Wednesday 21 January 2015

ISU TIGA PEREMPUAN MELAYU BERTUDUNG DI PELUK KUMPULAN K-POP, B1AF ... JAWI BUAT PUSINGAN U TIDAK JADI KELUARKAN WARAN TANGKAP KE ATAS MEREKA.


Jelas sekali Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) garang dan tegas ala-ala hangat-hangat tahi ayam.
PETALING JAYA:
Tiga remaja perempuan bertudung yang terbabit dalam kontroversi aksi sumbang di konsert kumpulan K-Pop, B1AF mungkin terlepas daripada dikenakan tindakan.

Ia berikutan dengan keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Minggu lalu, Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dilaporkan sebagai berkata, waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan sekiranya ketiga-tiga wanita berkenaan tidak tampil memberikan kerjasama selepas diberi tempoh seminggu.

Bagaimanapun, sumber Jawi memberitahu, jabatan itu memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut apabila sehingga ke hari ini ketiga-tiga remaja berkenaan masih belum tampil untuk membantu siasatan.

“Kita sudah memberi mereka tempoh selama seminggu untuk tampil membantu siasatan. Tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak berbuat demikian.

“Selepas berbincang, kita putuskan untuk tidak mengenakan waran tangkap ke atas mereka. Tetapi kita secara terbuka bersedia untuk memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada mereka,” katanya,” lapor Mstar.

Menurut sumber Jawi lagi, ketiga-ketiga remaja berkenaan mungkin mendapat nasihat daripada pihak lain berikutan insiden yang mencetuskan kontroversi itu.

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan bersama tiga peminat wanita Islam ketika berada di atas pentas konsert di Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.

Jawi sebelum ini telah membuka kertas siasatan siasatan berhubung isu tersebut telah dibuka di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

Jika disabitkan bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

17 comments:

  1. Kalu gitu kene nasihat vvip betina sekali ...

    ReplyDelete
  2. Kalau tangkap bebudak tu nanti jadi isu sebab Rosmah peluk artis Bollywood tak haram pulak dan tak kena tangkap pulak... Jadi bagi berlaku adil maka bebudak pompuan peluk kpop tu terlepas lah...INI lah jadi nya...mana pejuang Islam umno, pekasa, pekida, jati jalur 3, ulama' dan NGO yg sebelum INI bukan main lantang bersuara jika melibatkan parti pembangkang.

    ReplyDelete
  3. TUAN BADAN PUN TAK KISAH

    BUAT APA ORANG LAIN NAK KISAH

    MURAHNYA HARGA DIRI

    Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).(Annur : 26)

    Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin.(Annur:4)

    ReplyDelete
  4. Bila JAWI dan JAKIM dijaga oleh mangkuk hayun yang nak jaga tengkolok masing masing saja inilah jadinya.

    ReplyDelete
  5. JAWI belum bersunat lagi

    ReplyDelete
  6. dalam kes ni nampaknya jawi dah tersepit,
    macam pepatah kata; ditelan mati mak di luah mati bapak...amik tindakan tak kena,tak amik tindakan pun tak kena....ishh, ishh, ishh!
    bila kena gertak sikit aje dah terketar lutut,siap buat u turn terus.....
    kenapa...takut??? kalau takut bgan jerung tu taklah rasanye pelik...ni ngan bilis pun takut jugak...aiikkkk!!! biar betul kerapu kerupa keropok....entah ape nak jadi daa
    pun kesannya nanti, dia orang dan lagi lah ramal yg jadi berani buat benda macam tu...

    .......dari mereka berpunca nya fitnah dan kepada mereka fitnah itu akan kembali.....
    .......riwayat baihaqi.

    ReplyDelete
  7. Bwh pntadbiran umno/bn msia adalah sebuah negara yg mesra maksiat, sape yg berani nafikan ...

    ReplyDelete
  8. Malaysia negara taik hanjing

    ReplyDelete
  9. boh besar yg lulus konsert maksiat kena panggil sekali...tapi takut kan..nanti gred jwt.tak naik.

    ReplyDelete
  10. hahahaha....

    Sepatah haram Omak tak komen Jawi.

    Kalau Azmin yang buat pusingan U mau Omak selak kain kutuk Azmin...

    hahahaha.....Omaaaakkk.....Omaaakkk!!!!

    ReplyDelete
  11. Tak lama lg ramai jantan korea dtg msia sbb dpt berita senang dpt %&£# gadis2 melayu bertudung lg ...hehehe

    ReplyDelete
  12. Ramai lelaki lelaki yang dah rosakkan pompuan cari perempuan suci untuk dijadikan isteri.harap ustaz jelaskan .sekian t. kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg sipompuan lk senang sangat serah makhota nye nape?...

      Delete
  13. JAWI patut mulakan sekarang dan laksanakan terus. Kes yg lepas lupakan dan akui suatu kesilapan.
    Lepas ni kelakuan sedemikian boleh dibendung dari berleluasa. Tapi kalau berlembut & berundur semula, gejala ini akan berterusan berlaku, tengoklah nanti.

    ReplyDelete
  14. Jom prgi mandi bro..dh lewat ni

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...