Tuesday, 25 November 2014
TUDUHAN SELANGOR MENGALAMI BELANJAWAN DEFISIT SEJAK 2008 ... TAN SRI KHALID IBRAHIM BIDAS PENGGANTINYA AZMIN ALI SEBAGAI KAKI PUTAR BELIT FAKTA.
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan bajet Selangor yang dibentangkannya sejak 6 tahun lalu, mengatakan ia disokong Laporan Ketua Audit Negara.
Khalid berkata, menurut Laporan Ketua Audit Negara, walaupun kerajaan negeri Selangor memohon perbekalan tambahan rizab setiap tahun, rizab negeri tidak pernah berkurang malah semakin bertambah.
"Adalah terpesong sama sekali dakwaan Selangor mengalami belanjawan defisit sejak 2008.
"Harus diingatkan juga kemewahan yang dinikmati Selangor pada Belanjawan 2015 adalah hasil pendekatan berhemah yang diambil pentadbiran terdahulu tetapi amat tidak bertanggungjawab bagi pentadbiran hari ini mencari justifikasi belanjawan defisit dengan memutar belit fakta yang boleh disanggah dengan senang oleh bukti dalam laporan kewangan dan audit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Penggantinya, Mohamed Azmin Ali semalam pertama kali membentangkan bajet defisit RM450 juta sejak pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), tetapi menyalahkan Khalid juga membuat perkara sama apabila sering meminta bajet tambahan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Laporan Audit Negara Bukti Belanjawan Selangor Sentiasa Berimbang, Tidak Pernah Defisit
Saya merujuk kepada laporan media massa berkenaan Belanjawan Negeri Selangor 2015 yang merupakan belanjawan defisit pertama setelah Selangor berjaya membentangkan belanjawan berimbang selama enam tahun di antara 2008-2013.
Saya tidak mahu mengulas tentang keputusan pentadbiran Kerajaan Negeri hari ini untuk membentangkan belanjawan defisit tetapi merasakan perlu untuk tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan yang kononnya belanjawan berimbang terdahulu dicemari oleh permohonan perbekalan tambahan, dan akhirnya mengakibatkan perbelanjaan defisit.
Ingin saya tegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan ada unsur berniat jahat, seolah-olah ingin memberi tanggapan negatif mengenai pengurusan fiskal dan kewangan semasa saya diberi tanggunjawab sebagai Dato' Menteri Besar Selangor. Malah, amat jelas pada pandangan saya ada pihak yang tidak faham atau kurang arif tentang amalan pengurusan kewangan yang baik, cekap dan berkesan.
Ingin saya tegaskan walaupun pentadbiran terdahulu memohon perbekalan tambahan setiap tahun sejak 2008, namun kerajaan Selangor sebenarnya mempunyai lebihan (surplus) berikutan hasil kerajaan negeri melebihi perbelanjaan. Hakikat yang boleh disemak dan dipastikan oleh orang ramai ini sememangnya telah disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara, walaupun kerajaan negeri memohon perbekalan tambahan setiap tahun, rizab negeri tidak pernah berkurang malah semakin bertambah saban tahun. Sila rujuk kepada Penyata Kewangan Negeri yang mengesahkan Kumpulan Wang Disatukan bertambah sejak tahun 2008.
Rizab negeri di atas menunjukkan trend meningkat walaupun perbelanjaan kerajaan negeri turut meningkat setiap tahun. Ini menunjukkan bahawa jumlah rizab yang tinggi tidak pernah dijadikan justifikasi untuk kerajaan negeri berbelanja lebih di luar keperluan atau kemampuan atau memohon belanja tambahan. Ini juga membuktikan pengurusan hasil dan pendapatan yang cekap oleh kerajaan negeri.
Malah, jika disemak semula semua data belanjawan 2009-2014, adalah jelas bahawa perbekalan tambahan hanya dipohon setelah kerajaan ketika itu berjaya meningkatkan pendapatan yang dijana melalui pertumbuhan ekonomi mampan dan perbelanjaan berhemah.
Adalah terpesong sama sekali dakwaan bahawa Selangor mengalami belanjawan defisit sejak 2008. Harus diingatkan juga kemewahan yg dinikmati Selangor pada belanjawan 2015 adalah hasil pendekatan berhemah yang diambil pentadbiran terdahulu tetapi amatlah tidak bertanggungjawab bagi pentadbiran hari ini untuk mencari justifikasi belanjawan defisit dengan memutar belit fakta yang boleh disanggah dengan senang oleh bukti-bukti dalam laporan kewangan dan audit.
TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
25 NOVEMBER 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Apa la korang ni.. itu pun nak bertengkar. Defisit ke tak defisit ke.. rakyat tak peduli. Apa yang rakyat mahu negeri mesti aman makmur dan kerajaan tolong rakyat buka peluang pendapatan.
ReplyDeleteOmmak kau pun bengap, tolong la jangan jaja berita sempit dan bahlol seperti ini. Majulah la kehadapan. Bina masa depan.
Ko terasa bahang panas ke...
Delete2.[44]
ReplyDeletePatutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
ALQURAN
Tak habis habis SETAN made in Singapore ni cari pasal.celaka betul!
ReplyDeleteAzmin hang biaq betui2 skit, pasai ekonomi hang bukan tau apa pun, jgn duk main blasah ja ikut sedap mulut.....tp bab terejah sana sini hang memang number one ...
ReplyDeleteTahun 2014 mungkin tak defisit sbb TSKI dah masukkan 3.3 bilion dalam kantung selangor. Tahun 2015 - 2018 mungkin defisit sbb belanja besor! Besor periok besorlah keraknya! Komer makan la kerak turr
ReplyDeleteAkhir tahun 2015 ni mb baru ada bagi bonus kat kakitangan kjaan selangor tak??
ReplyDeleteDulu TSKI ada bagi 1 bulan gaji.....