Wednesday 14 January 2015

1,781 INDIVIDU DITAHAN DALAM TEMPOH 56 HARI TERLIBAT PELACURAN DI SELANGOR

                                               Ini sekadar gambar hiasa sahaja.

Shah Alam, 14 Jan - Polis Selangor menahan 1,781 individu  termasuk wanita dan lelaki asing kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran dan maksiat dalam tempoh 56 hari Ops Noda Khas.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata antara yang ditahan 717 wanita Vietnam, 299 wanita Thailand, 162 wanita China serta wanita Indonesia, Filipina, Kemboja serta warga negara lain yang digunakan sebagai mangsa pelacuran.


Tangkapan adalah hasil 2,969 serbuan sejak 18 Nov hingga Isnin lepas di 2,067 premis yang dikenal pasti berpotensi menjalankan kegiatan haram tersebut, katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Antara premis tersebut ialah pusat hiburan, rumah urut, pub, Spa, salon dan hotel, katanya.


Abdul Samah berkata berkata Ops Noda Khas akan terus digerakkan secara lebih agresif sepanjang tahun ini dan menjadi fokus penting pihaknya sebagai usaha membebaskan negeri Selangor daripada terus menjadi penyumbang kepada aktiviti pelacuran.


"Kita harap penahanan wanita warga asing ini juga sekurang-kurangnya dapat menurunkan kadar pemerdagangan manusia di Selangor seterusnya di negara ini," katanya.


Abdul Samah berkata pihak polis juga akan terus bekerjasama rapat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk melakukan pemotongan bekalan utiliti terhadap premis yang masih dikesan beroperasi sebagai pusat pelacuran.


Terdahulu beliau menyerahkan 17 unit kereta peronda (MPV) Proton Preve kepada 11 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh Selangor bagi meningkatkan keberkesaaan rondaan dan operasi cegah jenayah. -

6 comments:

  1. Pelacur ngan umno same je dua2 taik hanjing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kau di jubo hanjing bapak kau di pantat hanjing dua2 sama je bodoh senang di jubo oleh hanjing sebab tu kau bodoh di lahirkan jadi taik hanjing 7 keturunan hehehe..

      Delete
    2. Ape la kamu ngutuk2 mak bapak...kamu x de mak bapak ke..sape2 yg menghormati mak bapak, dia x kan menghina mak bapak org lain.

      Delete
    3. Lesen siapa kuar kalau bukan Kerajaan PR Selangor?

      Delete
  2. Sayang china doll ini kena tangkap, sepatutnya apek dap ini hadiahkan pada anwar satu

    ReplyDelete
  3. Bila terlebih fanatik hangit maka camnie lah jadinya....kutuk mengutuk..hina menghina BUKAN guru sekolah atau ibu-bapa yg ajar...tapi kebobrokkan ni di ajar oleh guru politik pujaan hati kita...mat sabu..guan eng...ibrahim ali..nizar...mahadhir & anwar tak ketinggalan...pak lah & .najib je aku tak pernah dengar menghina org lain....kekadang tu aku terasa yg politikus ni lah punca kerosakkan struktur masyarakat...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...