Saturday 17 January 2015

BEKAS KPN BIDAS KPN KERANA GEMAR MENGHEBAHKAN TINDAKAN POLIS MELALUI TWITTER?????



Sikap sesetengah pegawai atasan polis yang gemar menghebahkan tindakan mereka melalui laman sosial seperti Twitter hanya akan menggagalkan usaha menangani jenayah, kata Tan Sri Musa Hassan.

Bekas ketua polis negara itu berkata, polis tidak seharusnya menghebahkan usaha mereka kepada orang ramai sebaliknya fokus kepada tugas penyiasatan.

“Polis tak perlu cakap kita akan tangkap. Siasat dan tangkap saja tak perlu beritahu orang. Saya nak tangkap orang dahulu saya tak beritahu orang pun.

“Mereka hanya siasat dan kemudian ambil tindakan. Dah tangkap baru beritahu, orang ini ditangkap.

“Tak payah hebahkan kita akan tangkap orang. Kalau penjenayah, dia akan lari,” katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider minggu ini.

Musa mengulas sikap sesetengah pegawai polis yang gemar menggunakan platform media sosial bagi tujuan hebahan semasa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu mengulas kenyataan peguam Eric Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat.

“Statement sebegini memang wajar kita siasat di bawah Akta Hasutan. @PDRMsia akan siasat di bawah Akta Hasutan,” katanya menerusi akaun Twitter @KBAB51.

Khalid sebelum ini melalui Twitter menggesa tindakan diambil terhadap pengguna media sosial yang memburukkannya di Internet.

Beliau juga dikritik pengguna media sosial pada tahun lalu atas tindakan pihak polis menahan ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang.

Khalid mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah menjalankan siasatan ke atas kes itu dengan segera.

"PCIRC @PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yg menggelar IGP 'Anjing BN',” kata Khalid menerusi Twitter.

Dalam satu kiriman lain, Khalid juga menggesa tindakan diambil kepada pengguna Twitter, Viktor Wong kerana membandingkan KPN itu dengan komander Nazi Henrich Himmler.

Khalid menjawab: "PCIRC @PDRMsia, juga dikesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan."

Ketika ditanya adakah penggunaan media sosial di kalangan pegawai polis boleh dianggap satu interaksi mendekatkan diri kepada masyarakat, Musa berkata ia tidak harus dilihat dari sudut itu.

“Mesra maksudnya kita mendapat maklumat daripada orang ramai. Itu kemesraannya. Tak perlu kita beritahu semua tindakan polis.

“Kalau beritahu semua tindakan polis, itu dianggap mesra, saya ingat semua rahsia akan bocor,” katanya.

Pengerusi Persatuan Keprihatinan Komuniti Terhadap Jenayah itu juga diminta mengulas mengenai siasatan pihak polis yang masih belum menerima maklum balas.

Katanya, berdasarkan peruntukan undang-undang, pihak polis wajib memaklumkan kepada pengadu perkembangan siasatan kes yang dijalankan. 

“Polis diberi masa siasat dalam sebulan. Selepas tempoh itu mereka akan maklumkan. Kalau tak ada kes, mereka akan tulis surat ini kes sivil sila ambil tindakan sendiri di mahkamah.

“Pegawai penyiasat pula kena maklumkan dalam masa dua minggu.

“Kalau ada yang tak puas hati mengapa polis lambat sangat, tulis surat kepada polis atau maklum kepada akhbar mengapa siasatan lama sebelum diambil tindakan,” katanya


RASANYA LEBIH BAIK MUSA HASSAN JANGAN MASUK CAMPUR CARA MANA KPN YANG SEDIA ADA KENDALIKAN DAN URUSKAN PDRM ... MASA ZAMAN BELIAU MENJADI KPN PUN BUKANNYA SENONOH PUN DIA URUS TADBIR PDRM.

YANG PASTI KPD TS KHALID BAKAR JAUH LEBIH TELUS DAN BERSIFAT TERBUKA SERTA MESRA RAKYAT SEMASA MUSA HASSAN MENJADI KPN .. ITU AMAT JELAS.

7 comments:

  1. Lain padang lain lalang la musa oii..zmn hg dlu twitter x best..la ni fb twitter whatsapp sume perlu dimanfaatkan. No leaking don't worry..

    ReplyDelete
  2. Lain kali jgn usung tilam nanti semua org nampak. Lebih baik usung bilik tidur sekali.

    ReplyDelete
  3. Dh bekas kpn dgn kpn skrg bercanggah pendapat, kite dengar je le, hal keselamatan awam dn negara ni dia org lebih arif. Wlubgimane pun, aku setuju komen musa itu, polis x boleh expose sangat ...

    ReplyDelete
  4. Betullah cakap musa tu...nak tangkap orang jahat kecoh kecoh buat apa...menyorok lah orang jahat tu...tak pun lari luar negara,lg Susah polis cari.

    ReplyDelete
  5. Yg nk bertweet tweet dlm sosial media nk buat ape, kes dua org cina hentam kpn baru2 ni satu contoh, kpn marah amik tindakan..soalnye dlm tweet2 ni masyarakat keliru yg tweet tu atas kapasiti kpn ke atau khalid abu bakar ...tu lh pasal...

    ReplyDelete
  6. Tweet ke tak tweet ke....sirul boleh lepas ke australia...orang yang bagi arahan 'letup' masih bebas

    Sultan kiram dah sampai sabah siap bawa senjata itu pun menteri boleh kata mereka bukan penceroboh??

    Paling paloi...ada yang tulis surat kat fbi....puiii...ingat mesia ke semua boleh sapu bawah karpet?? Bapa gengster tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua nye tido lebih kut ....

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...