Wednesday, 26 November 2014

PARA PENIAGA GERAI-GERAI KECIL DI PWTC SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2014 MENGELUH JUALAN AMAT LEMBAB



Tidak seperti tahun-tahun lalu ketika Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), peniaga gerai-gerai kecil mengadu jualan mereka agak perlahan.

Peniaga gerai di tingkat dua dan tiga dikatakan kurang bersemangat kerana perwakilan atau mereka yang datang untuk persidangan seolah-olah tidak berminat untuk membeli barangan mereka.

Beberapa peniaga mengadu, pembeli kurang berminat kerana merasa tidak yakin dengan ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Peniaga kain, Fadil Rasul, 38, mengharapkan jualannya meningkat kerana syarikatnya membayar lebih RM10,000 untuk mendapatkan tender gerai bahagian hadapan untuk seminggu.

Katanya ada peniaga membayar hingga RM16,000 untuk gerai mereka.

Fadil berkata walaupun terdapat kenaikan harga barang jualannya berbanding tahun lalu, kenaikan itu masih kecil dan mampu untuk pembeli.

“Persidangan bermula hari ini, tapi tahun-tahun lalu, perniagaan kami selalunya bermula sebelum persidangan bermula.

“Saya berharap pembeli tidak akan menunggu sehingga hari-hari terakhir kerana terdapat beberapa barang yang memang dijual dengan harga murah,” katanya.

Peniaga coklat Zulfariq Husin berkata dia mula berniaga pada hari terakhir persidangan UMNO, tahun lalu.

Oleh kerana sambutan yang diterima menggalakkan, kali ini syarikatnya membuat keputusan untuk menyewa gerai selama seminggu.

“Kami menyasarkan keuntungan RM5,000 sehari dan membayar harga tambahan untuk gerai di lokasi yang baik, tetapi jualan tetap rendah.

“Kami berharap keadaan akan bertambah baik sepanjang perhimpunan berlangsung,” katanya.

Peniaga telefon bimbit yang hanya mahu dikenali sebagai Nero menyesal membayar beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan gerai di lokasi baik.

Nero merupakan satu-satunya penjual bukan melayu di antara 300 gerai di perhimpunan UMNO di PWTC itu.

Menurut Nero, dia sukar mendapatkan pelanggan kerana gerainya terletak di tingkat tiga.

“Jualan kali ini 80 peratus kurang berbanding tahun lalu.

“Kami mungkin terpaksa mengurangkan harga barang sekiranya keadaan tidak berubah,” katanya.

23 comments:

  1. Melambang kemerosotan sokongan kpd umno .... dh x meriah ...tanda2 umno nk jatuh gara2 pemimpin2 yg tua2 x nk berundur sbb nk sapu saki baki kekayaan negera sehingga licin ... binawe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apo nak dikato. Nasib melayu botambah layu

      Delete
    2. Betul. Hampeh punya pemimpin

      Delete
  2. Buat apa berniaga kt perhimpunan badut2 sarkas tu? Mengabihkan boreh je. Berniaga kt pasar tani lagi baik.. Mak2 Datin, Datuk2 ni mana nak beli barang korang.. takde kelas!!! Elaun dh naik, duit berkepok2 baik shopping kt oversea mcm big mama tu.

    ReplyDelete
  3. Ape dh jd dgn keputusan mahkamah anwar Ibrahim? ... umno yg bagi keputusan ke?

    ReplyDelete
  4. Ala faham2 sja lh.. keputusan hakim kena lps perhimpunan umno..mesti ada muslihat...klu x masakn tempua brrsarang rendah..hakim ada hubingkait dgn umno...kn baru2 ni ada bekas hakim biul kata klu umno jatuh melayu jd red indian...knapa bercakap sedemikian klu x dibeli...

    ReplyDelete
  5. 2.[49] (samb)
    dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
    AL QURAN

    ReplyDelete
  6. Dia org nak beli hari terakhir....jualan lelong... murah....murah......tiga $10....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama pulak!! Mael kata "dua seringgit"

      Delete
  7. sudh spi msanya rkyt ikat selera makn x lg mgikut nfsu selari dgn knaikn hrga brg mlmbung tinggi dn kos sara hidup yg amt mederita msa kni. para peniaga bukn sja mengung krugian besar dpwtc smoena prsidgn umno malh di MAHA pn sma. org hya rmi dtg tpi yg mbeli x setimpl peniaga2 pn klu dliht x mood nk melyn org rmi lalu lalng dsitu sb peniaga dpt rsakn x smbutn utk mbeli.

    ReplyDelete
  8. dah tak ade mende dah persidangan ameno nih..layan kat pesbook je..

    ReplyDelete
  9. Ekonomi msia lintang pukang tp diwar warkn naik lh, kukuh lh, cemerlang dn segala gala jembalang lh tp hakikatnye tengok org2 yg berniaga pun kita dh tahu, kuasa membeli dh x de, barang mahal duit pulak ciput ....ni lh dia pentadbiran najib....tolong lh org2 umno kasi turun sama ini orang cepat, dh jd beban negara dh ni.....takut2 1msia lingkup dibuatnye ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu Malaysia Boleh bankrap!!

      Delete
  10. Dia org tunggu br1m

    ReplyDelete
  11. Bulan depan sebahagian besar ibu bapa mula 'pening' memikirkan persiapan dan keperluan sekolah anak2 dengan kadar tambang baru brim 2x bayar time yang sama road tax/ insurans kereta motor mati...lagi bertambah senak kepala...dah tiada lebihan duit dah pun

    ReplyDelete
  12. BN perintah msia punah ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN dah perintah Msia dah lama pon...mungkin sebelum awak lahir pon. Rasanya OK walaupon ada yg x sempurna.

      Delete
  13. Mengadu susah rakyat kpd najib dia buat2 garu kepala yg x gatal je ...cuba kroni ngadu susah dan2 itu buat mesyuarat tergempar terus hulur bantuan ....binawae!

    ReplyDelete
  14. Apo nk di kato...Semua rezeki dtg nya dari Allah swt bkn nya dr org2 umnonok...kena ambil peringatan btl2....

    ReplyDelete
  15. Tolong la dtg membeli belah di gerai kami di PWTC. Kami janji tak ada GST punya..

    ReplyDelete
  16. makcik2 dan puteri2 umgok lebih memilih untuk shopping dkt mall daripada shopping barangan chokia yg ada d situ...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...