Tuesday, 25 November 2014
BERANG DENGAN SIKAP AZMIN ALI YANG TIDAK IKHLAS DAN DIHINA MAKA KESEMUA ADUN UMNO/BN TOLAK PERUNTUKAN RM200,000.
Wakil Rakyat BN Selangor menolak peruntukan RM200,000 setahun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap ADUN pembangkang di negeri itu.
Selain rasa terhina dengan pemberian itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias berkata, kesemua 12 wakil rakyat BN menolaknya kerana jumlah yang diberi tidak sama dengan jumlah yang diperolehi ADUN Pakatan Rakyat.
"Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya keadilan. Sebenarnya, pada kita, kita rasa satu penghinaan. Kita adalah wakil rakyat.
"Apa beza dengan mereka yang juga wakil rakyat tetapi dapat dalam RM700,000. Kalau fikir dasar keadilan, kena bagi (jumlah) sama.
"Kalau nak bagi, bagi (jumlah) sama. Itu baru namanya adil," katanya pada sidang media di lobi Dewan Annex, Shah Alam hari ini.
Selain itu, ditanya adakah wakil rakyat BN akan kekal menolak wang peruntukkan tersebut, Shamsudin dengan tegas berkata: "kita menolak".
Ketika ditanya lagi sama ada mereka akan menerima sekiranya wang peruntukkan diberi sebanyak RM700,000, Shamsudin berkata, beliau tidak mahu membincangkan tentang perkara itu lagi.
"Perkara itu kita tak mahu bincangkan lagi," katanya ringkas.
Semalam, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.
Semasa membentangkan belanjawan 2015, Azmin berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.
Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun serta sejumlah RM100,000 setahun kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) sebulat suara menolak pemberian peruntukan RM200,000 setahun melalui Program Mesra Rakyat seperti yang diumumkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semalam.
Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsuddin Lias berkata, pemberian itu tidak ikhlas apabila Azmin semasa mengumumkannya semalam menyebut "kalau tak nak saya tarik balik" sambil memandang ke arah wakil rakyat BN.
"Rasionalnya pemberian tersebut kita lihat bukan dibuat dengan niat ikhlas sebab kita lihat apabila Datuk Menteri Besar bangun bercakap hendak bagi duit pada masa sama berkata 'kalau tak nak saya tarik balik'.
"Kalau ikhlas dia tidak cakap macam itu. Barangkali itu bahasa tubuh," katanya semasa ucapan perbahasan Bajet 2015 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Umno memang xde maruah..cukuplaa ngan 200k..awak tu perompak duit rakyak..sedar laa skit..phuii
ReplyDeleteWakil BN ni bila kena batang hidung sendiri baru nak cakap pasal keadilan. Dasar penyangak tegar.
ReplyDeleteklu pr bgi nk sma rata tetpi adun bn x sdr atau wat x nmpk pruntkn.dri bn utk mp pmbgkng pn x sma rata ad pruntkn tmbhn dri blkg yg x dketahui umum. dimna keadiln yg dkatakn.olh.adun bn. sbnrnya hti kecik adun bn ni nk tpi ramai punahsiht yg x bgi abl demi imej bn itu je. bab duit mna prnh anggota bn monalk sngup songlp dn rasuah semasa brkuasa.
ReplyDeleteADUN YANG BENGAP TU SURUH DIA ORANG CEK DENGAN KERAJAAN BN. BERAPA WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG DAPAT PERUNTUKAN..
ReplyDeleteHahahaha padan muka kaum umno- dahla diberi lagi mau byk bunyi- Dulu masa si umno ni berkuasa di Selangor ada korang bagi peruntukan kat pembangkang??? Dasar tak sedar diri kaum UMNO Selangor ni! - Tak pyhla MB nak bgi kat kaum umno ni- Hoi sedarlaa diri kaum UMNO Selangor-Korang tu akan jadi pembangkang utk tahun2 yg akan dtg- NOH OMAR please Resign-
ReplyDeleteApapun padan muka semuanya...Wakil rakyat BN janganlah harap sgt "Keadilan" dari Menteri Besar Selangor skrg.kalau dgn ahli Parti Keadilan sendiri dan dgn
ReplyDeleteorang yang banyak jasa dengan Parti pun mb layan macam haram apatah lagi dgn korang...mb ni memang sinonim dgn sampah longkang!
Keadilan kesamarataan konon...puiiii sedar tak ko yang bn tak pernah bagi peruntukan kepada adun2 pembangkang dalam negeri bn...ko tanya boss besar selama 20 tahun lebih ada kerajaan pusat bagi peruntukan sama rata kat kelantan??? Macam kelantan bukan sebahagian malaysia..kalau bagi sekalipun kenapa melalui JPP (baca umno) .....dasar lidah bercabang
ReplyDelete2.[42]
ReplyDeleteDan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
Depa xmau kita simpan balek peruntukan tu...lps tu kita lihat saja apa nk jd pulak...
ReplyDeletePadan mukA sama umno.
ReplyDelete..buku bertemu ruas..
Kalau x nk duit tu so azmin bg mangsa penyakit kronik seluruh selangor...kesian tgk org yg memerlukan kat bersamau...azmin buktikn la anda dr bwah.
Yg memahami denyut rakyat...adun bn tu bg 20 sen je...bg la bantuan pd pesakit kronik rakyat selangor.
Pastikn sifar rakyat selangor masuk bersamamu..
.allahuakbar
salurkan atas nama ADUN cuba salurkan atas nama AKU rasa2 terima kot macam camry tu atas AKU bukan Adun ( mau tapi malu )
ReplyDeleteSepatutnya ketua pembangkang selangor tolak juga kereta Camry yg dia dapat... baru namanya keadilan...
ReplyDelete