Sunday 23 November 2014

KERETA RASMI KETUA MENTERI PULAU PINANG, PG1 JADI BAHAN KRITIKAN PEDAS DI KONVENSYEN DAP PULAU PINANG HARI INI.



“Kita akan mulakan dengan PG1 (kereta rasmi Lim Guan Eng).”

Itu jawapan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng apabila ditegur mengenai kereta rasminya yang sering dilihat diletakkan di tempat tidak sepatutnya.

Perkara itu dibangkitkan oleh Perwakilan Prai, Shamser Singh Thind yang membawa beberapa isu kontroversi dalam bahas lima minitnya di konvensyen DAP Pulau Pinang yang biasanya ‘tenang’, hari ini.

Lim menambah beliau akan mencari mekanisme mengenai pengeluaran saman kepada ahli Exco sekiranya mereka meletak kenderaan secara haram.

“Sekiranya ada pekerja yang membuat salah, kami mengaku kesalahan ini tetapi sekiranya orang ramai hanya mencari kesalahan dalam isu ini saja, ini bermakna kami tidak melakukan kesalahan dalam kerja kami yang lain.”

Shamser membangkitkan isu Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang ‘suka’ menarik kereta di beberapa kawasan di negeri itu turut mendapat perhatian Shamser yang bertanya mengapa MPPP mengamalkan ‘double standard’ apabila tidak mengambil tindakan ke atas kereta Lim yang sering dilihat diletak di tempat tidak sepatutnya.

Selain isu meletak kenderaan, pensyarah kolej swasta itu mula-mula sekali mempersoal reka bentuk poster konvesyen DAP dan mahu tahu mengapa tanah besar Pulau Pinang tidak dimasukkan ke dalam reka bentu yang hanya menunjukkan Pulau Mutiara itu saja.

“Kenapa tanah besar Pulau Pinang diketepikan? Bukankah kami juga sebahagian daripada negeri ini?” tanya Shamser.

Dia turut mempersoalkan di manakah ibu negeri Pulau Pinang, dan sekiranya benar George Town, mengapa George Town tidak termasuk dalam alamat rasmi Ketua Menteri di Tingkat 28, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. Tiada ‘George Town’.

Shamser kemudian meneruskan debatnya dengan bertanyakan apakah rasionalnya membeli kereta Mercedes Benz untuk kegunaan Ketua Menteri Lim Guan Eng sedangkan menurutnya, Lim pernah mengkritik secara terbuka Menteri Besar Terengganu yang membeli Mercedes Benz dengan berkata:

“Mereka boleh saja membeli Toyota … jenama nombor satu di dunia malah mengalahkan General Motors dan… lebih mudah berbanding Mercedes Benz… UMNO perlu melakukan sesuatu mengenai perkara ini. Pemimpin mereka hidup penuh kemewahan sedangkan rakyat menderita…”

Selain itu Shamser turut mempersoal mengapa Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan Ketua Setiausaha Kebangsaan Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin dalam konvensyen dan tidak menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia yang boleh difahami oleh semua orang.

“Mungkin memang sudah tiba masanya sekolah vernakular perlu dikaji semula,” katanya.

Dalam menjawab soalan-soalan daripada Shamser, Chow berkata isu poster itu tidak disengajakan dan mungkin terlepas pandang.

Dalam isu kereta Mercedes, Chow berkata penerangan telah diberikan dan kereta itu bukanlah pembelian atau kepunyaan peribadi Lim tetapi milik kerajaan.

Mengenai penggunaan bahasa Mandarin ketika konvensyen, Chow berkata ia adalah tradisi di dalam semua konvensyen dan isu itu telah dibangkitkan pada masa lalu termasuk dalam kongres kebangsaan parti.

9 comments:

  1. Tengok lu punya muka...wa punya selela terus hancus...tarak steam ma

    ReplyDelete
  2. JOM BACA QURAN
    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

    2.[25] sambungan
    dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

    ReplyDelete
  3. Ikut spec jpj tak ni ?

    ReplyDelete
  4. Kih.kih.kih.ini ler tingkahlaku dap.belum aper aper dah tunjuk belang.mb melayu beli merc....bising satu malaya.km cina beli...tony pua @akua tak mau kecoh ker.sial.celaka dap nie.nie yg menjadi teman bermimpi anwar.

    ReplyDelete
  5. Melayu apa leh buat nenguk ler cina guna kuasa

    ReplyDelete
  6. Mca wali umnu.hee

    ReplyDelete
  7. Bangsa lain dapat lihat apa yang patut di lihat. Tetapi Melayu buat2 tidak lihat apa yang telah di lihat tidak betul....UMNO

    ReplyDelete
  8. Lim Guan Eng ini jenis orang bekerja dan hasil pun bagus. Apa yang di guna di bayar rakyat pun ber baloi.

    Tapi MB lain bahalol habis duit rakyat saja. Kalau Guan Eng jadi MB Kelantan mesti ekonomi pun maju.

    Guan Eng bukan Bahalol , macam Kelantan dapat ulamak makan gaji buta jadi MB pun tak guna sebab Bahalol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bravo! 22:27, ko lh bahalol yg bahlol sebahlol bahlolnye ...kalo ko cina memang ko cilakak secilakak cilakaknye lh ...kihkihkih

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...