrahim telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Memasuki penggal kedua pemerintahannya, beliau telah pun meletakkan seorang exco kanan yang amat berdedikasi iaitu YB Teng Chang Kim bagi menyelesaikan masalah ini. Dan sepanjang tempoh tersebut gandingan dua pemimpin ini terus menjalankan usaha gigih. Untuk membina tapak pelupusan sampah baru bukanlah kerja yang mudah. Banyak isu teknikal yang perlu diperhalusi agar ia tidak akan menimbulkan kacau ganggu kepada kehidupan masyarakat dan alam sekitar.
Dan sehingga kini kita masih tidak dapat melihat atau mendengar usaha komprehensif daripada Menteri Besar baru selain daripada menganugerahkan harga tender yang lebih tinggi kepada kontraktor atas nama untuk menjaga kualiti perkhidmatan. Untuk sekadar mengatakan masalah sisa pepejal ini berlaku hanya kerana harga tender yang diberikan oleh pentadbiran sebelum ini adalah rendah juga sebenarnya tidaklah tepat sangat.
Banyak juga tender yang diberikan dalam negara ini dengan harga yang tinggi tetapi projek tetap gagal disiapkan mengikut jangkamasa yang ditetapkan atau tidak mencapai keputusan seperti yang diharapkan.
Kegagalan bukanlah disebabkan oleh satu faktor sahaja iaitu harga tetap meliputi juga aspek pemantauan oleh PBT, kekurangan tapak pelupusan sanitari dan sebagainya.
2. Keadaan Jalanraya
Berapa ramai antara kita yang menyedari terdapat dua kategori jalan iaitu Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Untuk Jalan Persekutuan urusan mengurustadbir dan pemuliharaan adalah dibawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan manakala untuk Jalan Negeri pula ianya adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui PBT tetapi dananya turut dikongsi oleh Kerajaan Persekutuan melalui geran jalan yang jumlah tahunannya dikira berdasarkan formula bilangan penduduk dan panjang jalan dalam sesebuah negeri.
Jadi, jika jalan yang rosak ini dari Banting ke Morib sebagai contoh, ia adalah salah Kerajaan Persekutuan dan jika Jalan Reko di Kajang pula, ia termasuk di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri. Namun semasa isu ini dibangkitkan semasa krisis Menteri Besar tempohari kita tidak diberitahu data dan statistik jalan rosak yang tidak dibaikpulih itu. Sama ada banyak di Jalan Persekutuan atau di jalan Negeri.
3. Lebuhraya KIDEX
Ini adalah kemunafikan besar oleh kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor. Isu KIDEX ini menjadi bahan jajaan yang cukup hebat untuk menggulingkan Khalid Ibrahim. Dikatakan tindakan Khalid bersetuju dengan pembinaan KIDEX sebagai tidak memenuhi kehendak penduduk setempat dan juga tidak membawa hasrat manifesto Pakatan Rakyat.
Sekarang, saya ingin mengemukakan persoalan, apakah apabila dengan menukar Menteri Besar ini sahaja maka KIDEX telah memenuhi hasrat rakyat setempat dan manifesto PR? Di mana suara Tony Pua yang sebelum ini kononnya sibuk memperjuangkan rakyat yang menolak KIDEX? Ataupun KIDEX ini hanyalah satu punching bag untuk menipu rakyat menggulingkan Khalid Ibrahim walhal sememangnya Pakatan Rakyat Selangor bersetuju dengan pembinaan KIDEX?
4. Bekalan Air Terawat dan Empangan Langat 2
Ini juga merupakan satu lagi penipuan besar yang diolah untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim. Dijaja mengenai perjanjian Bank Islam yang menjadi punca Khalid Ibrahim menandatangani persetujuan tersebut. Walhal, fokus utama Khalid Ibrahim adalah untuk menjadikan konsesi bekalan air terawat di Selangor sebagai milik rakyat negeri Selangor sendiri. Apakah ini tidak bagus untuk rakyat?
Dan tiba-tiba Azmin Ali mengumumkan kesyukuran beliau apabila konsesi air ini telah secara rasmi menjadi milik rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak malukah untuk mengambil usaha dan idea orang lain dan kemudiannya menjadikan sebagai kejayaan sendiri?
5. Pengembalian Bible Yang Dirampas JAIS
Tidak terhenti setakat isu air ini, Azmin Ali ini sekali lagi tidak merasa malu untuk mengakui bahawa dirinya adalah hero yang menyelesaikan isu bible yang dirampas JAIS. Kenyataan Majlis Agama Islam Selangor bahawa DYMM Sultan Selangor dan MAIS yang sebenarnya melakukan inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini telah menunjukkan sifat hero jadian manusia bernama Azmin Ali ini. Terus menerus menjadikan usaha dan inisiatif orang lain sebagai kejayaan peribadinya.
Sehubungan itu, saya menyeru Menteri Besar baru ini untuk berhenti memplagiat usaha dan inisiatif orang lain. Kalau benar anda mempunyai idea, wawasan dan inisiatif seperti yang diwar-warkan sebelum ini, sekarang adalah masanya untuk anda buktikan.
Menjadi Menteri Besar bukan sekadar melakukan aktiviti terjah atau pun berada rapat dengan rakyat melalui program-program kemasyarakatan semata-mata tetapi juga harus mempunyai misi dan visi yang jelas dan holistik dalam sektor pembangunan, pelaburan, kesejahteraan rakyat dan lain-lain untuk terus mengekalkan Selangor sebagai negeri paling maju dan terkaya di Malaysia. Sehingga ini Azmin Ali masih lagi gagal untuk mengemukakan agenda fiskal yang baik untuk negeri Selangor. Ataupun mungkin Azmin Ali juga akan menjadi seperti Ali Rustam yang terkenal sebagai MB KBSM sahaja itu kahwin, bersalin, sakit dan meninggal dunia bukannya dikenali dengan kemampuan menjana ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Saya tidak sendiri dalam membuat kenyataan ini. Saya mewakili sekumpulan anggota PKR yang turut mempunyai sentiment yang sama. Persoalan ini harus dijawab. Satu kempen senyap sudah pun berjalan lebih dua minggu dan akan terus berjalan dalam menyalurkan maklumat persoalan – persoalan penting kepada anggota PKR khususnya di Selangor. PKR tidak harus menjadi parti – parti lain yang kita kritik selama ini menjatuhkan dan menaikkan individu berdasarkan kepentingan pihak tertentu sehingga menimbulkan kerugian kepada umum lebih malang lagi yang dinaikkan hanya pandai bermain media dan beretorik semata.
Sempena 100 hari kami anggota PKR Selangor sendiri akan tampil untuk membentangkan ‘report card’ 100 hari Azmin
Sekian
MEGAT KHAIRUL ANUAR RAZALI
B0030003354
ANGGOTA PKR CABANG HULU SELANGOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Megat.... Megat
ReplyDeleteCuba lah jadi orang positif sikit , mungkin akan jadi manusia yang lebih baik.
Orang orang Melayu rata rata malas , bodoh bahalol pun yea. Kalau ada orang rajin sikit dan ber beda dari ketam ketam dalam bakul kan baik.
UMNO dan PAS dah lah tak boleh pakai punyea , sekarang hanya PKR saja boleh harap tuk maju sikit.
Jadi lah orang ber fikiran positif dan banyak kan membaca biar fikiran tuk jadi Global Thinker.
aku harap kau juga kena jadi org positif jugak, buka minda. macam-macam alasan bila nak jatuhkan Khalid, akhirnya projek yg dicadangkan oleh Khalid diterima jugak. Sebab utama nak jatuhkan Khalid kerana tak dapat projek
DeleteUMNO dan PAS tak blh pakai punya, tapi MB baru dr PKR baru aje memerintah dah banyak purat alam.
Deletehabis tu, kau dan ahli PKR nak harapkan Cina-Cina dari DAPigs? itu tanda-tandanya kau "terlebih" positif saolah-olah kepala kau dah dimasuki air,
DeletePKR ni tak ada kerja lain ke? Asyik bergigit sesama sendiri. Bila punah salahkan pihak lain. Apa punya parti mcm ni. Dah nak pupus agaknya.
DeleteBagus ler..sekurang-kurangnya omakkau tak keseorangan untuk menjahanamkan PKR...Alhamdullilah
DeleteKenapa agaknya bila kita kritik Azmin, ada pihak yang sangat marah dan melenting kepanasan??
DeleteMegat ni totok azmin..apesal serang azmin pula? Tak dapat projek ka?
ReplyDeleteoooo, kalau gitu PKR sebiji macam UMNO kalau tak dapat projek mulalah melawan arus
DeleteApa yg MB Baru ko buat tu sesuai dilakukan oleh seorang ketua kampong aje. Kerja MB tak cukup hanya 20% di opis. Tugas MB ialah KETUA PENTADBIR NEGERI dan bukan KETUA BUROH KASAR. Elok kalau dia serah jawatan tu kpd org yg tahu MENTADBIR.
DeleteAku harap biar dia kekal dengan fikiran nagitifnya .dia tidak sedar perlahan2 dia akn tambah kecewa dengan cara kerja dan aktiviti Azmin,lama lama dia akan sakit jiwa,akhirnya dia akan jadi manusia hilang arah tuju.tumpuan dia hanya kononya Khalid itu betul ,begitu juga denagn Omak kau.Tunggulah kalau tak percaya,
ReplyDeleteBila rakyat dah kecewa dgn MB baru yg tak tahu menjadi KETUA PENTADBIRAN, rakyat akan sakit jiwa dan dlm PRU14 mereka akan pilih BN semula utk memerintah Selangor. Org PR akan salahkan Azmin sbb tidak dpt bertindak sebaik Khalid Ibrahim.
DeleteAzming ni gila glamer
DeleteKhalid bukannya syaitan dan Azmin pun bukannya malaikat. Kedua-duanya manusia macam kita juga... ada kelebihan dan ada kekurangan masing2.
ReplyDeleteKita berilah peluang kpd Azmin utk buktikan yg dia ialah MB Selangor yg lebih baik dari Khalid. Kalau gagal, kita tak perlu risau sebab PKR bila2 masa boleh buat satu lagi Kajang Move... hehehe
aku setuju dgn kau, kalau Anwar masuk penjara Azmin akan selamat, tapi sebaliknya, akan ada satu lagi "move"
DeleteAzmin klu setakat jadi ketua kampung atau ketua JKKK bole la. Lebih drp tu, jangan harap sangat la. Dia X ada ciri kepimpinan utk memacu ekonomi Selangor. Klu kerja mandor bole serah kat dia.
Deleteteam Azmin kalah teruk di Hulu Selangor...ibarat nyawa nyawa ikan. .team khalid pula menang bergaya.tetapi ada seorang MP tinggal di Bukit Sentosa..MP ini kawan baik Azmin bulan puasa lepas dia antara orang yang tak sabar sabar untuk menendang TSKI.Tengahari tadi aku Nampak sepanjang jalan dari Bukit sentosa menuju ke Highway Sg Buaya dipenuhi dengan sampah yang bertaburan lebih kurang 2 kilometer.
ReplyDeleteOrang Bukit Sentosa tak ada civik ke..buang sampah merata-rata sampai 2 kilometer..jangan salah kan orang lain..
DeleteBUKAN KE AZMIN SULTAN SELANGOR YANG LANTIK.MAMAT NI BERANI DERHAKA KAT SULTAN KE?
ReplyDeleteSultan nak yg terbaik tapi azmin nampak mcm tak berkemampuan dr segi membangun ekonomi. Klu kerja kebajikan mungkin boleh
Deletesultan yang lantik tapi dia hantar nama sendiri. melanggar arahan parti .Sama macam Khalid melanggar arahan parti.Tapi seorang kena pecat seorang tak kena pecat.makin hampeh PKR ni..Ingat MB baru lebih baik tapi Nampak lebih gila glamour macam adiknya..tunggu PRU 14 kami ada hadiah yang lebih baik untuk PKR.
ReplyDeleteEntah let...ingatkan buang intan dapat permata. Rupanya cuma kaca
DeleteRakyat Selangor kena bersyukur dapat seorang MB yang sanggup buat KERJA KERJA KOTOR.pandai menjahit memasak keluarga pun baik baik lelaki perempuan berhijab....uhuk uhuk
ReplyDeleteklu dhayati hsil mklumt yg dtulis olh Megat ni bolhlh dklasfikasikn ats rasa dendm dkesumat dn bgaikn sprti gila talak dantara bliau dgn mb. krna ap yg sdg dusahkn olh mb dpelekehkn tnpa mgkji niat sbnr mb. spatutnya megat mberi pluang dn msa yg mncukupi utk dnilai hsil krja mb. adakh wajr sbgai mb bolh mntdbir sbuah negeri bg mgatasi sgala msalh dn kerenh msyarkt secara instant. mna2 mb pn dlm ngara ini x brjya bolh melaksnkn kejayaan negri trsebut dlm masa singkt . olh itu saudra megat usahlh nk melpskn dendm kesumt itu pd mb dgn mnulis scara murahn yg bolh dnilai olh msyrkt. sptutnya klulh hti megat..mnaruh kbencian sgt pd mb jgnlh. dpaprkn dlm ruangn omakkau.
DeleteSelain pandai buat kerja2 mengecat dan menyembur, MB baru kita ni juga raja glamer. Cam artis jugak
DeleteKo org ckp lah cerita lah hentam lah kritik lah komen lah Parti PKR dan Pemimpin nya, nama aku nk beri und kati parti umnok sampai mampus pun aku xkan beri pd parti yg byk mnjahanamkan harta org2 melayu di negeri bertuah negeri selangor ku ini...
ReplyDeleteWalaupun Azmin lebih teruk drp TSKI namun dia lebih baik drp pmpn ameno. Jadi biarlah dia jadi mb
DeleteTSKI adalah Bebas..mengapa ahli-ahli PKR yang meroyan keluar parti dan sokong TSKI dan lawan PKR habis-habisan termasuk omakkau.Kalau masih ahli tak der teloq ler..
ReplyDeleteMegat..megat..TKSI memang hebat sekali..tu sebab dia bagi VSS sampai 2.5juta kepada krooni dia..tapi malangnya dia bukan MB lagi..fullstop.
ReplyDeleteOrang bodoh jer suka parti penjubo....harah jadah punya parti....jubo dan pemimpin prnjubo tak bolrh dipisahkan...,.penjubo bergaduh sesama penjubo ahaksss....kah kahkah
ReplyDeleteMegat..megat,,jangan menyeru pada MB..patut bagi dia amaran keras sekeras kerasnya bahawa awak akan membubarkan cabang hulu Selangor jika seruan awak tu dia tak dengar..baru anak jantan..rasa-rasanya omakkau tentu akan bagi sokongan 200%.
ReplyDeleteMeroyan x dpt VSS tu. Klau Azmin ofer VSS,kat Megat, Omak'Khalid'Kau dan yg lain2 tu, dorang akan senyap. Gila ko, seribu sebln mana cukup..tu time Khalid jadi MB> Ni dah x jadi MB sendiri pikir la. Apa pun, aku bkn penyokong Azmin dri mula lgi tapi aku berharap Azmin boleh buktikan dia layak duduk di kerusi MB tu. Baru 2 bulan pun, takan dlm tempoh 2 bulan korang nak dia settle seme masaalah. Khalid ada kelebihan ada kekurangan begitu juga Azmin. Tapi kalau UMNO...lgi byk kelebihan dia..muahahaha..dgn maid2 sekali angkut pegi lawatan sambil belajo...muahaha
ReplyDeleteSatu lagi spesies omakkau. Biar le mb buat keja dia tak pyh nak condemn lebih2.
ReplyDeleteHancur lh selangor kalau mcm ni .....
ReplyDeleteHancur lh selangor kalau mcm ni .....
ReplyDeleteSatu lagi spesies omakkau. Biar le mb buat keja dia tak pyh nak condemn lebih2.
ReplyDeleteKerja ape dia buat?, 80% bersantai santai ada lh .....kihkihkih
DeletePadan muka Azmin ammbik kau....kalau kau baik sangat takde la orang berdendam dengan kau.apasal pulak korang marah bila AZmin kena belasah.kalau taknak orang buat jahat dengan kita kita jangan sekali kali buat jahat dengan orang..ade faham....nak jadi mb dengan cara kotor tunggulah giliran kau pulak akan tersungkur...
ReplyDeleteMengabihkan duit rakyat selangor je le membayar gaji dn elaun dia ... x nampak kewibawaan seorang mb pun azmin ni ... jokowi pun x masuk longkang ...hi hi hi
ReplyDeletejangan perlekeh kemampuan Azmin.Dia mampu perabih duit 3b
ReplyDeleteParti apa skali pun asal jgn umnonok x kira ler apa diaorg nk kata pd Parti PKR sokong ttp sokong...lwn ttp lwn....
ReplyDeletejubo tetap jubo..parti jubo lwn parti jubo..jubo menjubo sampai keluaq taik..
Deletebye bye PKR. pru 14 nanti aku sungguh berharap parti tak de kualiti ni bungkus selama lamanya
ReplyDeleteuruskan noh omar tu dulu nk ambil sgor semula....sayonara umnonok
ReplyDeleteuruskan aljubori tu dulu nk jadi pm....sayonara aljubo.
DeleteSultan yg lantik Azmin jd mb bkn Pkr.Klu Pkr ngan Dap nk Wan Azizah sorang je.Klu korang mrh.mrhlah kat sultan ada berani?
ReplyDeleteTau kau orang rasa pedih bila PKR dan MB kau orang dikritik atau diterjah. Tau kau orang rasa panas membara.
ReplyDeleteBegitu lah orang Pas bila kau orang mencaci presidennya dengan bermacam macam gelaran. Jangan imgat kau orang aje yang ada perasaan. Dan paling parah ,kau orang berpakat pula dengan cina dan DAP menghina TGHH.
Kini giliran kamu menerima apa yang kamu mulakan.
Klu ada anugerah pelakon terbaik azmin ali mmg calon no1,tak yah la berlakon klu btl nk wat keje x pggl cameraman projek khalid semua jln kutuk bkn main suda2 la azmin
ReplyDeletesat lagi bergaduh sesama sendiri yang salah confirm diuduh UMNO. tak ada manusia yg menyerupai binatang melainkan yg ada dalam pkr.
ReplyDeleteUmno parti pelahap harta rakyat.manusia akal binatang pndai tipu umat melayu dgn slogan hidup mlayu smbil kira2 harta.
DeletePegi mampus la kau khairul.. manusia perosak...
DeleteKikikikikiki.....terbaik atau terbalik.....kikikiki
ReplyDelete