KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 17 November 2014

ISU 8 PEMBANTU TSKI DIBERI PAMPASAN RM2.6 JUTA SEBELUM BERHENTI .. FAEKAH DAPAT RM592,800 DAN ARFA'EZA RMRM413,000 .... UNTUNG LAAAA!!!!



Kerajaan negeri Selangor membayar RM2.6 juta pampasan atau “golden handshake” kepada pembantu bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum beliau meletakkan jawatan dua bulan lepas, keputusan yang dibuat pada hari-hari akhir perkhidmatannya.

Dalam dokumen yang dilihat, RM2.27 juta dibayar sebagai pampasan, berserta RM376,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan dikatakan dibayar kepada 8 pembantu Khalid.

Difahamkan bayaran tersebut diluluskan Khalid yang juga merupakan ahli lembaga MBI, serta 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS pada 22 September, salah satu tindakan akhirnya sebagai menteri besar.

Dokumen tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). Beliau didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz didakwa dibayar RM358,000 pampasan dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan sementara setiausaha politiknya Mustapa Mohd Talib didakwa dibayar RM265,000.

Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Faekah dan Arfa'eza tidak menjawab sebarang panggilan atau mesej sistem pesanan ringkas, sementara Khalid menafikan sebarang salah laku, mengatakan beliau mengikut prosedur yang betul.

Akhbar harian berbahasa Inggeris The Star melaporkan Khalid sebagai berkata, bayaran tersebut dibuat mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan kepada pembantu apabila beliau meletakkan jawatan.

Dalam menjawab persoalan mengenai rasional pembayaran tersebut, Khalid berkata, bayaran VSS tersebut hanya kurang 2% daripada rizab MBI yang berjumlah RM112 juta.

Beliau berkata, bayaran tersebut diluluskan ahli lembaga pengarah MBI, termasuk setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri, serta exco kerajaan negeri.

Pengganti Khalid, Mohamed Azmin Ali mengakui semalam terdapat elemen salah laku dalam isu itu dan mengatakan MBI akan membincangkan perkara tersebut minggu ini untuk langkah seterusnya yang akan diambil.

Satu sumber memberitahu, penyiasatan awal Jabatan Audit Kerajaan Negeri Selangor mendapati prosedur yang betul tidak diikuti dan bayaran tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

Jabatan tersebut masih lagi melihat aspek lain seperti terma pampasan dan sekiranya ahli lembaga pengarah MBI sedar bayaran yang begitu besar dilakukan.

"Mereka bukannya dipecat, mereka meletakkan jawatan, jadi siapa yang meluluskan jumlah yang begitu besar? Atas dasar apa mereka diberikan pampasan begitu besar dan apakah ianya mengikut prosedur? “Ini antara perkara yang kami sedang lihat dan laporan penuh tentang ini akan dikeluarkan segera," kata sumber tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar menulis di Twitter tentang perkara ini dan menyatakan kebimbangan beliau atas "jumlah yang besar" tersebut dan sama ada prosedur betul diikuti.

"Ini bukan soal betul atau salah, ini soal moral. Ini melibatkan wang rakyat dan persoalan timbul di minda rakyat pada masa itu," katanya dan menambah, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri sepatutnya menyiasat perkara tersebut.

Beliau berkata, tiada sebab bagi pembantu Khalid untuk meletakkan jawatan, kerana mereka boleh saja meneruskan tanggungjawab sehingga menteri besar yang baharu membuat keputusan.

PKR memecat Khalid pada Ogos apabila gagal menghadirkan diri ke pendengaran jawatankuasa disiplin tentang perjanjian penstrukturan semula air di Selangor, penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam dan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Semua ini berlaku semasa kemelut jawatan menteri besar Selangor bermula awal tahun ini, apabila kepimpinan PKR mahukan beliau meletakkan jawatan untuk memberlaluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kemelut itu berakhir apabila timbalan presiden PKR, Azmin dilantik sebagai menteri besar yang baharu pada September lalu.



RAKYAT MAU TAU KESAHIHAN KISAH INI DEMI KEBENARAN DAN KEADILAN.

21 comments:

  1. Tak ikut prosedur? Jangan buat lawak la. Khalid bukan budak mentah mcm x'vier. Dia bekas CEO. Semua perkara ttg VSS ada dlm tgn dia.
    VSS bukan utk org yg dipecat tapi utk yg berhenti sukarela. Mereka suma berhenti sukarela dan layak utk byrn VSS.
    Ttg pemberian terlalu byk.....ikut peraturan. Klu jumlahya krg 2% drp jumlah kewangan sykt dan ada dlm peraturan sykt, maka tak sapa boleh persoalkan.
    Ttg keputusan dibuat tergesa2, ini tiada dlm terma peraturan. Tak ada sykt yg sebut VSS mesti dibuat selepas sebulan dll. Biasanya lagi cepat lagi baik.
    Ttg pemberian dibuat tidak sah... Kenapa tak sah? Semua ikut prosedur dan telah disokong lembaga pengarah syarikat.
    Ttg kenapa tak tunggu MB Baru... Apa perlu tunggu MB Baru? VSS dibuat semasa Khalid masih MB. Bayaran dibuat semasa Khalid MB. VSS berlaku bukan mass Azmin. Azmin x kena mengena apa2 pun.
    Tentang moral.....yg ni no komen. Ini kena tanya kat anwar.
    Tak puas hati pergilah report ke SPRM. Misti SPRM gelak pecah perut tengok report korang.
    Kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dan saya setuju.
      Klu kerja di sykt multinasional, CEO yg VSS akan dpt juta2. Setakat RM500K, pegawai cabuk biasa pun boleh dapat lebih dr itu. Huhuhu

      Delete
    2. Kalau syarikat mak bapa sendiri boleh ler buat ikut suka..ini duit rakyat Selangor ke atau duit sendiri?

      Delete
    3. Kenapa tak tunggu MB baru buat keputusan..ni mesti ada Noh disebalik udang..

      Delete
    4. Kalau citer pasal duit ni..semua prosedur boleh by pass maa..Duit + B@#$t..Ulamak pun gelap mata..

      Delete
    5. Mana org2 yg dpt duit rakyat tu..sonyap jo....takut kah atau cpt sorok duit tu bawah bantal...hiiii...senangnya buat duit...kije kilang ni...mcm nak mampuih nak dpt gaji ribu2....

      Delete
  2. Itu baru sedikit sahaja dari salah laku Khalid Brahim. Sebenarnya banyak lagi salah laku dan pecah amanah yg dilakukan oleh Khalid Brahim semasa menyandang jawatan MB Selangor tetapi kebanyakannya telah disapu dibawah tikar sahaja oleh sebab menjaga nama baik PKR dan PR itu sendiri. Inilah akibatnya menyembunyikan sesuatu korupsi terhadap rakyat dan akhirnya korupsi itu juga yang akan muncul dan menunjukkan muka siapa sebenarnya yang melindungi beliau. Apa macam Omakkau? Idola kamu Khalid Brahim ini ada setara Ust Fadzil Noor atau Tn Guru Nik Aziz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omakkau mana bleh caya yg Idola dia buat silap.. Berdosa besar bg dia kalo percaya.. Hahahaha.. Yg bodoh yg buat silap bg dia itu la Azmin Ali

      Delete
  3. Pendedehan ni timbul krna presaan dengki dan hti busuk keling xaviar jayalumar..bukan lerna nal mjaga moral..keling tu tak dpt sbb tu dia mengamok..kapir biasa lah,salah org dia napak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dedah saja kata dengki..macam tu biar lah dia orang nak buat apa yang dia orang suka..yang sibuk dedah pasal 1MBD tu apa hal..bukan dengki juga ke?Kes Lembu NFC tu dengki juga ke?

      Delete
  4. Cukup lah tu. Kalau pegawai2 tu kerja kat MNC pampasan yg lebih besar akan mrk terima. Sekiranya pampasan yg dibayar tidak melanggar contract of employment dan mematuhi undang2 yg bersangkutan, kita hentikan lah polemik yg membuang masa ni.

    ReplyDelete
  5. MBI ditubuhkan untuk mengenyangkan krooni MB shj,,,, wajar dibubarkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang buat keputusan 3 oang saja..duit beratus juta..patut ler tak nak letak jawatan..

      Delete
  6. Omakkau dapat 500 ribu penat.. Syukur. Wikkikiki

    ReplyDelete
  7. Kan dah kata...Pencuri2 sentiasa berkeliaran....itu dah memang budaya kita...heh heh

    ReplyDelete
  8. Omakkau x kan x dapat tempias sikit2 kot....siang malam bersengkang mata memuja TSKI...kurang2 pon 300K....hehehehe... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. .....300k rupiah..kihkihkih

      Delete
  9. Bayaran pampasan VSS juga mengikut tempuh lama bekerja. Di syarikat, yg dapat sampai berjuta tu sebab lama bekerja, mungkin lebih 25 tahun bagi eksekutif. Mereka ni berapa lama kerja agaknya.

    ReplyDelete
  10. omakkau dapat berapa pulak? hahah...

    ReplyDelete
  11. Sape sebut keling tadi????...nnti keling tu marah...sape yg keling????...

    ReplyDelete
  12. Omak kau org khalid.
    .sumber dlman pkr

    ReplyDelete