Sunday 18 January 2015

BLOGGER PRO DAIM SUDAH DIKENAL PASTI TETAPI LAWANNYA MASIH LAGI MISTERI?????

Sudah menjadi rahsia umum kini telah berlaku pertembungan sengit para blogger yang menyokong padu Daim Zainuddin yang diketuai Kadir Jasin wartawan veteran yang juga bekas bos NSTP dengan kumpulan blogger penentangnya yang iketuai individu yang dikenali dengan nama samaran HR.

Yang menanggotai kumpulan pro Daim ini dikatakan terdiri dari otai-otai blogger UMNO yang pengaruh mereka dikalangan rakyat terutamanya kalangan ahli-ahli maupun penyokong dan pendokong UMNO/BN semakin mengucup, merudum dan hampir terhakis.

Masa kemuncak pengaruh mereka sudah menjadi sejarah silam .. penentangan mereka kepada kepimpinan Najib Razak lebih dilihat personal dengan ramai yang menyatakan bertindak sedemikian apabila diri mereka mulai dipinggirkan dari kelompok pemikir polisi maupun diajak berdiskusi.

Mereka ini lebih bersifat merajuk hati apabila sudah tidak dipeduli .. cuba bertindak balas dengan pengalaman mereka sebagai bekas wartawan dan menteri dengan harapan sejarah tersingkirnya Pak Lah dari persada kuasa berulang kembali tanpa megambil kira realiti situasi berbeza.

Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang diharapkan sebagai perintis kearah itu akhirnya tidak menepati jangkaan dan ramalan akhir mengambil jalan dengan mengumpulkan beberapa blogger otai untuk terus menggerakkan suatu gerakan mengoncang kedudukan Najib sebagai PM dengan harapan ianya mendapat sambutan dikalangan ahli-ahli UMNO di akar umbi.

Dari sekilas pandang dan menilai kocakan diakar umbi ternyata ianya tidak mmeberi kesan dan impak langsung.

Pasukan penentang Daim dilihat lebih berkemampuan dan berpengaruh dikalangan penjenguk dan pembaca blog dan laman sosial.

Masalah besar yang dihadapi oleh para blogger pro Daim ialah bukan sahaja mereka terpaksa berdepan dengan penggiat siber pro Najib dan media arus perdana tetapi mereka terpaksa jua berdepan dengan penggiat maya yang kuat mendokong DSAI dan Pakatan Rakyat.

Para pentaksub dan pengkagum DSAI tidak akan dapat melupai peranan yang dimainkan oleh Daim pada tahun 1998 sehingga tersingkirnya DSAI dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan terpaksa dimalu dan diaibkan dengan perbicaraan usung tilam busuk Liwat I sehingga tercetusnya Reformasi '98.

Sebab itu kali ini ramai para penganalisis politik tanah air meramalkan Daim akan kecundang tumbang dalam pertembungan kali ini.

12 comments:

  1. Pentaksub dan pengkagum...ouchhh...terasa woooo...especially blogger2 yg suka ampu kilat jilat...especially mck @€# kiwi...mcm nuar azmin dan husam je yg bantu banjir kt kltn...naik geli baca tapi seronok...sbb seni mengilat ni seni yg x lapuk dek zaman

    ReplyDelete
  2. Macai2 khalid gagap bila nak pulangkan duit tunggu hari isnin he..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1816, tn mabuk ketum ke? jumpa dimahkamah

      Delete
  3. Gi mampuih la team mne2 sekali pun termasuk pentadsub ke, penjilat ke, macai bocai ke, wa syok tengok lu org bodoh gaduh, wa x sokong sape2, daim ke, najib ke, anwar ke, tski ke, tgha ke, lks ke, sape2 ke, lantak lu org la ... kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua sokong lu bro, yg gaduh2 adalah macai2 tolol lagi bahlol

      Delete
  4. Kalau omakkau ikhlas sangat konon nak pertahan Najib, pegilah kempen untuk Najib masa PRU14 nanti. Tapi kalau setakat niat selagi Najib berkuasa, banyak liabiliti nak bantai Najib, baik beterus terang, tak payah sebok nak melagakan hal parti orang lain!

    ReplyDelete
  5. Bang non dah abis modal. .suma cara dah dicuba suma tak laku dahh....ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar dia sdg bantu najib hentam daim tul ke? ...

      Delete
  6. Saya setuju sepenuhnya. Ganfingan m&d ini ibarat politik jepun party ldp yg berkuasa seperti mafia yakuza di mn lawan d penjara dn d bunuh. Di aib. Mamat jalanan hanya utk jd hamba kpd sistem kapitalis di dokong m&d. Perempuan untuk d jadi penjilat aiskrim m&d. Bini 345. Maka ldp pernah tumbang d jepun dek kemarahan mafia. Maka begitu juga d sini... tumbang bn dek kemarahan tun m dan tun d ..yakuza msia.

    ReplyDelete
  7. Tumbang bn..tumbang bn...jelak dah dengar statement tu dolll...
    Dapat ke bn ditumbangkan kalau kebencian yg disemai pada najib berubah jadi simpati sbb drm & daim serang najib???..
    Dapat ke bn ditumbangkan klu tindak tanduk percakaran dap dan pas diperlihatkan pd umum..kesannya kelak kembali ke asal...penyokong dap menyampah pada pas...penyokong dap marah pada dap...menyampah & marah sesama sendiri lebih dari marah pada bn/ umno...
    Tumbang ke umno klu trend semasa sokongan pada anwar merudum...penyokong pas yg dah menyampah dng anwar pun ramai..penyokong pkr sendiri yg dah meluat dengan anwar pun bersepah..ini realiti...blog omak kau ni pun boleh jadi indikator yg sokongan membuta tuli pada anwar mula terhakis..
    Pandai cakap je dah tak laku...rakyat nak tengok tindakan dan kesan...dan tindakan anwar memang memualkan...
    Kesimpulannya...jika pemain2 politik masih muka yg sama ....guan eng...anwar...mat sabu...diyakini yg peluang untuk tukar kerajaan bn masa pru14...pru15 dan seterusnya hanya pada ANGAN-ANGAN jer lahhh...nih yg dinamakan syok sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jugak angan2 UMNO yang PAS dan DAP akan tumbang di Kelantan Selangor dan Pulau Pinang...dan seterusnya hanya pada ANGAN-ANGAN orang UMNO nak jadi Ketua Menteri...silap2 nak jadi wakil rakyat jangan nak mimpi....
      Hahahahhaha...hehehehehheheh

      Delete
  8. Tulisan Omak ni mcm ludah ke langit jatuh atas muka Omak sendiri.

    Omak sedar diri tak?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...