Sunday, 30 November 2014
BLOGGER UMNO ADALAH BANGANG KATA NAJIB???????
Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.
Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.
“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam perkembangan lain, Najib mengumumkan Indeks Syariah Malaysia yang digerakkan Universiti Islam Antarabangsa dan Jakim akan dibentangkan pada Februari selepas mendapat pandangan pakar Islam.
Katanya, apabila Indeks Syariah itu diperkenalkan kelak, ia boleh dipanjangkan ke negara Islam lain supaya tidak ada sesiapa yang boleh menyangkal negara di bawah Umno benar-benar menegakkan Islam.
“Bagaimana kita nak cari satu penilaian yang boleh menggambarkan hala tuju yang dibawa Umno dari dulu hingga sekarang berpandukan kepada tuntutan Islam sebenar?
“Maka lahirlah cadangan kita buat Indeks Syariah yang akan buat penilaian negara di bawah Umno ini menjaga agama, akal, keturunan, nyawa dan harta (iaitu) lima tuntutan maqasid syariah,” katanya.
ULASAN OMAK KAU:-
Apa yang Najib cakap ini kena akui ianya benar dan tepat ... dibiayai dan ditaja oleh parti tetapi cukup aktif menyerang parti.
Sasaran Najib sebenarnya ialah para blogger pro UMNO tetapi pro Mahathir yang sejak menjak ini amat kuat menyerang UMNO dengan matlamat mau Najib di tukar ganti dengan Muhyiddin Yassin .. Itu sudah pun menjadi rahsia terbuka.
Apa yang Omak lihat dan perhatikan ialah Najib adalah seorang pemimpin yang mendengar suara akar umbi walaupun ianya bercanggah dengan pandangannya sendiri .. amat menghargai pandangan mereka kerana percaya kekuatan sesebuah parti adalah akar umbi yang kuat ... tidak mudah mengambil tindakan keras kepada ahli parti yang mengkritik beliau melainkan jika ahli itu secara terang dan jelas menyokong parti lawan seperti menjadi calon, menjadi pencadang calon atau berkempen cergas untuk calon pihak yang menentang UMNO/BN setiap PRU maupun PRK. Mereka ini memang patut dipecat kerana jelas pengkhianat parti dan bukannya mengambil tindakan keatas ahli parti yang mempunyai pendapat dan pandangan yang sedikit berbeza.
Kalau memberikan kritikan keras dan pedas, Najib dilihat amat berjiwa besar, berlapang dada dan berdingin kepala .. kutip kritikan tersebut untuk dijadikan panduan mengemudi parti seperti mana kehendak suara majoriti akar umbi... Itu Omak Kau cukup hormat dan tabik melantun.
Omak tidak nampak pada PRU 14 akan datang UMNO/BN dipimpin oleh pemimpin lain selain Najib Razak untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat .. yang jelas beberapa muka lama akan diganti dengan muka baru bagi menyuntik wajah dan budaya kerja segar. .. UMNO lebih memerlukan Najib ketika UMNO sedang kuat digasak dan diasak pihak Pakatan Rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Nyaye betul. Ini kes angjing sudah gigit tangan tuannye yang bagi tulang sebulan sekali. Adeka patut. Sughuh salak kat oghang lain dia dok gigit tangan bos. Apa punya mangkak? Bos pun satu juga, dah lah ambik anjing kurap lepas tu bagi pulak tulang!! Bunuh je anjing tu dengan C4 lepas tu pi beli greyhound k atau rottweiler dan bagi makan best sikit macam makanan dalam tin jenis PAl dan yang jaga dia (handler) pun kena bagi gaji tinggi barulah betul. Ni yang jaga anjing kurap pun manguk hayun mana nak dapat perkhidmatan terbaik!! Selamat membeli anjing-anjing baru!!
ReplyDeleteDan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?”
ReplyDeleteAL QURAN 2.[67]
Ketidakcerdikan umporno ialah menghapuskan subsidi bahan bakar untuk rakyat tapi memberi insentif kepada taikun taikun ...perhimpunan umporno hanya setakat majlis pementasan teater badut badut pak pandir keh keh keh
ReplyDeletePolitik dn Islam nk dipisahkn mane nk jd najib, satu sudut Islam satu sudut lg maksiat, rasuah, fitnah buat jugak, cakap nk menyedapkn telinga boleh lh ....
ReplyDeleteBangang lh senang diperbangangkan, najib buat2 x tau lak ....kihkihkih
ReplyDeleteBro anjing Sekarang tak makan tulang tapi makan PEDIGREE.makan tulang tak kenyang tu sebab dia gigit tangan tuan dia balik.heee
ReplyDeleteOmak kau pun sama ....
DeleteAnjing bodoh dan tak pernah masuk sekolah (macam anjing tentera darat masuk sekolah di PULADA) mana boleh makan sedap. Dapat tulang tu dah kira okay tu. Bos, lulus SPM (itu pun cukup makan), kalau ada degree pun cakap orang putih pun macam orang mabuk takkan nak bagi gaji 4 atau 5 ribu. Lagi pun bukan layak duduk rumah teres ke banglo lagilah tak layak!! Duduk menumpang rumah emak bapak lah. Nasib Melayu haprak!!
DeleteBetul ker Najib kata Bloggers UMNO banggang???
ReplyDeleteKesiannyeee...
Hahaha.....blogers umno memang bangang pun kalau tak mana dia org mkn gaji umno sokong membabi buta asal poket tebal. Inilah blogers bodoh kerana wang rakyat di binasakan penyamun di anggap tuhan yg mampu kenyangkan mrk. Sini islam
ReplyDeleteSana pergunakan islam melayu pula di permainkan ke mana arah tuju sampai sdr tak tahu cara nak bangunkan negara.
Kenape sedap na lidah ko org menganjing anjingkn manusia ciptaan Allah, x kira lh macai mane sekali pun, ni main sedap mulut je menghina ciptaan Allah .....ko org ni dh gerenti masuk syurga ke, confident abis je ...
ReplyDeleteBlogger tahap kambing memang bangang macam papa gomo..
ReplyDeletehaha .... bangang juga akhirnya : ..... tulah, diperbangangkan, akhirnya insaf lalu tembak tuannya yang kata bangang...memang sah ........
ReplyDeleteBaru ko sedar selama ini ko upah blogger BANGANG?
ReplyDeleteKo lantik menteri-menteri bangang yg buat statement bangang tak perasan pulak?
ReplyDeletesekarang baru wa paham lu omakkau pemuja najib tak saperti dulu pemuja TSKI, kah kah kah dah dapat penaja baru le ni...bye bye bye wa tak mahu masuk lu punya blog lagi le TQ
ReplyDelete