Tuesday 20 January 2015

INI BARU BETUL FAST BANKING??????



PETALING JAYA: Sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 70 tahun merempuh masuk ke dalam sebuah bank di Damansara Uptown, petang Ahad, memecahkan dinding kaca, sebelum melanggar dinding di sebelah mesin ATM bank itu.

Pegawai Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata lelaki itu, seorang pegawai tentera bersara, baharu sahaja selesai membuat transaksi di bank CIMB di Jalan SS 21/35 kira-kira pukul 7.30 malam.

Lelaki itu masuk ke dalam kereta Perodua Kelisa yang diletakkan betul-betul di hadapan bank dan mahu mengundurkan keretanya.

"Bagaimanapun, dia tidak sedar bahawa dia telah meletakkan gear kereta dalam keadaan 'memandu' dan berfikir bvahawa dia sedang menekan brek walaupun dia sebenarnya menekan minyak," kata Mohamad Roy.

Kesilapan tersebut menyebabkan keretanya memecut sehingga ke bahagian kaki lima dan merempuh dinding kaca sebuah bank.

Kereta itu berhenti selepas melanggar dinding di belakang bank.

"Tidak ada seorang pun berada di dalam bank pada masa itu dan tidak ada kerosakan mesin ATM. Dia hanya melanggar 'booth' kayu di sebelah dinding kaca.

"Pengurusan bank membuat laporan pada pagi Isnin dan kami telah memutuskan untuk hanya mengeluarkan saman terhadap lelaki itu.

13 comments:

  1. Dh tuo maafkn jo lh... bukannyo sengajo ... cimb kn kayo...

    ReplyDelete
  2. Iyo. Boto. Buto an yo lah mato orang tuo..

    ReplyDelete
  3. jolo weh,cubo ko check,dio punyo lesen ado ko,kut kut lesen torobang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak po lh, asa an tak do nyawo yg torobang sudah la ...

      Delete
  4. mana dah pigi itu jeff ulu yam ni..cepat la hantar ko punya komen yg merapu meroyan tu...aku dok tunggu nak baca ni...cepat la aku dah gian ni...

    ReplyDelete
  5. Jeff Ulu Yam dah pi Haji. Naik Kapal.

    Roy Bukit Mertajam

    ReplyDelete
  6. musim haji lambat lagi la bro...aku rasa la, dia pi kat siam, cari ayah pin..minta nombor ekor.........krah krah krah..

    ReplyDelete
  7. Wuiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhh kalau kerata tu langgar hanjing mesti ada mama janda Pantai KL terkejut.As we all know itu mama janda pi sesi touch d hanjing tahun 2014.

    Aku rasa driver dia rugi langgar dinding bank. Empunya Perodua, don't go session touch d hanjing okey

    ReplyDelete
  8. Amalan atau budaya 'dinasti' ditolak oleh parti PKR itu, kata akar umbi penyokong PKR di Ulu Yam. Sebaliknya, akar umbi menasihatkan PKR supaya menapis dan memilih pemimpin yang berminat untuk diletakkkan di tempat yang sesuai bagi memimpin parti itu.

    Pemimpin yang tidak berhati perut dan mementingkan kepentingan keluarga dalam parti perlu disingkirkan kata aktivis parti yang hanya mahu dikenali sebagai Jeff berasal dari Ulu Yam "Ulu Yam, Semenyih, Broga dan Kalumpang sekarang menjadi nadi kepada gerakan untuk membawa PKR keatas landasan yang asal yakni berbalik kepada semanagat reformasi rakyat bawahan" ulas Jeff lagi

    ReplyDelete
  9. Thank you Jeff, in all the crazinest, you are the few PKR supporters in PKR who have a kind and true heart.

    PKR needs to Ubah (change) to be politically relevant. Nepotism only belong to North Korean Junta.

    Mellissa Ng

    ReplyDelete
  10. Jeff, kami orang bawah ni dah menyampah dgn anuar n family dia.

    Berhentilah Anuar dgn jijah. Biar YB Azmin Jadi boss

    ReplyDelete
  11. "Kasih sayang sebagai seorang ayah mampu menahan beban hidup untuk kebahagiaan anaknya." Sekalian Blogwalking ya, gan? semoga hari ini penuh berkah.. Amiinn

    ReplyDelete
  12. Hm... ini mungkin adalah promosi inovasi terbaru pihak CIMB bank..

    "Fast Banking with Drive Through" atau

    "Perbankan Pandu Lalu" m. ^_^.m

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...