Thursday, 27 November 2014
LAYAK KAH AZMIN ALI MENUDUH NAJIB RAZAK SEBAGAI PM YANG MUNGKIRI JANJI??????
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.
Sehubungan itu, Azmin berkata, janji yang pernah dibuat oleh Najib sebelum ini hanyalah untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.
"Dia tidak menunaikan janji yang dia (Najib) nyatakan sendiri sebelum ini untuk memansuhkan Akta Hasutan.
"Kalau ikut rekod, ada beberapa kali dia telah berjanji (untuk mansuh) menjelang pilihan raya.
"Sekarang kita, rakyat akan melihat watak sebenar perdana menteri yang buat janji hanya untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya dan tidak ada kesungguhan untuk melakukan transformasi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam.
'Pertahan Islam bukan dengan akta zalim'
Selain itu, ditanya berhubung pengukuhan akta yang dikatakan bertujuan melindungi kesucian Islam, Azmin berkata mempertahankan agama tidak boleh dibuat melalui akta yang “zalim”.
"Yang mempertahankan Islam bukan dengan satu peruntukan yang zalim, yang tak ada kebebasan dan moral.
“Islam itu agama yang suci dan murni yang menjamin kebebasan hak individu sebagai insan. Bukan guna akta zalim untuk kekang kebebasan rakyat," kata ADUN Bukit Antarabangsa.
ULASAN OMAK KAU:-
Omak tidak tahu nak lakukan apa .. sama ada nak ketawa atau menangis akan terjahan Azmin Ali kepada Najib kerana mungkiri janji mau mansuhkan terus Akta Hasutan 1948 pada 11hb Julai 2012 yang lalu.
Tidak boleh dinafikan sama sekali yang Najib Razak pada 11hb Julai 2012 pernah berjanji akan mansuhkan Akta Hasutan 1948 dan juga Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Bukan nak pertahankan akan tindakan Najib ini tetapi sekurang-kurangnya dia membuat keputusan setelah mendengar suara akar umbi parti UMNO dari seluruh penjuru termasuk Ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO.
Dia pernah jua berjanji akan sentiasa akur akan kemahuan dan denyutan nadi akar umbi UMNO .. dengan itu ada sedikit justifikasinya tentang mungkir janjinya mau mansuhkan Akta Hasutan 1948.
Tetapi Azmin sebelum membuka mulut dan memberikan kenyataan perlu juga terlebih dahulu mencerminkan dirinya mengenai janji beliau sebelum dan sesudah memegang jawatan sebagai Dato' Menteri Besar Selangor ... pertama isu perjanjian air Selangor-Putrajaya pembinaan Langat II dan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX).
Kedua-dua projek gergasi ini bukan main lagi membuat bantahan semasa menjadi ADUN biasa Bukit Antarabangsa .. maukan projek -projek ini dihentikan serta dikaji semula dengan alasan rakyat membantak keras akan niat Dato' Menteri Selangor terdahulu YB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.
Paling utamanya kedua-dua projek tersebut mendapat bantahan keras dan tegas dari hampir semua wakil-wakil rakyat KeADILan/DAP/PR termasuk pucuk pimpinan tertinggi parti.
Isu ini juga dijaja sebagai antara alasan utama mengapa perlu TSKI dipecat dari jawatan MB Selangor tanpa mengambil kira waktu dan suasana termasuklah dibulan Ramadhan.
Apabila dah pegang dan dapat jawatan MB Selangor, tidak sampai 2 minggu terus flip flop buat pusing U 360 darjah berdolak dalik mengatakan kedua-dua projek tersebut bukan sahaja perlu diteruskan tetapi diteruskan dalam kadar segera.
Nah!!! .. Sekarang siapa yang lebih perlu melihat wajah sebenar???? ... Siapa???? ... Bukankah ini dinamakan Kata Dulang Paku Serpih .. Kata Kat Orang Tetapi Tidak Sedar Diri Sendiri Lagi Lebih!!!
Berjanji sekadar mau raih sokongan demi merebut jawatan MB Selangor???? .. Lagi mau nafikan???
Omak Kau masih kuat berpegang bahawasanya jika Kak Wan atau DSAI yang ambil alih menjadi Dato' MB Selangor hari itu, kesemua kejadian flip flop tunggang langgang buat pusingan U 360 darjah yang mencemarkan maruah parti ini tidak akan berlaku.
Begitu juga mengenai akta zalim ni ... cabut hak TSKI sebagai seorang ADUN yang dipilih oleh rakyat dengan menidakkan peruntukkan dana kepadanya dengan menyalurkan dana berkenaan kepada Penyelaras DUN itu tidak dianggap zalim sedangkan kesemua ADUN UMNO/BN diberikan RM200,000 setiap seorang walaupun mereka menolak. Ini tidak zalim dan kejamkah??? Pertahankan jawatan MB bukan dengan cara zalim .. itu yang selayak dan sepatutnya diungkapkan.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Org politik sekular ni semua cakapnye kn boleh pakai ...dengar boleh lh ...bila x betul senyum je le ...kihkihkih
ReplyDeleteOrang politik memang camtu.
DeleteContoh.
Dulu nuar janji tak nak libat politik jika pakatan kalah. La ni bagi macam macam alasan.
Dulu pas kata undi bukan islam hukumnnya haram. Berdosa. La ni tak pa. Sebab mereka cipta alasa. Sendiri.
Dap pulak heboh nak demokrasi. Tapi parti lintang pukang. Tendang keluar ahli yang menentang.
Inilah politik. Kena pandai manupulasi dan cipta isu yang sensitif.
Yang bodoh tetap pengundi dan ahli bawahan parti.
Gua setuju bro tp kebanyakan pengundi dn ahli bawahan parti bukan semuanye bodoh tp kene tipu tegak2 ... tu lh gua susah mau percaya cakap org2 politik ni, pembohong besar ...
Deleterasa pr janji x ditepati.. apa boleh buat manifesto bukan janji
ReplyDeleteKe mane tumpahnye kuah, kalau tidak ke nasi...2x5, 5x2 =10 gak .... hahaha
ReplyDelete2.[58]
ReplyDeleteDan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri);
AL QURAN
PKR = UMNO = Bapak (Induk) borek anak (Serpihan) rintik ! Dua2 masuk angin keluar asap !
ReplyDeletenuar aljubo janji dia nak jadi pm 16 sept tpi habuk pun tarak.hee
ReplyDeleteAku tengok omakkau dah tak relevent lagi utk membantu perjuangan PR... Bye bye omakkau! ... This will be my last visit. .
ReplyDeleteGet lost and don't ever come back but who knows ....
Deletedei macai , omak kau bukan fanatik mana2 parti sembarangan. prinsip perjuangan dia ada tertulis di atas dan itu sepatutnya ada pada setiap insan yg waras.
ReplyDeleteIni macai mana ada baca punya worang, worang sokong dia sokong tp ta tau apa dia kasi sokong..ayoyo kadiwalae ...
DeleteDei macai khalid.. Jgn jadi lembu faekah
Deletehahaha......!
ReplyDeleteinilah masalah melayu takut perubahan apa tah lagi islam dipergunakan utk melindungi diri walaupun tahu kelemahan diri adalah kehancuran pada masa depan lansung tak pernah nak berubah pertingkatkan minda utk masa depan yg lebih baik.
semoga melayu selamat sampai ke akhirnya.
Omak kau politik ko ikut Tuan.., serupa cibai geng..
ReplyDeleteJanda omakkau fanatik $$$ muke tak tau malu..
ReplyDelete