Thursday 27 November 2014

FUYOOO!!!! ... RANG UNDANG-UNDANG AHLI PARLIMEN (SARAAN) (PINDAAN) 2014 DI TARIK BALIK SEBAB AHLI-AHLI PARLIMEN DARI BN DAN PR TIDAK SETUJU ELAUN DINAIKKAN DARIPADA RM6,580.59 SEN KEPADA RM11,000 SEBULAN ... MEREKA CAKAP TIDAK CUKUP DAN MAU LEBIH TINGGI LAGI KENAIKKANNYA ... ADA BETUL KA???????



Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014, yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini, ditarik balik selepas ahli Parlimen daripada kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang mahu kenaikan lebih tinggi elaun bulanan mereka daripada apa yang dicadangkan.

Rang undang-undang dibentangkan bagi bacaan pertama semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim untuk meningkatkan elaun bulanan ahli Parlimen daripada RM6,580.59 kepada kepada RM11,000.

Apabila rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua hari ini, ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak meminta rang undang-undang itu ditarik balik kerana mereka mahu elaun lebih tinggi daripada yang dicadangkan dalam rang undang-undang.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian mengarahkan rehat 15 minit untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya kerana beliau berkata ia akan menyebabkan rang undang-undang kerajaan ditolak, sambil menambah ia akan turut memberi kesan lain.

Apabila persidangan disambung semula, Shahidan berkata beliau menarik balik rang undang-undang itu, yang akan dibentangkan di Parlimen seterusnya pada Mac tahun depan.

Dalam rang undang-undang itu, gaji speaker Dewan Rakyat akan dinaikkan kepada RM20,000 daripada RM14,907.20 manakala gaji timbalan speaker akan dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM10,847.65.

Kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2015 jika rang undang-undang itu diluluskan.

Rang undang-undang itu juga melibatkan perbelanjaan tambahan yang dianggarkan sebanyak RM14.75 juta setahun.

Ia juga mencadangkan elaun bulanan bagi ahli-ahli senat dinaikkan kepada RM7,000 daripada RM4,112.79.

18 comments:

  1. Mana cukup 11 ribu aje....
    Nak bayar GST, petrol naik, makanan naik, semua naik.
    Giler ker hapa nak bagi 11 ribu aje...

    ReplyDelete
  2. mana la hutang negara tak naik mencanak2

    ReplyDelete
  3. berhenti aje la
    balik kampung jual pisang goreng
    sebulan bole dapat 40 ribu
    kahakkkptuiii

    ReplyDelete
  4. Hanisa...gambar hang tu boleh tak kalau hang ubah sikit? Kawan tak sanggup nak menatap mata bulat hang tu. Buat kawan mandi tak basah, tidor tak lena, makan tak kenyang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajis kata pada P Ramlee:
      Ulat bulu dah naik daaaaauunnnnn!

      Delete
    2. Mata omak tajam mcm pisau sebab penanya setajam pedang..bisaaaa...

      Delete
  5. Mereka ni hidup bukan guna duit gaji pun....dlm sebulan berapa Kali je keluar duit poker beli sendiri apa yg dimakan selebihnya function sana jamuan sini ...lawat sana lawat sini siapa yg sediakan makan n minum ada guna duit gaji tu.....

    ReplyDelete
  6. Umno anak haram...turun demo hapuskn umno

    ReplyDelete
  7. Omak....sesetengah MP sekarang ni (tak kira parti mana) memang kepala bana sungguh!.....ada sebilangan MP yang banyak monteng pon ada hati nak kasi naik gaji??? aku HARAMKAN setiap SEN dan RINGGIT yang diterima oleh MP kaki pnteng tanpa sebab...yang mana aku dan korang semya bayar cukai pendapatan tiap2 tahun nak bagi kat MP-MP kepala bana yang selalu memonteng tanpa sebab kecuali sakit tenat dan mampos! Serious shit...dah naik menyampah aku dengan politikus haprak yang kerap ponteng siding....serious shit macam kepala bana...Partisan politics sucks!!! p/s steady omak.....makin cute la....tahniah dan teruskan usaha membongkar pekung ahli politik yang haprak...seriously, aku sokong OMAK dalam hal menegur ahli parlimen/DUN yang tak sedar dek untung..tak sedar diri satu hari nant semuanya akan diadili diakhirat setelah MAMPOS di dunia ini....sekian.

    ReplyDelete
  8. Pulut di masak berdaun palas,
    Ubi di parut buat beka,
    Wakil rakyat yang bersikap malas,
    Aku haramkan duit aku utk mereka.

    ReplyDelete
  9. orang ats naik bribu ribu. rakyat kt bwh gaji ciput. duit yang kamu naikkan adalah dari duit rakyat. KEADILAN apakah ini.

    ReplyDelete
  10. apakah ini dinamakan taik kucing

    ReplyDelete
  11. 2.[60]
    Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukulah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), folalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air;
    AL QURAN

    ReplyDelete
  12. Aku pilih mp untuk jaga aku, alih2 yg di jaga perut dia, jangan harap kali ni aku nak keluaq ngundi, bukan bincang pasal naik harga skru( getah), depa tak tau kalau petani, nelayan, perlombongan mogok , nak ambik duit mana nak bayar elaun depa.

    ReplyDelete
  13. Syabas 23:42.aku setuju sangat2 dgn komen ko.aku tak jealous pun berapa banyak MP MP buaya ni nk belasah duit rakyat.KO orang mampooos nanti banyak soalan kena jawab.masing2 pun dah capai umur senja...

    ReplyDelete
  14. Walau pun PRU 14 masih jauh tapi aku dah ambk keputusan untuk undi PAS.sebab UMNO Dan PKR sama busuk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi ..kalau kau undi PAS samalah maknanya kau undi PR..bongok..kau pun tau taraf PAS lebih hina dari kucing kurap..baru bantah pasal MB selangor ..sampai sekarang tak habis kena maki hamun ..

      Delete
  15. kalau aku mp aku nak 50k tak yah cari duit luar. gaji sikit mana cukup jadi kena cari duit luar, peluang pun banyak

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...